Thursday, August 29, 2013

Alhamdulillah.... :)

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah sayang mama dah masuk 30 minggu. Cepat kn masa berlalu. 

Lately sayang mama nie asek mengeras jer bila malam. Papa pon naik risau tapi papa cakap myb sayang dah besaq tp perut mama nie kecik sgt nk bergerak kn? Myb ada betulnya.

Hari nie g scan perut and surprise sayang mama dah 1.3kilo. Yela semua tegur perut mama nie kecik kn? Betul kn kata papa... Ala siannya anak mama nie tak bebas bergerak ye... :)

Scan semuanya okay dan sayang pon memang dah duduk di laluan yang benar... Alhamdulillah... :)

Dah habis jer doktor tanya u dah cucuk kancing gigi dah? Aku confidencenya dan laju-laju jawab, Dah! Berapa kali? Dalam hati mula la gelabah puyuh, errr bape kali nk kena cucuk nie? Hurm, sekali masa 5 month.. Okay, harini u kena p cucuk sekali lagi, kata doktor yang tak garang lagi comel (Dr Cathy). Wa.... i hate soooo much jarum.. Tp demi dia ku redah jua... Dah la papa gtaw x bleh teman sebab hari nie ada kursus dan balik lewat... Takpe next week papa dah amek cuti untuk temankan g klinik check perut pulak... :)

Aku pon seorang yang susah makan ubat dan juga seorang yang takut dengan jarum tapi aku percaya apa yang doktor bagi nasihat dan ubat-ubatan adalah untuk kebaikan kita. So, yg bg alasan memacam tuh tak mau cucuk la, tak mau makan ubat dan harapkan supplement lain la if lepas nie sakit tanggung sendiri lah ye. Hampa semua lebih percayakan orang yang tiada kelayakan dan sembarangan dari nurse yang belajaq pasai ubat bertahun-tahun. 

Even masa mak-mak kita dulu pon dengar jer cakap doktor dan nurse sebab dlu tak banyak supplement lain kn? Alhamdulillah sihat jer kita sekarang nie. Takut tengok anak-anak sekarang nie banyak dapat penyakit sebab makan ubat tak nak, cucuk tak nk sebab syubhah katanya n memacam la alasan. Kena rujuk pada yang pakar dan jangan percaya media bulat-bulat sebab orang boleh tulis apa sahaja ikut pendapat dia. 

Kalau esok jadi apa-apa tanggung sendiri dan jgn cari klinik hospital, p cari orang yg arif lagi bijaksana memberi pendapat tuh.

Sebagai orang yang kurang ilmu bab perubatan aku memang bergantung dan mematuhi sepenuhnya arahan doktor dan nurse. Tp aku cuma amek jugak extra supplement macam pil kalsium sebab aku memang alergic dgn susu dan doktor pon suggest makan pil kalsium. Jgn dok paksa diri telan susu satg muntah. Kalau tak bleh makan ubat or anything bgtaw doktor depa ada cara lain. 

Macam aku sendiri dah masuk 7 month , mai balik mual bagai dah nie. Macam awal-awal pregnant dulu. Telan ubat pon nk muntah tp tahan kan jua, nasi pon x berapa lalu nk telan... tengok pon nk muntah... malam x berapa lalu nk makan... tue suruh husband stanby roti wheatmeal kat rumah. Tp kekadang x makan jugak. husband pon naik risau. Tp siang memang melantak makan memacam... Tak sampai sejam dah lapar... :)

Tapi kalau ikut hati mati kn? Jadi ingat sama kat dalam perut nie taw. So, makan banyak di siang hari... malam bancuh air jer cukup. :)

Eh, dah panjang pulak bebelan hari nie. Excited sgt tgk baby mama tadi... walaupun pada hakikatnya tgn nie masih lenguh kena cucuk kancing gigi. 

Semoga semua yang kita rancangkan dipermudahkan olehNya. Insya-Allah. :)

Sekian dulu, Wslm

Eh ada sikit lagi nk tambah nie.. myb sabtu nie nk g tgk rumah kot... perancangan nk beli satu lagi... Semoga dipermudahkan urusan... :)

Love Love Love

Irina

Wednesday, August 28, 2013

Semuanya untuk dia, mama jeles!

Assalamualaikum,

Bertuah la kamu nie sayang, papa dah melebih-lebihkan kamu dari mama nie. Oh sgt jeles okay! 

Nie baru sebahagian dari barang-barang yg telah complete dibeli untuk si kecil mama nie. Tp baju x byk pon cuma 4 helai jer newborn, stokin tangan kaki, topi, napkin, dan peralatan nk bawa ke hospital jer. Yg rumah belum beli lagi. 

Lain-lain keperluan macam baby cot(katil), stroller, car seat pon belum beli lagi. Rasanya boleh tunggu dia keluar baru beli kn? 

