Friday, May 31, 2013

Sarangheo update: Our master bedroom!

Assalam!

Hari yang penuh excited!

Nie la bedroom set yg problem hampir 2 bulan tuh. Sebenarnya bayaran memang dah settle dan harga yg diberi adalah RM1359 yang mana RM959 dibyr pakai kad dan balance RM400 dibayar pakai cash dah telah disonglap oleh minah sales girl tuh! Dah telah mencancel invois kami nie dengan alasan kami cancel barang.

Nasib baik bukti resit berserta invois ada dengan kami dan dia tulis harga utk Divan Set nie adalah RM1009. Jadi nk settlekan barang nie kami just kena bayar RM50 jer! Akhirnya tak sampai seminggu depa dah delivered barang nie!

Memang puas hati lah sebab bersabar! Sebab memang sgt besar almari dia 6' x 8'. Tapi pastinya akan dikonker oleh MH. 

Nie gambar2x yg panas-panas br ambil td. Actually dia ckp kul 12 tapi dia dok pasang belah Balik Pulau so pegi makan Kambing Ros kat Tajudin Hussin ngan My dear sis. :)

Syukur Alhamdulillah! Yey!

Mengadap tingkap.

Nie gambar dari pandangan almari. 

Nie pandangan dari meja solek.

Nie depa tgh bertungkus lumus utk memasang katil, meja solek dan almari.

Nie yg belum dipasang. Excited sgt! Kurang 20 minit dah siap macam kat atas. :)

Sekian dulu eh... Wslm

Love Love Love

Irina
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila MH excited!

Assalam semua,

Nk sharing semalam sajer la dok tanya MH dah ada ke nama pilihan dia if gegel. So, nmpk benar dia sgt berkobar-kobar nk bg nama kat baby dalam perut nie. Sooo cute!

Then masuk google nama berserta maksud. Dia dari dulu memang nk menamakan anak dia sempena Ketua Bidadari Syurga dan Hidup bahagia si pipi merah (gelaran daripada Nabi Muhammad s.a.w. kepada isteri yang paling dicintai & disayanginya, iaitulah Saidatina Aisyah r.anha. dek kerana pipi Ummul Mukminin ini yang kemerah-merahan, maka dia digelar “Humaira”. )

So, for now memang dia keep the name for her future baby girl. Tp semalam masa dok belek-belek nama dia macam dah beralih arah kepada nama yg sgt sedap dan lembut didengar. Insya-Allah kalau betul gegel dalam perut mama nie papa dah ada senarai nama dah. #NAS

Isk MW pulak yg excited nie. Hahaha. So comel la MH nie. Anyway MW tak kisah pon janji nama yang bermaksud supaya terdorong menjadi anak-anak yg soleh dan solehah. :)

MW pulak? Okay for now dah ada simple name sebab mybe just nk letak pangkal Muhamad Nur ...... sempena nama papa dia. So nk cari yg sepatah pon cukup susah. Sian nanti nk tulis nama punya la panjang kn? :)

Nie baru update pasal selection nama sebab lepas nie nk menyibukkan diri buat benda lain pulak. Yela after 5-6 br boleh nk prepare all the baby n mama things kn? Soo cute la jd mama nie.

Kekadang risau gak tgk badan nie, kat perut jer bolat. Haha. Pipi? Usahla tanya hahaha. Tue dari lahir memang dah boolat. Hahaha, memang cute sgt.

Okay la doakan baby dalam tummy mama nie membesar dengan sihatnya. Minggu depan checkup kat KKIA Jalan Perak pulak. Hopefully berat naik sket. Risau pulak tak naik-naik berat nie.

Okay la sayang-sayangku. Doakan yg baik-baik taw. Semoga semua urusan kita dipermudahkan.

Sekian, Wslm

Irina

Wednesday, May 29, 2013

My Pink or Blue- 17 wk


Speechless tgk syg mama gerak-gerak tgn mcm nk lambai-lambai kat papa n mama.
Semoga syg sihat dalam perut mama okay. Amin.
Love love love
Irina
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wordless Wednesday: Cinta hati saya!

Tarikh: 11.05.2013
Lokasi: Batu Feringgi, Penang




Bila lagi nk deting nie sayang, hari-hari dia bz dengan project. Huhu.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 26, 2013

Pink or Blue? :)

Assalamualaikum,

Busy sgt kat office lately. Nie br ada masa hack computer MH sebab dia p tgk bola. Sian sgt kat MW dia smp tertdo tgk dia buat keja siang malam. Huhuhu. Dah tuntutan keja jadi x bleh nk komplen kn? Huhu... Tp baby dah menendang2x mama dia menandakan tersgt lapar nie. \

Semalam g check up kat Pearl Maternity Penang dan dah mula nmpk sayang mama nie bergerak-gerak. Dok lambai2x kat mama n papa kn? Then lepas check semua doc pon check gender baby mama nie. Nak tahu ke boboi ke gegel kn? Nanti eh? Bg besar sket.

