Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Isi Hati Irina: Sepatutnya dihormati tetapi.....

Kes benar

Seorang sepatutnya dihormati dan juga dirujuk jika terdapat kekeliruan tetapi bercakap buruk tentang orang lain. Adakah beliau sepatutnya dihormati?

Pernah terdengar sendiri beliau memburukkan tentang orang lain di hadapan pegawai yang lebih besar lalu prestasi orang itu terus menurun disebabkan "bad impression".

Sungguh tidak adil kepada "orang itu". Saya adalah diantara orang itu.

Sangat sedih sebab sepatutnya dia adalah orang yang sepatutnya dihormati, dan baru pulang dari haji tahun lepas. Belum sampai setahun pulang dari haji.

Bukankah sepatutnya beliau lebih tahu hukum-hakam fitnah nie...

Rasanya sudah 3 tahun, beliau asek bercakap pasal orang demi untuk menaikkan prestasinya sorang dan menabur pasir dalam periuk orang lain...

Beliau suka membodek, menfitnah, menokok tambah cerita, merepot pasal orang lain.... tetapi alangkah buruknya bila dia juga melakukan kesalahan yang sama? Apakah bezanya beliau dengan orang lain?

Semoga dibukakan hatinya untuk tidak terus memburukkan orang lain dan semoga Allah SWT mengabul semua doa-doanya...

Kita tidak mendoakan yang buruk di sana kn?

Rasanya mungkin juga sudah tiba masanya untuk memohon untuk tukar dari terus-menerus menjadi bahan bualan beliau...

Agak sedih dan tertekan...

Wednesday, March 16, 2011

Isi Hati Irina: It's always me!

Assalamualaikum...

I just hate be me!

I hate my self that being too sensitive, sometimes make ppl annoying, take everything seriously, usually run away from the problem, take everthing personally, always make decisions without think about others feeling.

Sometimes small matter will become BIG because of myself.

Yup, i really sensitive and hate of being scold!

End up i will cry all night long and do what ever i want to do that's heel what i'm feeling. I still care about what my loves one feeling.

I'm really sorry. It's better that way.

I seriously loving you.

irina

Monday, March 7, 2011

Isi Hati Irina: Kenapa aku buat blog!

Assalamualaikum...

Hari nie macam banyak idea nk menulis pulak... Bila tengok kiri kanan orang semua sedih buat aku teringat masa mula-mula aku create blog nie..

Memang aku buat blog nie untuk luahkan perasaan aku... Memang dari asalnya aku tak bagitaw orang pasal blog nie.... tapi ade segelintir yang tahu.... Then baru aku decide nk bagi tahu orang-orang yang aku percaya sahaja...

Balik kepada tajuk asal... kenapa aku tulis blog ni?

Aku tulis sebab aku sangat sedih dan stress sgt bila orang layan kita macam sampah. Memang menggunakan kita untuk kepentingan diri dia..  Bila juga jumpak orang lain yang lebih baik dari kita (bagi dia la kn) , asyik mencari salah kita jer...

Apa yang kita buat, cakap, pakai, nasihat semuanya tak berguna! Semuanya tak betul!

Lepas tue cakap kita nie tak dengar kata la, suka menjawab, hipokrit, asyik angin, sentap... Semua tak elok la bagi kat kita...

Lepas satu sms yang sangat2x menyakitkan hati dan aku tak mampu nk tahan lagi... Aku ambil cuti seminggu utk blk kampung... Rehat dan tenangkan diri dan fikiran... Stress sgt! bukan sebab keje tapi sebab orang yang rasa diri dia tue baik sgt! Menyampah betul!

Asyik menangis jer kat ofis...

Lepas seminggu aku rasa macam okay sket... dan aku luahkan segala-galanya dlm blog nie.. boleh baca 1st entri aku... DIA!!!

Masa tue jugaklah aku jadi rapat dengan dia yang kini menjadi kesayanganku...

Alhamdulillah... Semoga DIA juga bahagia dengan pilihannya... dan tak akan lagi sia-siakan perasaan orang yang menyayanginya...

Isi Hati Irina: Kalau awak sedih, saya pun sedih sama! :(

Assalamualaikum...

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,dan Allah datangkan hujan.kita menangis mencari matahari,tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

Sebenarnya aku sedih sgt bila dengar kawan-kawan aku yang baru putus cinta, hubungan tak direstui oleh parent, ditinggalkan suami, kemalangan, ada orang tabur pasir dalam periuk nasi sampai kehilangan kerja...

Memang kalau boleh kita semua nk hidup bahagia kn? Sapa nk hidup dalam kesedihan, kecewa? Aku pon pernah rasa keadaan macam tue... Tambah bila kita tak lagi dihargai... memang sedih sgt...

Mungkin ada rezeki yang lebih baik menanti... Mungkin kebahagiaan akan muncul tak lama lagi...

Jangan menangis nasib diri kita, jangan cepat putus asa... ingatlah orang-orang yang sayang awak... Semua orang yang menyayangi awak akan sentiasa menyokong awak untuk bangun semula dan kuat untuk menempuh segala dugaan...

Memang la jalan kita tak macam orang lain... Mungkin jalan hidup orang lain mudah tapi kita tak tahu apa disebalik kebahagiaan itu? Mungkin mereka tak cerita masalah mereka sebab nak bagi orang semua nampak yang mereka bahagia tapi sebenarnya ada masalah dlm perhubungan...

Jangan membandingkan nasib diri kita dengan orang lain... Lambat atau cepat kebahagiaan itu pasti jugak akan datang...

Dalam kita berusaha untuk mencapai kebahagiaan dan juga kekayaan, jangan lupa akan suruhan-Nya... Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan...

Semoga semuanya dipermudahkan untuk orang-orang yang aku sgt sayang... Aku sayang kamu....

Followers