Untung la awak sayang oi! Papa cakap, "Lagu mana pun untuk dia..." 

Nie masa awal-awal g shopping hari tuh, mujurlah AEON ada buat sale 20% kira okay la harga. Walaupun dah tahu si kecil dalam perut mama nie tetap beli dua-dua warna. :)

 
Yang nie mama pun tak tahu papa beli. Yang taw papa bawak balik rumah jer. Pagi ahad tue papa macam biasa hilang g Ropewalk (rutin setiap hujung minggu) sowang-sowang (mana pernah ajak mama sebab g naik motor katanya senang parking) then tetiba nampak dia bawak balik tilam tebal nie. Isk kalau yea pon survey n tanya la dulu menteri kewangan ni kn? Haha, nasib baik memang murah pon. Yang penting tebal tuh dalam 3 inci gak. Tengok sayang papa p mana pon tak penah lupa nk belikan something untuk sayang. Mama cemburu lagi. :P

Hari tuh mama ada bincang dengan papa nk belikan romper untuk sayang. Then papa suh mama survey apa lagi dengan sepantas kilat jari mama yg runcing nie gagah mencari. Akhirnya mama beli Romper Carter 5 in 1 dan Cotton Tight dengan harga yg murah. Penat survey taw. Dalam online org jual romper nie RM30++ dan Tight pon RM30++. Sy dapat both plus postage tak sampai RM60. Itu gunanya Menteri Kewangan. :)

Nie pon kebetulan memang plan nak beli sebab tengok harga kat MumNBaby boleh tahan mahal dia. Untuk Avent Newborn Set & Breast Pump memang harga RM200++ setiap satu kat situ. Tp both item ican get for only RM300. Murah kn? Then beli skali Avent Nipple Cream skali sebab dah alang-alang beli kn? If nk tahu beli kat mana bleh email or sms saya okay. Detail ade kat tepi blog tuh. :)

Mujur la papa treat mama dengan menggantikan kancing gelang dah patah dan sehelai lagi jubah. Biarlah tak romantik tapi penyayang kn? Hahaha. :)

Isk kalau nanti ada masa saya amek gambar satu-satu untuk jadikan panduan persediaan untuk ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata. Yela senang sket tunjuk gambar kn? Buat senarai pon bukan semua yg penting pon kn?

Love Love Love

Sayang already 30week. 

Sekian, Wslm

Irina

Tuesday, August 27, 2013

Kahwin? Bahagia?

Assalamualaikum,

Siapalah saya nk bercerita pasal kebahagiaan selepas kawen nie kn? Baru setahun jagung jer pengalaman saya berbanding orang lain yang dah berpuluh-puluh tahun kawen kn?

Cuma tak semua yang kita impikan sebelum kawen akan kita dapat. So, if you expect you will live happily ever after baik jangan kawen okay.

Yup, seharusnya perkahwinan adalah sesuatu yang membahagiakan sebab tuh bila ada masalah semua orang akan cuba lari dan keluar dari masalah. Faham sendiri lah ye.

Kita expect husband kita akan dengar dan menurut apa yang kita nk. Yes, sebelum kawen myb dia boleh tunaikan semua permintaan kita walaupun merepek-repek. Tp lepas kawen mungkin tak semuanya dia boleh bagi/buat. Jadi mungkin akan rasa kecewa dengan pasangan kita. Hurm, jangan bandingkan husband kita dengan husband orang lain.

Mungkin rezeki dia lebih kat kewangan tapi ada kekurangan masa untuk bersama keluarga. Ada yang sentiasa bersama susah dan senang tapi cuma tak mampu nk makbulkan semua hasrat/permintaan kita. Tapi cuba kita renung balik masa dia habiskan menghantar dan menemani kita di klinik semasa sakit/mengandung/anak sakit dan sebagainya.

So, pls stop comparing. Sepatutnya bila kita tengok orang lain happy kita doakan kebahagiaan dia bukan nya dengan mendoakan yang tak baik. Contohnya bila orang kongsi gambar dan saat gembira bersama pasangan kita mulalah berkata ala baru kawen kot memang la macam tuh... cuba tengok nanti dah bertahun... Cuba la bare in mind doakan semoga kasih sayang mereka berterusan sehingga jannah. Salahkah mereka? Dah sah pon bukan boypren/gelpren berpeluk sakan.

Susah otak orang melayu kita nie selalu mencari kesalahan orang lain. Update gambar salah, update status salah... Cer doa yang baik-baik. Insya-Allah tenang sikit hati tu bila kita sentiasa berdoa untuk kebahagiaan orang lain.

Jangan cemburukan kebahagiaan orang lain dan cuba tengok apa yang kelebihan yang ada pasangan kita yang orang lain takdak. Nie husband banyak duit pon nk curi masa berdeting pon susah. Belum lagi nk mintak temankan g shopping, hantarkan ke klinik dan anak sakit pon kena p hantaq sendiri. Ada yang drive sendiri g hospital sebab nk beranak.

