Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Isi Hati Irina: Murai yang hatinya baik...

nie murai batu....
Hi guys,

Terus masuk topik yang selalunya yang kita namakan murai nie adalah orang yang bercakap banyak dan mulutnya sangat bising...

Aku ada ramai kawan yang bermulut becok dan tak reti dok diam nie. Exceli termasuk diri aku sendiri jugak. Mulut memang tak reti diam. Tapi tak de aku nie masuk bakul angkat sendiri... haha

Tapi seriously yang mulut bising nie sebenarnya dalam hati dia baik... Cuma dia dah biasa meluahkan apa yang dia rasa dlm hati dia sendiri dari dok simpan. Memang la sakit hati kalau dengaq kadang-kadang rasa macam nk cabai jer mulut tuh kn.. lazer sgt... tapi memang realiti orang tak suka dengar benda-benda yang tak baik... kalau puji melangit dia suka la kn?

Sapa yang tak suka dipuji? bukan pompuan saja, lelaki pon sgt suka kot kalau dipuji... Lepas tue mesti dia akan belanja makan kn? hehehe

Mulut bising nie sebenarnya bagus sebab dia tak busuk hati dari si pendiam... Pendiam nie hati-hati boleh jadi gunting dalam lipatan.. haihh apa la tadi masuk bakul nie gunting pulak...

Nie la keindahan kata-kata dalam bidalan, simpulan dan peribahasa melayu...

Tadi yang masuk bakul jalan angkat sendiri tue maksud dia lebih kurang perasan bagus la... haha

Gunting dalam lipatan nie pulak adalah musuh dalam selimut la... depan sikit punya baik la.... tapi belakang mai aii mau kutuk tak hengat punya...

Yang diam tak semestinya baik hati, Yang bising tak semestinya hati busuk... Cuma mulut ja tak dak insuran...

Tapi memang tue la hakikat yang kita dok nampak hari-hari... tak kiranya masa kita belajaq dulu or dah keje sekarang... tak pon jiran-jiran sebelah rumah yang ala-ala kephoci... kn kn kn?

So, jangan menilai orang berdasarkan apa yang anda nampak... kenal hati budinya dahulu br lah menilai... tapi sebenarnya kita nk berkawan biarlah ikhlas bukan dengan membuat andaian dan penilaian sendiri... kalau orang lain pulak menilai awak apa yang awak rasa? seronok? Tak sapa kat dunia nie suka dinilai dan dikritik... itu memang adalah hakikat...

Miss tak kephoci... irina

Monday, April 18, 2011

Isi Hati Irina: Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat!

Tajuk saja buat gempaq tapi isi padu biasa saja. Bukannya aku nak kompelen cuma nk melepaskan rasa ketidakpuasan hati terhadap manusia tertentu.

Yela kalau haiwan dah tentu tak paham nk bercakap kn? Selama aku hidup 29 tahun kat muka bumi nie (eh dah tua aku nie) setaw aku manusia jerla yg pandai dan faham bila bercakap kn?

Cuba perati kawan-kawan kita. Ha jangan la dok p buat andaian sendiri pulak. Memang pada dasarnya manusia nie suka sgt menjatuhkan hukuman sendiri terhadap apa yang depa nampak. x sedap pulak ckp dalam bahasa melayu nie. dah macam dalam mahkamah pulak. Maksud aku "make judgement from 1st impression".

Ala sedar tak sedar sebenarnya semua orang termasuk aku sendiri pun suka sgt menilai orang dari fizikal orang tue kn? Nie tok sah dok buat baik la. Sebab aku mengata diri aku sendiri jugak. Senang kalau kata kat orang dapat dosa kn? Kalau kata kat diri sendiri dapat apa? hahaha....

Tanpa kita sedar jugak ramai yang tetiba rapat dengan kita dan nk berkawan dengan kita. Hey, nk jadi kawan nie bukan dengan kenal 2 3 menet... yang kenal berbelas tahun pun belum tentu boley jadi sahabat.

Eh mana datangnya sahabat. tadi kawan pastu sahabat pulak. Kelirulah. Kan same jer tuh. bila semua berkawan tak kira la kita menamakan dia sebagai kawan, teman atau sahabat. Dalam omputehnya kita panggei "friend". Satu jer dlm kamus omputeh kn? tapi dlm melayu nie memacam kita panggei kenapa?

Dalam kamus pun sebenarnya sama jer maksudnya suma dalam kehidupan realiti kita yang kita bg maksud berbeza sebab berdasarkan niat seseorang. Macam mana kita tahu niat depa? Semakin lama kita kenal seseorang yang bernama kawan nie, dengan sendirinya kita akan memahami niat dia.

Nie ada sorang hamba Allah SWT bg pendapat dia yang aku rasa boleh mendefinisikan kawan, teman dan sahabat nie...

Kawan: wujud di mana-mana, bila-bila dan sesiapa sahaja. Sama ada ianya baru bertemu ataupun kawan lama. Gelarannya umum.
Teman: Khusus untuk orang yang terdekat, sering bersama dan selalu menemani diri
Sahabat: Satu jalinan hubungan hati yang erat, Sering memahami dan memberi erti kepada kehidupan kita.

So, kalau dia memang hanya menggunakan kita untuk kepentingan dia sebenarnya dia bukan la sahabat yang kita. Cukuplah sekadar mengenali dan menjalinkan hubungan persaudaraan sesama manusia. Hal kehidupan kita tak payah nk kongsi  dengan dia.

Bila kita selalu down fikirkan kawan-kawan yang sabotaj kita, buli kita, tikam kita dan buat banyak perkara buruk pada kita, memang kita akan automatic "down", rasa tertekan, sedih dan kecewa sgt kn?

Tapi bgs kita tahu perangai depa semua macam s*al tuh. So, doakan semoga Allah SWT bukakan hati mereka supaya mereka taw perangai busuk dan selalu menyakitkan hati orang lain. Dan hargailah orang yang sentiasa di samping kita tak kira susah dan senang, selalu menyokong kita di saat kita lemah, yang sentiasa membantu kita di saat kita keputusan wang, yang sentiasa bg kita kuat utk teruskan kehidupan.

Okay itu dulu dari saya hari ini!
cute and always cute, irina

Followers