Tuesday, August 27, 2013

Ketika manusia mati kelak maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara: Ilmu yang bermanfaat, Anak yang sholih dan Sedekah amal jariyah.

Assalamualaikum,

Sharing

Sabda Nabi S.A.W. : Idzaa maatal insaanu inqotho’a ‘anhu ‘amaluhuu illaa min tsalaatsin ‘ilmin yuntafa’u bih, wa waladin shoolih, wa shadaqotin jaariyah. Maksudnya, ketika manusia mati kelak maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara: ilmu yang bermanfaat, anak yang sholih dan sedekah amal jariyah.

1. Ilmu yang bermanfaat.

Insya-Allah berusaha untuk belajar dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

2. Anak yang soleh. 

Insya-Allah. Soon dah nk jadi seorang mama. So, dah kena mula belajar asa keibubapaan dan kena bermula dari sekarang untuk memperbaiki diri sendiri sebelum nk mendidik bakal anak-anak. 

3. Sedekah amal jariah.

Tidak hanya di bulan Ramadhan. Di mana sahaja yang memerlukan beri setakat yang mampu. Insya-Allah rezeki kita takkan terputus walaupun di saat kita kekeringan. Ada jer rezeki akan dapat walaupun bukan dari segi wang ringgit tetapi bentuk lain kebahagiaan, kasih sayang, dan penghargaan. :)

Jadi kalau sesiapa yang berminat nk bersedekah cara yang paling mudah dengan menderma telekung, sejadah dan Al-Quran yang mana setiap kali orang guna mudah-mudahan kita pon dapat pahala sama.

Cuba search nama Fauziah Hamidon di facebook. Dia buat telekung untuk kegunaan harian dan juga untuk didermakan. Jadi kalau rasa berminat nk derma tapi tak tahu di mana contact jer Kak G dan cakap nk derma telekung. Dia boleh carikan tempat untuk didermakan. Just bayar jer duit untuk telekung then kak G akan tlg jahit dan carikan tempat untuk menderma telekung. Tapi kalau ada yg berminat untuk dijadikan telekung harian, hadiah dan sebagainya pon boleh. Just search kat fb Fauziah Hamidon.

Insya-Allah walaupun tak banyak sikit pun jadilah kn untuk bekalan di sana.

Sekian, Wslm

Irina

No comments:

Post a Comment

Followers