Awalnya memang sgt seronok la sebab bila hari-hari istimewa semua diraikan dengan penuh romantik lah. Kalau setahun ada berapa kali sambut kn? Birthday, Anniversary perkenalan, Anniversary pertunangan, Annivesary pernikahan/pertunangan dsb... Hadiah pulak memang semuanya hebat belaka la kn sebab duit bukan lah menjadi masalah kepada pasangan anda. Amat bertuah lah badan si dia kn?

So, kita nilaikan sendiri pasangan mana yang kita nk dan kita pon kena jadi yang terbaik jugak. Bukan nk pasangan yg hebat tp diri sendiri pon kena hebat dan terbaik. So, saya memang mencari yang biasa-biasa sahaja sebab saya pon bukan seorang yg hebat tp masih belajar untuk menjadi isteri yang terbaik untuk dia.

Cuma semua yang kita nak tak semuanya kita dapat. Saya pon masih dalam proses untuk mengenali pasangan saya. Perbezaan pendapat memang selalu dan tak dinafikan. Bila sorang panas sorang lagi kena sejuk. Tp macam saya cakap di awal tadi siapalah saya nk berkongsi pendapat pasal perkahwinan nie.

Sekarang saya sedang ajar pasangan saya untuk manage kewangan dia sendiri. Bagi saya duit dia, dia kena pandai manage sebab lepas nie dah bertiga jadi perbelanjaan semakin meningkat. Saya menjadi seorang yang sgt kedekut untuk berbelanja walaupun untuk membeli barang keperluan sendiri sebab menyimpan lebih penting. Saving untuk diri sendiri pon penting jugak.

So, sama-sama membantu dan yang penting komunikasi dengan pasangan. Tak dinafikan lelaki nie ego bila bercakap bab duit nie tapi pelan-pelan la bercakap. Di awal-awal nie la kena buat plan sebab nanti dah berkurun kawen memang susah nk bercakap dah. Bab duit nie memang slalu jd punca gaduh kn?

Saya bg pendapat pasal buat bajet, saving ASB, Tabung Haji, duit kecemasan, travel dsbnya. Ala bukan kena saving sampai beratus pon sebulan. Ikut kemampuan la kalau mampu RM10 pon boleh kn bg setiap akaun. Esok akaun anak pulak. :)

Insya-Allah semua yang kita rancangkan akan jadi lebih teratur.

Cuma mind-setting kita dah mula kena berubah. Semoga dipermudahkan rezeki untuk kita semua, Amin...

Sekian dulu, Wslm

Irina

Ketika manusia mati kelak maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara: Ilmu yang bermanfaat, Anak yang sholih dan Sedekah amal jariyah.

Assalamualaikum,

Sharing

Sabda Nabi S.A.W. : Idzaa maatal insaanu inqotho’a ‘anhu ‘amaluhuu illaa min tsalaatsin ‘ilmin yuntafa’u bih, wa waladin shoolih, wa shadaqotin jaariyah. Maksudnya, ketika manusia mati kelak maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara: ilmu yang bermanfaat, anak yang sholih dan sedekah amal jariyah.

1. Ilmu yang bermanfaat.

Insya-Allah berusaha untuk belajar dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

2. Anak yang soleh. 

Insya-Allah. Soon dah nk jadi seorang mama. So, dah kena mula belajar asa keibubapaan dan kena bermula dari sekarang untuk memperbaiki diri sendiri sebelum nk mendidik bakal anak-anak. 

3. Sedekah amal jariah.

Tidak hanya di bulan Ramadhan. Di mana sahaja yang memerlukan beri setakat yang mampu. Insya-Allah rezeki kita takkan terputus walaupun di saat kita kekeringan. Ada jer rezeki akan dapat walaupun bukan dari segi wang ringgit tetapi bentuk lain kebahagiaan, kasih sayang, dan penghargaan. :)

Jadi kalau sesiapa yang berminat nk bersedekah cara yang paling mudah dengan menderma telekung, sejadah dan Al-Quran yang mana setiap kali orang guna mudah-mudahan kita pon dapat pahala sama.

Cuba search nama Fauziah Hamidon di facebook. Dia buat telekung untuk kegunaan harian dan juga untuk didermakan. Jadi kalau rasa berminat nk derma tapi tak tahu di mana contact jer Kak G dan cakap nk derma telekung. Dia boleh carikan tempat untuk didermakan. Just bayar jer duit untuk telekung then kak G akan tlg jahit dan carikan tempat untuk menderma telekung. Tapi kalau ada yg berminat untuk dijadikan telekung harian, hadiah dan sebagainya pon boleh. Just search kat fb Fauziah Hamidon.

Insya-Allah walaupun tak banyak sikit pun jadilah kn untuk bekalan di sana.

