Assalamualaikum,
Aku kalau sgt stress kena menulis.
Kalau tak nanti lagi teruk nanti. Yela dah umpama kayu dah kat umah xde org nk bercakap dan bersembang.
Dia busy memanjang... Mujur la aku nie bekerja... kalau tak mesti lagi teruk rasanya...
Anyway pak in law aku dah dibenarkan pulang ke rumah selepas "potong kaki".
Okay aku intro sikit sebab memang ramai x taw lagi.
Hari Ahad lepas dalam kul 8-9 macam tuh mak in law tepon suh bawak abah p hospital sebab dia dah sakitttt sgt smp x tahan. Jadi D tinggalkan kami berdua kat rumah dan p bawak depa p hospital. Then tak lama pastu D call ckp myb kaki abah in law kena potong sebab luka dah teruk dah tulang dah reput (kencing manis yang serius).
Then D suh amek cuti pada esoknya(Isnin). Jadi terus sms/watsap(risau x dapat) untuk bgtaw nk cuti.
Then D balik rumah dah x bgtaw pape sebab dah 12midnite dah. Mls nk tanya lalu terlena.
Then pagi Isnin depa p melawat abah in law tapi belum dipotong lagi... Maybe doktor nk tengok dulu paras mana nk kena potong kn?
Then rutin jadi bibik utk sehari... Puteri memang seronokla bila mama dia cuti kn? Menempel jer ha... Bila dia lena baru bleh mangkit nk mandi semua...
Then Selasa p kerja macam biasa dan balik umah hantaq mak p kat GH. Then mak call kata abah depa dah tolak masuk OT untuk potong kaki.
Then hampir kul 9 lebih macam tuh D sms bgtaw (dia xde data plan jadi xde watsap sekian) abah in law dah selamat potong kaki dan depa p tanam kaki kat kubuq.
Then dekat kul 11 jugak baru D dengan mak balik rumah. Jadi terus sms/watsap bos utk amek cuti pada esok harinya(rabu) pulak. Bos kata okay sebab explain panjang berjela.
Yela memang kerap amek cuti tapi dah family kan... Apa2 pon family 1st!
Then dalam hati dok pikiaq lepas nie mak akan kerap ulangalik hospital jadi sian jugak la mak penat jaga puteri pucuk kelumpang tuh. Mayb kena consider taska or pengasuh lain lepas nie.
Then hari Sabtu lepas abah dibenarkan balik rumah. Jadi, bermulalah kehidupan di rumah. Yela dulu ada kaki alih2 dah xdak kn... Jadi memang rasa x berdaya kan. Tengok abah in law pon dapat faham apa abah in law rsa. Dlu dia yg byk buat itu ini. Yela teman mak p market, p bank, p pos ofc dan segalanya. La nie mak kena berdikari la isi borang semua tuh.
Sian jugak lah kn? Tapi dalam hati nie dok berkata aku ja ka risau dengan abah kat rumah tu. Semalam (Isnin) aku amek hapday balik rumah abah in law dok atas lantai. Mak kata abah jatuh sebab mak x larat angkat abah nk p toilet (Berat abah in law obesiti jadi paham-paham jerla ye). Pastu macam mana.
Kami dedua kerja jauh. Adik ipar (lelaki) okay la dekat bleh lari p tgk tapi nie nk kena cuci kaki 2 hari sekali macam mana nie? Haih...
Ntahla.. kekadang aku fikir gak esok aku tua macam mana la kn? Yela anak baru sorang, dah tentu2 perempuan esok ikut laki jugak kn? Kalau dapat menantu yg x mesra alam dan x rapat dengan mentua macam mana... Silap2 nk balik kampung pon x bg macam mana... Haih la anak oi... mama nie terlampau emosi...
Myb aku dah biasa meletakkan diri aku kat tempat orang kot...
Semoga ada orang bantu mak in law untuk bawak abah in law ke GH. Nk jaga puteri lagi kn?
Semoga semua urusan dipermudahkan. Amin.
Irina