Yang pastinya papa dia sgt happy dah tersgtlah excited masa tgk baby gerak2x. Mama x rasa sgt lagi pon sebab kecik lagi kn? Alhamdulillah baby sgt sihat walaupun mama susut 1.5kg. Myb mama agak memilih makan dan kekadang mama makan agak lmbt sebab papa busy sgt. Huhu.

Mama harap baby semakin sihat ye. Papa sgt excited tp x nk tunjuk sgt. Kuasa veto di tgn papa untuk memberi nama. Haha. Mama redha jerla janji sayang mama nie membesar dalam perut mama dengan sihatnya.

Hopefully berat bertambah sikit la nanti, Rasa x larat pon ada sebab cepat penat bila berjalan. Yela baby makin besar kn mama lak makin kurus. Papa? Hahaha, usah ditanyalah. Hahaha.

Tp papa pon kena control makan dah sebab last week buat blood test n doktor gtaw ada darah tinggi dan asid urik tinggi. Hurm, sebab masih dok umah MIL jadi x bleh nk masak pape yg boleh utk MH. Dia kena pepandai la control.

Pink or Blue? Nanti lagi sebulan dua dah boleh g sopping baju n barang-barang baby. Superduperexcited! Semoga sayang mama nie sihat dalam womb kecik mama nie.

Syukur Alhamdulillah cepat masa berlalu kn? Semoga Allah SWT mempermudahkan semuanya.

Love Love Love

Sekian, Wslm

Irina

Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday : Sarangheo dah pakai baju!

Assalamualaikum..

Layan...
Hall

Bilik sliding

Master Bedroom

Guest room

Yeay, tapi bila nk pindah? Sigh..

Sekian, Wslm

Tuesday, May 21, 2013

Abahku Sayang...

Assalamualaikum,

Kali nie nk tulis versi abah pulak. Nampak benau takde keje kn? Actually memang tabiat aku kena menulis if aku tersgtlah stress or tension. Macam satu batu dah keluar dari kepala nie. Tp x elok kat bg mamatobe nie kn? So, jom buat sesi luahan perasaan.

Baru-baru nie aku ada terbaca satu kisah yg mana dikongsi di mukabuku pasal seorang ayah menghantar anak dia balik asrama dengan menaiki motosikal dan penuh beg. I'm in that situation before. Jap sedia tisu dulu...

Nie sebenarnya kesinambungan dari kisah sebelumnya iaitu setelah tamat tingkatan 5. Jadi aku diterima ke sebuah kolej di Melaka sejurus sahaja keputusan SPM diumumkan. Kami tidak mempunyai kereta utk ke sana dan  kami beramai-ramai naik bas utk ke Melaka. Masa nie adik aku yg masih belajar di MRSM x ikut sebab dia di asrama taiping. Jadi dengan beg-beg penuh barang semua kami ramai-ramai angkut naik bas. Memang abah aku lah angkat beg yg berat. Sian abah. Masa nie pon x mampu nk beli beg tarik lagi. Jadi beg balik kampung yg sgt besar la diisi semua barang-barang keperluan. Yela tak lupa jugak beg baju semua   yg lain sebab nk bermalam kat melaka kn?

So, lepas smp jer Melaka tdo beramai-ramai dlm satu bilik hotel sebelum ke Kolej nk daftar. Angkut la beg2x besar tuh semua sekali dengan berjalan kaki lebih kurang 1 km jugak. Sebab nk naik teksi kn mahal. Sian abah.

Then masa sampai semua yg datang kebanyakannya naik kereta dan just bawak diri jer lapor. Aku nie kiri kanan beg. Takpelah kn? Nie nama dia susah dulu kn? Then naik bas kolej beramai-ramai ke asrama. Lepas jer parent aku hantaq masuk asrama terus depa amek teksi balik. Nampak sgt wajah depa lega dah hantaq. Tp tgk abah tersgtlah letih. Then x pernah dtg melawat selama hampir 3 tahun aku belajar kat situ. Yela faham ekonomi keluarga kn? Tp aku hampir setiap bulan blk kampung sebab agak homesick. Paling lama pon 2 bulan. Sampai makcik aku kata kami nie ingat mama n abah cop duit ka asek balik saja. Dia hanya mampu berkata tp anak-anak x pernah berjauhan dengan dia. Nie parent sanggup cari duit sebab seronok bila anak ckp nk balik rumah. Masa tuh kami masih stay kat Penang.