Sekian, Wslm

Irina

Friday, August 23, 2013

MumNBaby (Car seat, Stroller & Baby Cot)

Assalamualaikum,

Hari sempat la pergi survey dengan MH dekat MumNBaby kat Macalister Road, Penang harga untuk car seat, stroller dan baby cot untuk AS then nie antara yang berkenan di mata dah hati.

I nampak car seat yang nie memang nice la n harga pon sgt nice la. 

Price dalam RM700++ ada 20% diskaun. Kira sendiri la ye. Tp tgk memang sgt selesa la utk baby kn?


Tp MH ternampak brand F nie walaupun masa tuh di dalam karung sanggup bukak nk tgk. Memang cantik dan selesa kot. Harga dlm RM500+++ lepas diskaun. Isk papa dia yg excited tuh.



Then untuk baby cot kami dah agree nk cari jenis yg macam nie senang nk lipat simpan n ada lagi yg dalam tuh ble buat travel kn? Tak nk jenis kayu. Tp nk decide color jer. Tp color nie pon nice jugak kn? Esok kalau dapat lain jantina boley guna kn? Haha. Lebih kurang RM390+ lepas diskaun.

Cuma stroller jer belum decide nk pilih yg mana sebab ada yang 3 in 1 iaitu stroller, car seat and baby carrier ada sales RM1000. Macam menarik tapi bak kata kawan-kawan awal lagi nk beli sebab bukan nk berjalan pon. Ada yg dah masuk 6-7 bulan br beli. Ada yang x guna langsung pon ada sebab baby dah boleh berjalan on 8 month. Isk. Takpe bajet dulu kn?

Nie cuma perancangan ada rezeki lebih apa salahnya kn? Memang la superduperexcited kn? Tp kena berhemah jugak n saving jugak sebab kita x taw lagi lepas nie myb pakai duit lagi byk kn?

Isk AS nie macam taw jer mama tgh plan hadiah utk dia... Haha. Comel jer la dia nie walapun dok dalam perut mama yg comel dan muncet nie. :)

I'm on 29wk+. Syukur Alhamdulillah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin

Sekian, Wslm.

Love Love Love

Irina Mama AS

Thursday, August 22, 2013

Welcome Ali Iskandar (Juju&Gee)

Assalamualaikum,

Pada 11 Ogos 2013 lepas saya terima lagi sorang anak menakan iaitu 2nd baby boy from Juju (My Beloved Cousin).

Tapi masa tuh belum update sebab belum taw nama lagi n hari nie baru dia p daftar nama boboi yg gebu nie.

Nama: Ali Iskandar Bin Afenzi
Nama Ayah: Afenzi bin Abdullah
Nama Ibu: Rosjunaidah bt Roslan
Tarikh Lahir: 11 Ogos 2013 (4 Syawal 1434)

Alhamdulillah dipermudahkan kelahiran kepada kedua sepupu yang gojes itu. Hari tue si adik nie si kakak pulak. Lepas nie kami 3 beradik pon sama la kot sebab semua due dekat2x. 

Okay layan la gambar anak buah i yg mulus dan gebu nie. Welcome hero pulak. :)

Tahniah kepada my dear cousin Juju dan Gee!

Nie masa fresh lagi keluar. :)

Nie da hari ke 12. Baby Ali. :)

Ali Iskandar bin Afenzi 

Nie dia Ibu dah Ayah kepada Arsyad Rifaei dan Ali Iskandar. Tahniag kerana dah ada 2 boboi. :)

Nanti Maklong Tini dengan Mamu Sya p melawat ye. :)

Love Love Love

Irina

Wednesday, August 21, 2013

Kalau tulis blog tapi privatekan baik jangan tulis!

Assalamualaikum,

Semalam tengok Entri Jameela kot kat TV Al-Hijrah kot ada la depa panggil 2 blogger yang sgt famous di Malaysia sebab hit depa memang tinggi. Siap boley jadikan blog sebagai punca pendapatan kot. Ala hampa taw-taw sendiri la ye.

Okay semua yang tulis blog nie ada tujuan sendiri dan bukan semuanya nk cari glamor yang kena boh gambaq muka or update video hari-hari. Banyak yang nk luahkan perasaan, kongsi pengalaman, bagi pendapat dan ada yang suka update cerita dia hari-hari (makan kat mana, hari nie pakai baju kaler apa, tempat depa p n etc).

So dari situlah orang tu nk glamor ke tak. So, jgn andaikan semua tulis blog nie nk famous jer. Sorry ye i tulis blog for a reason not toward glamor.

