Assalamualaikum,
Hari nie hati aku agak sedikit terusik. Yela kn sejak menjak nie kn? hahaha... Pembawakan sama kot... So, agak sensitif.
Aku bukan lah anak orang senang dan memang cemburu sgt dengan kekawan aku yg mana mak pak depa tetiap minggu mai melawat kat asrama bawak KFC. Aku pon tumpang jugak la makan coselow. Kekadang depa ajak join makan sekali. Sebab kawan baik so join la jugak makan sampai gigit tulang punya la sedap. Yela aku dok asrama dari Form 1 sampai Form 5. Kami boleh balik rumah 2 minggu sekali so yg seminggu stay kat asrama parent memasing akan mai melawat la. Abah aku kekadang ja mai tgk sebab yela faktor kewangan la jugak kn? Nk mai mesti nk bawak duit n barang sket kn? Kekadang tuh abah belikan nasi kandaq pon dah kira seronok sgt. Normally masa balik rumah mama dah bekal duit utk 2 week sekali utk beli barang keperluan macam sabun, ubat gigi n everything la. Berapa? RM10 jer. Mana cukup kn? Kat sekolah nk makan lagi. Normally aku x makan sgt kat sekolah. Harap food kat asrama jer.
Aku di antara student yg paling lambat bayaq duit asrama dan bas. Kekadang tangguh smp 6 bulan. Yela nk mintak x sampai hati tp bila time nk exam mesti kena bayaq full kn? Time nie memang meyayat hati sebab tetiap bulan nama aku naik kat board sebab lambat bayaq. Tp sebagai anak sulung aku lebih pikiaq pasai adik2x aku yg mana sorang sambung kat MRSM, yg lain suma kecik-kecik lagi. Sampai ustazah keluaq surat br aku bg kt mama aku. Huhu.
So kekadang tuh aku x balik rumah sebab aku p tdoq umah kekawan baik aku. Depa nanti sapot la semua termasuk duit nk jalan, makan sampai ke baju pon meminjam. Isk sedey sgt. Tp masa ni kira seronok ja pon. Yela kalau blk rumah nanti berkurung jer dlm rumah. Then bila nk balik asrama sedey sebab abah x hantaq kena angkut beg naik bas. Tue la rutin aku selama 5 tahun.
Baju baru? Kami ada selai jer baju baru yg lain pakai hat lama jer. Or else kami p pungut baju2x kat MRSM abah gheja dulu. Yela mostly student MRSM adalah di kalangan anak orang banyak duit. So, bila abis belajaq depa nanti tinggai semua la baju, kasut n memacam. Semue elok2x lagi okay. So, kami p la amek yg mana muat. Tp kira ada la barang yg elok skit kn?
Cuma masa form 4 jer aku dilantik jd pengawas sekolah so ada la 2 pasang baju dan kasut baru. Then form 5 recycle jer. So aku pon pernah hadapi macam mana org dalam bersamamu rasa. Yela gaji mama n abah tak sampai 1k sebulan.
Then bila dah senior br lah ada adik-adik yg sgt baik hati dan rapat dengan aku. Hari-hari depa belanja aku okay. Jap p beli ice-cream la, cokelat la n memacam la. Yela parent dia bg dekat RM50 seminggu. Rezeki dia lebih jd dia belanja aku. Memang sayang sgt kat depa nie.
Kehidupan aku kat asrama x dak la happening sgt sebab slalu memenjam sabun orang itu n ini. Yela dengan RM10 memang x cukup nk beli semua kn? So kejap jer dah abis. So, kekadang tuh ada la jugak dok kutuk aku itu ini. Nk buat macam mana anak orang tak berada.
Kat sekolah cikgu soh beli apa pon aku x pernah la beli. Yela duit lagi kn? Memang yg mama bg jerla. Kekadang tuh simpan cukup-cukup utk tambang bas nk balik rumah jer.
SPM aku pon dapat result biasa-biasa sebab aku p sekolah sbb parent aku soh p. X penah la ada effort nk belajaq sungguh-sungguh. Aku sungguh cemburu dengan adik aku sebab dia seorang yg cerdik dari aku sejak dari tadika lagi. So, aku just ikut rentak parent aku x pernah langsung membantah.
So, aku kenal erti susah tuh macam mana. Kita sedar family kita x mampu jadi nk mintak pon segan. Walaupun terpaksa menahan malu sebab nama terpampang kat board sebab lewat bayaq. Tp kisah lama menjadi pengalaman yg buat aku utk jadi seorang yg berjaya dari segi pendidikan, kerjaya dan keluarga.
Insya-Allah Allah SWT dah tentukan jalan masing-masing. Cuma kita sebagai hambaNya jangan angkuh dan bongkak sekiranya diberikan kejayaan dan rezeki lebih. Simpanan masa sekarang penting utk kehidupan masa akan datang. Tp rezeki semuanya dari Allah SWT.
Rezeki bukan sahaja dalam bentuk duit, tapi pendidikan, kerjaya, kesihatan dan kehidupan adalah rezeki. Walaupun tak bekerja dan kehidupan sederhana pon tengok family sgt bahagia sebab dapat tgk anak-anak membesar depan mata. So berhentilah merungut itu ini. Walaupun bekerja dan gaji tinggi jadi perbelanjaan pon tinggi. Nak hantar nursery lagi dan byk komitmen lain. Balik keje pon lewat x sempat tgk anak pon kekadang sebab ank dah tdo. Anak lebih banyak masa dengan orang lain berbanding kita. Yela dulu masa kecik-kecik dulu dah pernah rasa sebab both parent kerja kn? Yela mencari rezeki kn?
Syukur Alhamdulillah semuanya dah tamat Ijazah dan Diploma. Tinggal yg kecik jer masih di tingkatan 2. Semoga dia pon dapat ikut jejak langkat kakak-kakak dan abang dia. Walaupun result kurang bagus x semestinya kita x boleh berjaya kan? So, let him what he want to be.
Okay la sampai kat sini dulu. Kalau sambung zaman diploma n degree pon boleh nangis nie sebab pernah ikat perut sebab duit semua abis kat assignment dan x dak duit nk makan. Tp berat hati nk mintak. T_T
Sekian sahajalah coretan aku si anak bukan orang senang.
Wslm.
Irina
No comments:
Post a Comment