Tuesday, May 21, 2013

Abahku Sayang...

Assalamualaikum,

Kali nie nk tulis versi abah pulak. Nampak benau takde keje kn? Actually memang tabiat aku kena menulis if aku tersgtlah stress or tension. Macam satu batu dah keluar dari kepala nie. Tp x elok kat bg mamatobe nie kn? So, jom buat sesi luahan perasaan.

Baru-baru nie aku ada terbaca satu kisah yg mana dikongsi di mukabuku pasal seorang ayah menghantar anak dia balik asrama dengan menaiki motosikal dan penuh beg. I'm in that situation before. Jap sedia tisu dulu...

Nie sebenarnya kesinambungan dari kisah sebelumnya iaitu setelah tamat tingkatan 5. Jadi aku diterima ke sebuah kolej di Melaka sejurus sahaja keputusan SPM diumumkan. Kami tidak mempunyai kereta utk ke sana dan  kami beramai-ramai naik bas utk ke Melaka. Masa nie adik aku yg masih belajar di MRSM x ikut sebab dia di asrama taiping. Jadi dengan beg-beg penuh barang semua kami ramai-ramai angkut naik bas. Memang abah aku lah angkat beg yg berat. Sian abah. Masa nie pon x mampu nk beli beg tarik lagi. Jadi beg balik kampung yg sgt besar la diisi semua barang-barang keperluan. Yela tak lupa jugak beg baju semua   yg lain sebab nk bermalam kat melaka kn?

So, lepas smp jer Melaka tdo beramai-ramai dlm satu bilik hotel sebelum ke Kolej nk daftar. Angkut la beg2x besar tuh semua sekali dengan berjalan kaki lebih kurang 1 km jugak. Sebab nk naik teksi kn mahal. Sian abah.

Then masa sampai semua yg datang kebanyakannya naik kereta dan just bawak diri jer lapor. Aku nie kiri kanan beg. Takpelah kn? Nie nama dia susah dulu kn? Then naik bas kolej beramai-ramai ke asrama. Lepas jer parent aku hantaq masuk asrama terus depa amek teksi balik. Nampak sgt wajah depa lega dah hantaq. Tp tgk abah tersgtlah letih. Then x pernah dtg melawat selama hampir 3 tahun aku belajar kat situ. Yela faham ekonomi keluarga kn? Tp aku hampir setiap bulan blk kampung sebab agak homesick. Paling lama pon 2 bulan. Sampai makcik aku kata kami nie ingat mama n abah cop duit ka asek balik saja. Dia hanya mampu berkata tp anak-anak x pernah berjauhan dengan dia. Nie parent sanggup cari duit sebab seronok bila anak ckp nk balik rumah. Masa tuh kami masih stay kat Penang.

Paling aku tak bleh lupa abah aku mesti dah tunggu atas motor bila aku turun bas. Dari jauh dah nmpk dah abah tdoq atas motor yg parking tepi jalan. Yelah risau kalau aku sampai dulu dia x dak kn? Yela mostly aku akan sampai lebih kurang kul 4 or 5. Isk anak dara kot bahaya. Selalunya aku akan call dulu bila bas berenti kat tapah. Senang la abah nk bajet kul bape nk keluar rumah. Yela nk ke stesen bas gelugoq pon dah makan masa dekat 40 minit or lebih kot. Kalau malam xde kete cepat lagila. Cuma kami dok belah balik pulau. So, jalan berbukit bukau la. Seram weh. Then kami dua beranak akan redah la bukit utk blk rumah. Abah aku nie memang sgt berani kn? Demi anak dia. Sepanjang lalu area bukit tuh bau wangi la memacam la tp abah dah pernah pesan if bau apa2x pon jgn teguq. So, sampai besaq la aku amalkan dan nasihat kekawan aku. Nie pon kekawan aku gelak sebab ada masa tuh aku drive ikut belakang lori ikan. So, ayaq ikan tuh kena la keta. Then depa komplen bau busuk. Aku kata abah aku x bg teguq kalau bau apa2x. So, semua diamkan diri smp la umah aku. Lepas tuh dah smp memang bau ikan la keta aku sebab kena ayaq ikan yg meleleh dari lori tadi. Mampuih depa gelak. Isk.

Okay sambung balik. Sampai la aku habis belajar aku balik sendiri naik bas. Masa nie lagi la berat sebab buku satu beg besaq, n satu beg baju. Yg lain aku dah hantaq skit2x masa balik kampung. Masa kat Melaka ada bf so dia la yg tlg bawakkan. Kalau aku nk angkat mmg x larat la. Then smp jer penang, kami berdua naik motor bawak beg2x berat tuh. Nk tinggal karang hilang. So, beg yg buku letak kat depan n beg baju aku letak tgh2x... Memang masa tuh x kira susah dah. Rasa macam lega sgt abah ada utk buat semua tuh. Andai aku sorang memang dah nangis tepi jalan dah.

Then x sempat grad diploma dah dpt tawaran degree kat melaka jugak. So sama la jugak naik bas beramai-ramai. Lepas hantar terus blk rumah. Sedih ooo bila tgk depa naik bas. Isk. Agaknya itu jugak depa rasa bila hantaq anak-anak depa naik bas kn? Cuma masa nie abah aku br amek iswara lama n bawak arwah tok aku jejalan mai melawat aku kat sana. Best sgt! Cuma kesian sgt bila balik engin kete problem. Yela kete lama kn? Duit lagi kn? Tp mmg aku ingat la walaupun sekali datang tgk aku.

Masa abis degree pon aku balik sendiri. Cuma masa nie dah agak senang sket sebab abah aku dah ada kete. So, turun bas jer dah ada pickup naik kete. Cuma penat masa nk balik jerla. Nk mengangkut beg sorang-sorang. Masa nie dah putuih dh dengan bf.

Bila tgk balik abah aku sekarang memang dia macam dah lega sgt. Yela semua anak-anak dia dah bekerja dan berkahwin. Tahun lepas jer sambut 3 menantu dan Insya-Allah tahun nie sambut kedatangan 3 org baru jugak utk panggil dia tokabah. :)

Bila tgk mama n abah lega dan cuma nk jaga adik sorang jer lagi yg jd peneman mama. Abah pon dah boleh fokus buat benda yg dia suka kn? Dah byk abiskan masa dengan aktiviti surau dan sebagainya. Rasa macam happy sgt. Tgk mama pon dok seronok beli barang itu ini. Yela dulu masa kami dok membesar mana bleh nk beli itu ini kn? Smp duit simpanan pon x dak. La nie memang gaji dia utk depa saja.

Isk rindu sgt nk balik kampung tp husband tersgt la byk keje smp darah tinggi nie. Risau tp tak bleh nk tunjuk sgt. Yela diri nie pon x bleh nk risau dan stress sgt kn? Tp aku bersyukur dengan nikmat rezeki yg Allah SWT bg. Dengan pendidikan yg baik, pekerjaan yg elok, pasangan hidup, orang baru Insya-Allah, simpanan, kesihatan, keluarga yg masih ambil-berat each other walaupun kekadang tuh bz. Yela bila dah berkahwin byk benda kena fikir sebelum nk buat kn? Tk boleh nk selfish.

Aku sayang abah aku. Aku sayang mama aku. Aku sayang suami aku. Aku sayang semua adik-adik aku yg ada talian darah mahupun bukan. Aku sayang kawan-kawan baik aku. Aku sayang kamu semua.

Kekadang bila kita lepas kan perasaan macam nie rasa macam lega sgt. Okaylah.

Sekian, Wslm

Love Love Love

Irina

No comments:

Post a Comment

Followers