Tapi cara org glamor cakap nie memang agak arrogant kn? Ewah? Yela ada yg tulis baru setahun pon dah glamor mengalahkan orang tulis 4-5 tahun. So, what? Ada aku kesah.... Takde makna jeles sebab derang dah femes sebab depa dah xde privacy dah semua orang dah kenal. At least aku hanya dikenali oleh orang-orang tertentu sahaja. Org luar yg baca cuma kenal aku sebagai Irina. Ada yg siap sms tanya Pn. Irina, Ms Irina, Cik Irina @ Irina. Tersenyum kejap. :P

So ada sesetengah tue memang buat private blog dia hanya utk orang-orang dia kenal sahaja. Tue mungkin sebab nk luahkan perasaan or memang untuk peribadi dia. Suka hati dia la kn?

Bagi aku orang nk buat blog sebagai diari ka, luahan perasaan ka, privatekan ka, or nk jual barang ka ikut suka la. Sebab memang x semua org tuh buat blog sebab nk glamor kn? Ala mostly yg glamor nie pon sebab lawa dan update gambaq depa hari-hari n update apa yg depa buat. Isk x kose ai. Ikut ada masa update la. Ala blog i bukan femes pon kn?

Itu jerla i nk komen pasal semalam sebab cam x best jer depa komen macam tuh. Esok hampa semua dah kawen diam ler blog tuh. Nie sebab hampa bujang lagi saja. Takdak masa dah nk update sebab dah bz dengan tanggungjawab di rumah dengan anak. Dapat jugak husband yg memang x suka dedahkan private life kat orang luar. Takkan la part dalam rumah pon nk cerita kn? Hahaha. Kalau dapat laki sporting untung la kn?

So, nk tulis blog kena berpada-pada sebab takut pulak stalker kita taw semua detail kita. So, ikut la atas diri masing-masing kn?

Okay la sampai situ jer dulu n myb minggu nie dah start abiskan angkat barang pindah rumah kot. Semalam tengok dia dah masuk semua baju dalam 2 beg plastik, tinggal lagi balance 1 beg lagi. :)

Semoga semua urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

Sekian, Wslm

Irina


Tuesday, August 20, 2013

Tompok-tompok hitam

Assalamualaikum,

Hish segan nk tempek gambaq sebab nk membuktikan tompok-tompok hitam itu sgt jelas kelihatan di kawasan yg sgt auratnya. Jadi boleh cerita jer la. Isk nie bg tujuan education saja ye.

Orang kata memang masa pregnant nie macam-macam alahan kita akan dapat. Untung la orang tue langsung takdak alahan. Kalau loya, mual & muntah memang dah rasa di awal kehamilan. Cuma bila masuk 3rd trimester nie macam baru-baru pregnant la pulak. Mula loya dan mual balik.

Then hari tuh ada la MH tegur awat bertompok-tompok nie kulit. Actually memang perasan tompok area peha macam lebam dah lama tp agak kehitaman. Rupanya kat area belakang berlambak tompok-tompok tuh. Isk isk isk. Org cakap normal nanti lepas beranak hilang la.

Lepas tue wujudnya satu garisan di mana yg membeza antara kulit yang cerah dan gelap. Nie memang x perasan tp MH siap tangkap gambar sebagai bukti. Ala macam ada divider antara laut yang cerah/gelap. Macam tuh la kulit ai.

Orang cakap masa pregnant nie lah paling cantik. Cantik hape kalau dah bertompok sana sini. Cuma bernasib baik xde anak-anak jerawat yg menunjukkan pertumbuhan. Syukurlah.

Perut dah semakin membesar dengan jayanya tp aku makan x berapa banyak. Tp memang org cakap lepas 7 bulan memang dia akan cepat membesar. Semoga diberikan kesihatan yang baik kepada aku dan baby. Dan juga untuk MH yg akan menjaga aku nanti.

Hari tue cakap dengan dia yg abg kena belajaq masak taw makanan utk org pantang sebab abg nk jaga ayg dalam pantang kn? Muahahaha, berkerut dahi dia... Hahaha. Ala seminggu jer kot pantang sini then balik perak. :)

Semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala sebab tgk hitam dah naik segan dah nie. Masa awal-awal hati tuh dah tonyoh dah tp mana hilang. Pastu all my besties cakap it's normal. Tak payah dok gosok/tonyoh bagai. Bukan keluaq pon. Huhu. Mana taw dah tonyoh smp sakit kulit.

Okay la nk bebel tuh jer. Sebab esok nie kalau u'olll nmpk kesan hitam bagai tuh cuma alahan taw. Esok lepas beranak dia anak hilang sikit-demi sikit. Hopefully.

Sekian dulu, Wslm.

Irina

Segunung T-Shirt


Assalamualaikum,

Ini adalah pembuktian segunung tshirt yang telah melepasi proses QC dan QA. Hahaha.

Semalam dia x sempat nk sambung lipat yg lagi 20% tertinggal dalam almari sebab balik lambat. G site-visit kat Bukit Kayu Hitam. 

Hurm nie kira dah buat pengasingan ikut jenama dan favourite kot. Senang dia nk cari nanti. Tp memang semua nie pon x muat satu lemari kot. Mana lagi yang 3 lagi beg plastik tuh? Xpe yg gantung i nk book dlu. Haha. 

