Monday, April 18, 2011

Isi Hati Irina: Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat!

Tajuk saja buat gempaq tapi isi padu biasa saja. Bukannya aku nak kompelen cuma nk melepaskan rasa ketidakpuasan hati terhadap manusia tertentu.

Yela kalau haiwan dah tentu tak paham nk bercakap kn? Selama aku hidup 29 tahun kat muka bumi nie (eh dah tua aku nie) setaw aku manusia jerla yg pandai dan faham bila bercakap kn?

Cuba perati kawan-kawan kita. Ha jangan la dok p buat andaian sendiri pulak. Memang pada dasarnya manusia nie suka sgt menjatuhkan hukuman sendiri terhadap apa yang depa nampak. x sedap pulak ckp dalam bahasa melayu nie. dah macam dalam mahkamah pulak. Maksud aku "make judgement from 1st impression".

Ala sedar tak sedar sebenarnya semua orang termasuk aku sendiri pun suka sgt menilai orang dari fizikal orang tue kn? Nie tok sah dok buat baik la. Sebab aku mengata diri aku sendiri jugak. Senang kalau kata kat orang dapat dosa kn? Kalau kata kat diri sendiri dapat apa? hahaha....

Tanpa kita sedar jugak ramai yang tetiba rapat dengan kita dan nk berkawan dengan kita. Hey, nk jadi kawan nie bukan dengan kenal 2 3 menet... yang kenal berbelas tahun pun belum tentu boley jadi sahabat.

Eh mana datangnya sahabat. tadi kawan pastu sahabat pulak. Kelirulah. Kan same jer tuh. bila semua berkawan tak kira la kita menamakan dia sebagai kawan, teman atau sahabat. Dalam omputehnya kita panggei "friend". Satu jer dlm kamus omputeh kn? tapi dlm melayu nie memacam kita panggei kenapa?

Dalam kamus pun sebenarnya sama jer maksudnya suma dalam kehidupan realiti kita yang kita bg maksud berbeza sebab berdasarkan niat seseorang. Macam mana kita tahu niat depa? Semakin lama kita kenal seseorang yang bernama kawan nie, dengan sendirinya kita akan memahami niat dia.

Nie ada sorang hamba Allah SWT bg pendapat dia yang aku rasa boleh mendefinisikan kawan, teman dan sahabat nie...

Kawan: wujud di mana-mana, bila-bila dan sesiapa sahaja. Sama ada ianya baru bertemu ataupun kawan lama. Gelarannya umum.
Teman: Khusus untuk orang yang terdekat, sering bersama dan selalu menemani diri
Sahabat: Satu jalinan hubungan hati yang erat, Sering memahami dan memberi erti kepada kehidupan kita.

So, kalau dia memang hanya menggunakan kita untuk kepentingan dia sebenarnya dia bukan la sahabat yang kita. Cukuplah sekadar mengenali dan menjalinkan hubungan persaudaraan sesama manusia. Hal kehidupan kita tak payah nk kongsi  dengan dia.

Bila kita selalu down fikirkan kawan-kawan yang sabotaj kita, buli kita, tikam kita dan buat banyak perkara buruk pada kita, memang kita akan automatic "down", rasa tertekan, sedih dan kecewa sgt kn?

Tapi bgs kita tahu perangai depa semua macam s*al tuh. So, doakan semoga Allah SWT bukakan hati mereka supaya mereka taw perangai busuk dan selalu menyakitkan hati orang lain. Dan hargailah orang yang sentiasa di samping kita tak kira susah dan senang, selalu menyokong kita di saat kita lemah, yang sentiasa membantu kita di saat kita keputusan wang, yang sentiasa bg kita kuat utk teruskan kehidupan.

Okay itu dulu dari saya hari ini!
cute and always cute, irina

2 comments:

Followers