Sumber:Google
Apa yang hampa semua ingat pasal raya? Ingat dak lagu jalil hamid?
"Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya
Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya
( korus 1 )
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya
( korus 2 )
Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya
Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya
Selamat hari raya
Selamatlah beraya"
1. Baju raya mesti semua dah p tempah sebelum masuk bulan posa lagi kn? Sebab mana org nk amek tempahan dah bila nk dekat raya. Atau alternatif lain g Jalan TAR smp kul 1 pagi mencari baju raya. Dekat nk raya lagi murah la... tp dah tak byk choice! Rasanya sekurang-kurangnya sehelai memang confirm dah ada kn? yg lain tuh pakai baju lama jerla...
2. Kuih Raya mesti dah penuh satu beg besaq kn? Berplastik-plastik beli kat mak ayah kat kampung kn? Yela apa guna hari raya kalau tak dak kuih raya. Tapi beli semua satu jenis cukup la... Nanti lepas raya makan kuih raya jerla.... ade tuh jenuh nk heret beg penuh kuih raya, kerepek nk nek bus. Mesti tempat beg penuh dengan kuih raya. Suh pakcik bas bawak slow-slow yea. Kang abis semua dah tinggal abuk.... :)
3. Jalan raya mesti traffic jem gila.... kalau biasanya dalam 3-4 bleh smp nie smp 12 jam pon masih atas jalan raya. Time nie semua pakat-pakat dok kelam kabut la nk cepat sampai pakai laluan kecemasan. Pastu mesti jd benda yg tak nk jadi. Masa bawak keta tuh pikiaq la org lain sama yea... sebab semua pon mesti nk balik kampung DENGAN SELAMAT..... Ooooo Balik Kampung!!!!
4. Pastu time nie la penuh orang kat Puduraya kn? Yela yg naik bas nk blk kampung tuh! Cuma skg nie dah byk alternatif macam TBS, Jalan Duta, dan byk lagi tempat lain bleh naik... Kira okay la... xde la semua org p pudu kn? Kalau tak macam dulu penuh sesak jalan kat pudu tuh.. kn?
5. Sebab kononnya nk rasa kemeriahan raya semua rumah penuh dengan lampu lip-lap, pelita keliling rumah.... Petang nk maghrib jer dah siap bubuh minyak gas, n nyalakan sumbu... wah, memang syok kn? tapi la nie dok kat rumah tinggi cane nk pasang pelita? mau terbakaq rumah karang...
6. Dah ada pelita mesti la nk main bunga api n mercun kn? Takat bunga api dan mercun pop tue takde la berisiko sgt, tp yang dok main meriam buluh, mercun buatan sendiri tuh. Maklumla orang-ornag muda skg nie kn sgt berbakat? Semua bakal-bakal jurutera yg hebat tapi apa gunanya bila dah hilang penglihatan, tangan, kaki dan lain-lain.... elok2x orang bela sempurna semuanya, sendiri cari nahas kn? Fikir-fikirkan lah yea....
7. Pastu ketupat nasi, ketupat pulut (palas), lemang, nasi impit (ganti ngan ketupat nasi) mesti ada kn? pastu rendang daging, ayam.... kuah kacang.... sedap tuh! nk cerita banyak pun dok telan ayaq liuq ja nie... :)
8. Duit raya! hat nie paling orang suka kn? Dulu masa budak2x abis satu kampung berjalan kumput wet raya. tapi skg nie dah xde kot org bagi duit siling kn? Dulu berat beg sebab kumpul syiling, banyak jugak dpt kn? Mesti orang tuh tanya, "nk makan ke nk duit raya?" haha... la nie kita la pakat-pakat dok masuk duit raya dalam sampul kn?
9. Kad Raya! tapi sekarang nie jarang dah org hantar kad raya kn? Dahla pos dah naik harga... Baik SMS, MMS, fb, emel ka... cepat pun cepat kn? Tapi dulu best kn? kat rumah mesti bergantungan kad raya dari kawan-kawan kn? Bila org dtg raya mesti belek kad raya kn? :)
10. Mesti memasing nk tukar langsir raya, balang kuih baru, sofa baru ka... dok siap mengemas rumah sempena raya nie.... jenuh la nk mengemas kalau rumah dah setahun tak berkemas... haha... smp pagi raya pun dok berkemas lagi kot... haha...
11. Bermaaf-maafan, tp kn time raya minta maaf, pastu buat balik.... tapi apa-apa pun minta la maaf dan memaafkan secara ikhlas. Tak payah nk tunjuk pun orang bleh rasa keikhlasan kita. Nie dari dok tunjuk dpn org tp tak smp 2 3 minit dok mengata balik... sudah-sudah la sikap mengumpat tuh yea.... Buang yg keruh ambil yang jernih....
Saya memohon seribu keampunan atas kesilapan saya, tutur kata saya kekadang yang menyinggung hati sesiapa, perbuatan saya yg menyebabkan sesiapa terasa hati... Saya hanya manusia biasa yang tidak sempurna.
Sekian dulu bebel pasal hari raya nie! Selamat hari raya kepada keluarga, teman-teman yang disayangi yang dekat mahupun yang jauh... Semoga selamat dalam perjalanan pulang yea...