Hai la MH awat la banyak sgt. Huhuhu.

Okayla sekian dulu nk g Komtar dulu ada kerja. :)

Wslm

Love Love Love

Irina

Monday, August 19, 2013

Campak, Lipat, Asing (Yey kami nk pindah dah!)

Assalamualaikum,

Memang seminggu bercuti sebenarnya sibuk dengan aksi-aksi lipatan dan mengemas sebagai langkah persediaan untuk berpindah ke rumah baru (akhirnya.....).

My stuff semua dah sampai kat sarangheo cuma separuh baju MH masih ada belum di proses.

Okay jap nk list barang dia okay.

Beg Plastik Hitam bersaiz XL.

1. 3 plastik Kasut Sukan dan lain-lain

2. 1 plastik Kemeja untuk kerja

3. 1 plastik Jeans

4. 1 plastik Sweater/Sweatshirt

5. 1 plastik Tracksuit

6. Maybe 3 plastik untuk T-Shirt pelbagai jenama (Yang mengungguli carta adalah Nike, Adidas, Puma... Tak termasuk Hard Rock dari pelbagai negara..)

Hampa tengok la sendiri macam mana rupanya dia melipat baju dia yang sgt banyak tu. Kalau i lipat pon nanti dia akan lipat semua sebab katanya tak kemas. Nak bagi ada line okay! Haishhhhh...

Melipat

Pastikan sudut tajam

Oh belum tajam lagi.. Dan asingkan mengikut jenama. :P

Nie masa 80% belum proses. Sehingga malam tadi tinggal lagi 20%

Oh Bundleku...

Nie penuh dengan Sweater/Sweatshirt. Saiz TV tersebut adalah 29 inci harap maklum. Hahahahaha

Nie semuanya adalah Tracksuit pelbagai jenama.

Okay, yg plastik berisi kasut, baju kemeja dah transpot ke sarangheo dah. Cuma Tshirt nie jer belum siap diproses lagi dan dimasukkan dalam plastik hitam. Rasanya dalam 3 la kot kalau tgk tinggi baju yang dilipat. Huhu.

Proses lipatan pon melalui QC & QA. Campak keluar baju dari dalam almari, lipat bagi tajam dan asingkan ikut jenama. Huhu.

Oh bundleku, tebal poketku... Hahaha. Kalau dia baca mampuih dah. Ala sayang ropwalk depan umah jer kn? Jom bukak satu booth. Hahaha.

Okayla nanti bebel lagi. 

Sekian, Wslm

Irina

Oh Air Kelapa Muda, Lorong AbuSiti, Jalan Macalister, Penang

Assalamualaikum,

Okay kite janji nk update kn? So, nk update semalam tanya MH mana nk cari air kelapa muda fresh. Tak nak yang dah campur air gula. Eh demand pulak MW nie kn? Hahaha.

Orang cakap bagus minum ayaq kelapa muda nie untuk pregnant ladies. Nanti i letak kebaikan dia. Tp kebanyakkan cakap x elok untuk early pregnancy sebab takut miscariage. Tp untuk di akhir-akhir kehamilan memang elok sgt. 

1. Elektrolit

Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium , potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi selama kehamilan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram , edema dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkan persalinan prematur.

2. Diuretik

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing - yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Anti Penyakit

Air kelapa muda mengandungi asam lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa boleh membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.

Apabila anda tidak boleh mendapatkan air kelapa yang segar, kini telah tersedia air kelapa segera yang terjual di pasaraya. Juga terdapat produk2 kesihatan berunsurkan kelapa,contoh nya seperti kelapa dara. Minyak kelapa dara yang melalui proses penapisan tanpa haba juga dipercayai mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan jika diamalkan.

For those yang tgh pregnant boleh la amalkan air kelapa bila di akhir 3rd trimester. :)

Hasilnya,

Nie semua kopek live okay!

Nama kedai!

Nie yg dah siap kopek. Isi dia sgt banyak!

Sila jgn fokus perempuan polkadot ye, tue cina depan dia pon makan isi kelapa dengan kusyuknya.

Tue nampak tak dia dok pegang sabut kelapa. Yg berbaju jean biru tue MH saya! :P

Kata dia LAGU MANA PON UNTUK BINI! Hahahaha.. 

Dia pon tapau kelapa laut yang rupanya makan isi ja x dak ayaq. Buah kecik-kecik ja. Tp isi manis. :)

Okay cuba amalkan air kelapa muda untuk AS sayang mama nie. 

Okay next nk apa pulak? Muahaha. 

Sekian dulu la, japg kalau rajin kite update lagi. 

