Assalamualaikum,
Benar katanya ada hikmah disebalik kejadian kn?
Kekecewaan dulu membuatkan aku lebih menghargai si dia yang sangat prihatin dan sayang pada aku.
Di saat orang lain medendangkan dapat hadiah mahal dari suami/bf, dapat anugerah cemerlang , dapat award sana-sini, dapat bonus dan sebagainya aku sangat bersyukur kerana kasih sayang yang dilimpah oleh encik suami.
Memang la dia bukan seorang romantik tapi dia sesekali tak pernah meninggalkan aku di dalam kesusahan.
Contoh dulu masa dolu-dolu aku rasa aku yg lebih prihatin kepada pasangan sampai asik call/sms dan sanggup jugak berhabisan duit dan tenaga utk yang tersayang.
Tapi semua macam terbalik. Macam2 dibagi bila ada rezeki lebih katanya.
Tiap kali kena p kursus yang jauh2 sanggup amek cuti dan temankan. Maybe risau untuk biarkan aku cari jalan walaupun aku nie memang dah berdikari sejak dulu lagi.
Aku cakap nk potong rambut dia bawak p saloon, aku cakap nk beli pamper wanita, dia tlg belikan, Nk beli pantis/bra semua dia bawak p supermarket... padahal semua tuh aku boleh jer g beli sendiri kn? Hish kadang rasa mcm tak bleh p mana sendiri tapi Alhamdulillah ada orang nk bawak kita ikut jerla... :)
Aku dah mula berdikari sejak kecil lagi. Masa Tingkatan 1 dan dah biasa naik turun bas sampai ke KL. Mama dan Abah percaya.
Masa sambung Diploma pon sama parent cuma hantar masa registration, dan selama hampir 3 tahun aku hidup sendiri. Dan juga semasa sambung Degree dan bekerja di Putrajaya selama 5 tahun.
Aku servise kereta g sendiri, eksiden aku p bengkel sendiri dan semua benda aku buat sendiri dlu.
Jadi semua nie pelik bagi aku bila semua benda dah diambil alih oleh sang suami.
Sampai basuh kereta pon tunggu suami bawak p carwash. Mayb orang nampak "ala tuh small thing sahaja... tapi bagi aku yg dah berdikari sejak kecil nie dan semua benda aku buat sendiri rasa dimanjai sgt!"
Sebab tuh aku x berapa kisah sgt if dia nk baca sms/wasap dan segala mak jadah dalam fb/insta/blog aku nie. Aku takkan sesekali privatekan untuk dia...
Gambar-gambar di fb pon dia yg uploadkn. Aku nie mls nk mengedit ka apa... Aku tangkap terus post x kose la mak nk edit bagai. Hahaha...
So, kepada kawan-kawan, adik-adik aku yg banyak dah mengalami kekecewaan dalam hidup tinggal kan yg sakit tuh dan move on.
Aku pernah rasa sakit sangat dan aku amek cuti seminggu untuk release it dan aku dapat cari kebahagiaan aku saat aku tinggalkn kesakitan aku.
Jadi, kalau masih ada yang berkawan dengan orang yg anggap kamu tuh teman tapi mesti atau menjadikan kami sebagai pilihan , pls move on dear.
Ada yg akan lebih menghargai, sayang, bertanggungjawab, rindu, prihatin dan jaga kita untuk selamanya.
Insya-Allah mohon Allah SWT untuk panjangkan jodoh ini untuk selamanya.
Amin.
Irina
No comments:
Post a Comment