Tuesday, August 27, 2013

Kahwin? Bahagia?

Assalamualaikum,

Siapalah saya nk bercerita pasal kebahagiaan selepas kawen nie kn? Baru setahun jagung jer pengalaman saya berbanding orang lain yang dah berpuluh-puluh tahun kawen kn?

Cuma tak semua yang kita impikan sebelum kawen akan kita dapat. So, if you expect you will live happily ever after baik jangan kawen okay.

Yup, seharusnya perkahwinan adalah sesuatu yang membahagiakan sebab tuh bila ada masalah semua orang akan cuba lari dan keluar dari masalah. Faham sendiri lah ye.

Kita expect husband kita akan dengar dan menurut apa yang kita nk. Yes, sebelum kawen myb dia boleh tunaikan semua permintaan kita walaupun merepek-repek. Tp lepas kawen mungkin tak semuanya dia boleh bagi/buat. Jadi mungkin akan rasa kecewa dengan pasangan kita. Hurm, jangan bandingkan husband kita dengan husband orang lain.

Mungkin rezeki dia lebih kat kewangan tapi ada kekurangan masa untuk bersama keluarga. Ada yang sentiasa bersama susah dan senang tapi cuma tak mampu nk makbulkan semua hasrat/permintaan kita. Tapi cuba kita renung balik masa dia habiskan menghantar dan menemani kita di klinik semasa sakit/mengandung/anak sakit dan sebagainya.

So, pls stop comparing. Sepatutnya bila kita tengok orang lain happy kita doakan kebahagiaan dia bukan nya dengan mendoakan yang tak baik. Contohnya bila orang kongsi gambar dan saat gembira bersama pasangan kita mulalah berkata ala baru kawen kot memang la macam tuh... cuba tengok nanti dah bertahun... Cuba la bare in mind doakan semoga kasih sayang mereka berterusan sehingga jannah. Salahkah mereka? Dah sah pon bukan boypren/gelpren berpeluk sakan.

Susah otak orang melayu kita nie selalu mencari kesalahan orang lain. Update gambar salah, update status salah... Cer doa yang baik-baik. Insya-Allah tenang sikit hati tu bila kita sentiasa berdoa untuk kebahagiaan orang lain.

Jangan cemburukan kebahagiaan orang lain dan cuba tengok apa yang kelebihan yang ada pasangan kita yang orang lain takdak. Nie husband banyak duit pon nk curi masa berdeting pon susah. Belum lagi nk mintak temankan g shopping, hantarkan ke klinik dan anak sakit pon kena p hantaq sendiri. Ada yang drive sendiri g hospital sebab nk beranak.

Awalnya memang sgt seronok la sebab bila hari-hari istimewa semua diraikan dengan penuh romantik lah. Kalau setahun ada berapa kali sambut kn? Birthday, Anniversary perkenalan, Anniversary pertunangan, Annivesary pernikahan/pertunangan dsb... Hadiah pulak memang semuanya hebat belaka la kn sebab duit bukan lah menjadi masalah kepada pasangan anda. Amat bertuah lah badan si dia kn?

So, kita nilaikan sendiri pasangan mana yang kita nk dan kita pon kena jadi yang terbaik jugak. Bukan nk pasangan yg hebat tp diri sendiri pon kena hebat dan terbaik. So, saya memang mencari yang biasa-biasa sahaja sebab saya pon bukan seorang yg hebat tp masih belajar untuk menjadi isteri yang terbaik untuk dia.

Cuma semua yang kita nak tak semuanya kita dapat. Saya pon masih dalam proses untuk mengenali pasangan saya. Perbezaan pendapat memang selalu dan tak dinafikan. Bila sorang panas sorang lagi kena sejuk. Tp macam saya cakap di awal tadi siapalah saya nk berkongsi pendapat pasal perkahwinan nie.

Sekarang saya sedang ajar pasangan saya untuk manage kewangan dia sendiri. Bagi saya duit dia, dia kena pandai manage sebab lepas nie dah bertiga jadi perbelanjaan semakin meningkat. Saya menjadi seorang yang sgt kedekut untuk berbelanja walaupun untuk membeli barang keperluan sendiri sebab menyimpan lebih penting. Saving untuk diri sendiri pon penting jugak.

So, sama-sama membantu dan yang penting komunikasi dengan pasangan. Tak dinafikan lelaki nie ego bila bercakap bab duit nie tapi pelan-pelan la bercakap. Di awal-awal nie la kena buat plan sebab nanti dah berkurun kawen memang susah nk bercakap dah. Bab duit nie memang slalu jd punca gaduh kn?

Saya bg pendapat pasal buat bajet, saving ASB, Tabung Haji, duit kecemasan, travel dsbnya. Ala bukan kena saving sampai beratus pon sebulan. Ikut kemampuan la kalau mampu RM10 pon boleh kn bg setiap akaun. Esok akaun anak pulak. :)

Insya-Allah semua yang kita rancangkan akan jadi lebih teratur.

Cuma mind-setting kita dah mula kena berubah. Semoga dipermudahkan rezeki untuk kita semua, Amin...

Sekian dulu, Wslm

Irina

No comments:

Post a Comment

Followers