Love Love Love

Irina


Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan terakhir di tahun 1434 (Selamat Hari Raya Aidilfitri)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari nie dapat bersahur dengan pekasam yang baiti bagi. Rasanya dah 2 minggu tak makan nasi masa sahur. Cuma makan roti letak peanut butter or nutella cicah milo. Tp pagi tadi rasa semangat nk makan nasi walaupun hanya 3 suap sebab pekasam. Thanks mak! :)

Hari nie aku masih menunaikan tanggungjawab di pejabat untuk menjaga ketenteraman pejabat. Ewah, xpe tahun depan memang amek cuti sebab it's my turn n si kecil dalam peyut mama nie. Tahun nie beraya umah MIL dulu. Isk tak terbayang nie. Nervous pon ada walaupun memang dok serumah. Patutnya hari nie dah cuti kn tlg mak masak rendang, rebus nasi impit. Takpe karang balik hapday tlg mak. :)

Preparation nk raya x berapa excited, lebih kepada persiapan masuk rumah dan persiapan untuk orang baru. Bila lagi nk p sopping nie sayang. :)

Time macam nie memang rasa kedekut sikit sebab nk ada saving utk emergency. Yela walaupun kite ada husband tp kita kena bersedia jugak duit sendiri. Jangan terlalu mengharapkan husband saja. Kalau boleh saving RM50 sebulan pon jadila.

Dulu pantang nampak memang akan order n beli. Tambah semua sekarang nie online jer. Order, byr esok lusa sampai la. Tak payah angkat pungkoq pon. Tp la nie memang different. Mybe boleh dijadikan azam tahun baru 2014 kot nanti. :)

Dalam perut kite nie pon dah makin membesar, syukur Alhamdulillah. Ramadhan yang lepas pun ada isi cuma belum rezeki n tahun nie pon ada isi jugak. Alhamdulillah dah masuk 7 month. Sekejap masa berlalu. :)

Kita kena selalu bersyukur walaupun kita serba kekurangan dengan orang lain. Rezeki setiap orang tak sama. Orang lain dapat lebih kat lain tapi kurang kat sini. Umpamanya lebih kat financial tp masa untuk isteri dan anak-anak kurang. Mungkin rezeki kurang kat financially tapi dia sentiasa ada bersama kita setiap masa. Sampai nk p checkup tetiap minggu pon sanggup teman. Bukan semua orang mcm tu ye. Jangan kita membandingkan kehidupan orang lain dengan kita.

Insya-Allah semoga jodoh ini berpanjangan. Isk sayang mama nie macam tahu-tahu jer nk bercakap pasal dia. Hahaha. Serius memang sgt happy rasa ada benda bergerak dalam perut nie. Sebab masa awal-awal pregnant dulu memang serius risau sebab ada history kn? Sampai la masuk ke 5 bulan pon masih risau. Alhamdulillah walaupun x aktif dia masih bergerak. Yela mama dia dapat puasa penuh tahun nie kn? Insya-Allah mudah-mudahan. :)

Rindu sgt dengan adik-adik  masa nie. Normally memang dah ada rumah dok standby dok potong ayam, daging, bawang n semualah. Then waktu petangnya mencari food sikit untuk berbuka n lemang untuk pagi raya. Memang syok sgt! 

Then malamnya pulak dah sibuk bagi dekat my babysis utk iron baju raya. Memang dari dulu bg kat dia yg iron. Kemas sgt dia iron. Nmpk benor kakaknya pemalas kn? Hahahaha. :)

So kami dua orang lagi kemas rumah n letak biskut raya dlm bekas. :)

Then dulu masa kecik-kecik mesti suruh tok giling inai. Tgn semua pon merah. Abis pipi, badan tangan kaki semua merah. hahahaha. Dah besaq nie takdak la nk pakai kn? Hahaha.

Rindunya sebab my brother n babysis dah jadi hakmilik orang dan masing-masing pon dah plan raya mana dulu. So, nk berkumpul ramai-ramai pon jarang. Takpe kite dah pujuk husband kite dah. Dia promise nk balik jugak walaupun sekejap. Yela kite tak pernah pon mintak bebukan kat dia melainkan mengidam itu ini jer. :)

Okayla Ramadhan kian jauh melambai dan Syawal pula yang datang. Semoga bertemu lagi Ramadhan yang akan datang bersama si kecil yang tersayang nie. 

Saya dan suami memohon seribu keampunan sekiranya terdapat salah pertuturan dan berbuatan. Selamat menyambut Aidilfitri bersama yang tersayang. Berhati-hati di jalan raya. Ingat jalan raya bukan medan untuk pertumpahan darah, ingatlah orang yang tersayang dan sentiasa bersabar. 

Us


Love, Love Love.

Irina

Tuesday, August 6, 2013

Dodoi Kasih, Biskut Rindu & Kek Sayang Jadi Cinta!

Assalamualaikum,

Sorry la byk cerita tapi mood nk menulis dah malas sebab mood raya dah sampai. Tapi kena jaga ofis sgt x best okay.

The other thing is raya nie turn my MH. So, kena redha jerla. Tp dia menurut jer kehendak si MW yg sgt mengada-ngada okay. Actually Manja okay! :P

So, dia dah p cari dodoi kasih utk si bini yg mengidam kueh traditional nie. Sedap!
Yang nie dia bg makan sebab mengidam, tak yah tunggu raya br nk makan. Yeay! :)

Romantik kn? Sgt! :P

Then semalam my sis pulak hantar biskut raya dan kek choc moist utk kakak dia yg tak pulang beraya. 1st time x raya ngan depa semua.

Windu sgt ngan adik2x aku semua tuh. Huhu. Windu jugak rendang hitam mana, tp mak pon nk masak jugak sebab dia kata MH suka. Terubat lah sikit kerinduan kn?

Nie lah dia biskut mazola, cornflake & kek chocolate moist. Sedap okay! Bleh bukak bisnes dah adikku nie. :)


Tgk pon dah menyelerakan. Resepi mazola adalah resepi turun temurun dari mama dan kek chocolate moist dari adik abah iaitu Ciklah. Memang favourite kek dia dari kecik okay. :)

Okay lah dah masuk 28 Ramadhan. Esok last day berpuasa kn? Alhamdulillah dipermudahkan puasa kali ini. Baby okay tak meragam. Syukur Alhamdulillah. 

Semalam p checkup semua okay. HB 13.2, BP 120/70, Urin okay, jantung baby 143. Syukur sgt! 

Semoga dipermudahkan segalanya. Today dah masuk 3rd Trimester! 27wk! Syukur, syukur syukur! Doakan yang baik-baik ye.

Love Love Love

Irina

Friday, August 2, 2013

Kueh Tradisional & Pekasam

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah tak terkira sebab semua yang teringin semua orang carikan. 

Yang belakang tuh, coq kacang iaitu kacang hijau yang digoreng. Memang dulu arwah tok dok buat semua kueh-kueh tradisi termasuk la putu kacang, koi ya (yg gula putih tuh, ada yang buat hantaran bentuk ikan mata dia boh bijik saga). Coq kacang nie rasanya orang Penang ja taw kot. Tue pon area Balik Pulau. Tanya org len suma x taw. :)

Sebelah tuh putu kacang yg buat teringat kat abah sebab tahun nie beraya kat Penang jadi nk pos bg kat abah la. Huhu. Abah tak bleh makan koi yg cokelat (tp degil gak kekadang tuh) sebab nanti mesti CiBi (Ceretberet). :)

Then pekasam nie my best fren bagi sebab dari awal posa teringin sgt pekasam. Setiap pasar ramadhan pon takdak juai. Sgt mengidam dan sedih. Jadi menu malam nie goreng pekasam! :)

Thanks sgt semua yg tlg carikan semua nie. Masih menantikan dodoi pulak. :)


Hanya Allah SWT dpt membalas budi dan jasa baik mereka ini. Semoga dipermudahkan rezeki kepada mereka.

Love them ketat-ketat.

Sekian, Wslm.

Irina

Thursday, August 1, 2013

Baju Raya Mamayot Irina from Hariz&Team Wedding Services ! :P

Assalamualaikum,

Eh sapa kata makyong x bleh bergaya kn?

So diam-diam i tempah baju kat my favourite designer iaitu Hariz&Team Wedding Services . 

Dia suggest fishtail peplum sesuai utk ibu mengandung. Jadi i okaykan ajer. Siap request nk color yg baru sebab x mau sama ngan org taw. Mengada-ngada kn? Hahaha. 

Price nk taw kena email saya na. Detail ada kat sebelah kiri page nie. 

Okay sambung balik pasal Baju Raya Mamayot Irina nie. 

Kain jenis high grade lycra tp jenis kain tebal dan soft sgt. Yup strecthable tp dia buat memang sesuai utk mamayot sebab x lekat kat badan langsung n just fit me. Just nice sebab bila dengaq kain lycra mesti ingat lekat kat badan kn? Actually brgantung jenis kain dan saiz jugak. Kalau memang buat ikut badan memang la macam sarung nangka. Hahaha.

Nie color dia Red Strawberry Fishtail Peplum :)

Mula-mula risau jugak kain dia ketat sebenarnya. Tp hasilnya!

Yeay! It's fit me as Mamayot Irina

For beautiful pregnant ladies out there i suggest this for you! Sesuai nk p kenduri/raya/dinner or any event! :)

Serius memang sgt cantik dan tak melekap kat badan. Just simple as i request. :)

Tue jer pesanan penaja dari Irina Wardrobe. Hahaha.

Sekian, Wslm

Irina

p/s: Smlm kena bebel dah sebab tempah x bgtaw. Muahaha. Tp dah gedik santai nk pakai nie. Nk cari tudung pulak lepas nie. Sapa kata makyong x bleh bergaya? :)

Followers