Paling aku tak bleh lupa abah aku mesti dah tunggu atas motor bila aku turun bas. Dari jauh dah nmpk dah abah tdoq atas motor yg parking tepi jalan. Yelah risau kalau aku sampai dulu dia x dak kn? Yela mostly aku akan sampai lebih kurang kul 4 or 5. Isk anak dara kot bahaya. Selalunya aku akan call dulu bila bas berenti kat tapah. Senang la abah nk bajet kul bape nk keluar rumah. Yela nk ke stesen bas gelugoq pon dah makan masa dekat 40 minit or lebih kot. Kalau malam xde kete cepat lagila. Cuma kami dok belah balik pulau. So, jalan berbukit bukau la. Seram weh. Then kami dua beranak akan redah la bukit utk blk rumah. Abah aku nie memang sgt berani kn? Demi anak dia. Sepanjang lalu area bukit tuh bau wangi la memacam la tp abah dah pernah pesan if bau apa2x pon jgn teguq. So, sampai besaq la aku amalkan dan nasihat kekawan aku. Nie pon kekawan aku gelak sebab ada masa tuh aku drive ikut belakang lori ikan. So, ayaq ikan tuh kena la keta. Then depa komplen bau busuk. Aku kata abah aku x bg teguq kalau bau apa2x. So, semua diamkan diri smp la umah aku. Lepas tuh dah smp memang bau ikan la keta aku sebab kena ayaq ikan yg meleleh dari lori tadi. Mampuih depa gelak. Isk.

Okay sambung balik. Sampai la aku habis belajar aku balik sendiri naik bas. Masa nie lagi la berat sebab buku satu beg besaq, n satu beg baju. Yg lain aku dah hantaq skit2x masa balik kampung. Masa kat Melaka ada bf so dia la yg tlg bawakkan. Kalau aku nk angkat mmg x larat la. Then smp jer penang, kami berdua naik motor bawak beg2x berat tuh. Nk tinggal karang hilang. So, beg yg buku letak kat depan n beg baju aku letak tgh2x... Memang masa tuh x kira susah dah. Rasa macam lega sgt abah ada utk buat semua tuh. Andai aku sorang memang dah nangis tepi jalan dah.

Then x sempat grad diploma dah dpt tawaran degree kat melaka jugak. So sama la jugak naik bas beramai-ramai. Lepas hantar terus blk rumah. Sedih ooo bila tgk depa naik bas. Isk. Agaknya itu jugak depa rasa bila hantaq anak-anak depa naik bas kn? Cuma masa nie abah aku br amek iswara lama n bawak arwah tok aku jejalan mai melawat aku kat sana. Best sgt! Cuma kesian sgt bila balik engin kete problem. Yela kete lama kn? Duit lagi kn? Tp mmg aku ingat la walaupun sekali datang tgk aku.

Masa abis degree pon aku balik sendiri. Cuma masa nie dah agak senang sket sebab abah aku dah ada kete. So, turun bas jer dah ada pickup naik kete. Cuma penat masa nk balik jerla. Nk mengangkut beg sorang-sorang. Masa nie dah putuih dh dengan bf.

Bila tgk balik abah aku sekarang memang dia macam dah lega sgt. Yela semua anak-anak dia dah bekerja dan berkahwin. Tahun lepas jer sambut 3 menantu dan Insya-Allah tahun nie sambut kedatangan 3 org baru jugak utk panggil dia tokabah. :)

Bila tgk mama n abah lega dan cuma nk jaga adik sorang jer lagi yg jd peneman mama. Abah pon dah boleh fokus buat benda yg dia suka kn? Dah byk abiskan masa dengan aktiviti surau dan sebagainya. Rasa macam happy sgt. Tgk mama pon dok seronok beli barang itu ini. Yela dulu masa kami dok membesar mana bleh nk beli itu ini kn? Smp duit simpanan pon x dak. La nie memang gaji dia utk depa saja.

Isk rindu sgt nk balik kampung tp husband tersgt la byk keje smp darah tinggi nie. Risau tp tak bleh nk tunjuk sgt. Yela diri nie pon x bleh nk risau dan stress sgt kn? Tp aku bersyukur dengan nikmat rezeki yg Allah SWT bg. Dengan pendidikan yg baik, pekerjaan yg elok, pasangan hidup, orang baru Insya-Allah, simpanan, kesihatan, keluarga yg masih ambil-berat each other walaupun kekadang tuh bz. Yela bila dah berkahwin byk benda kena fikir sebelum nk buat kn? Tk boleh nk selfish.

Aku sayang abah aku. Aku sayang mama aku. Aku sayang suami aku. Aku sayang semua adik-adik aku yg ada talian darah mahupun bukan. Aku sayang kawan-kawan baik aku. Aku sayang kamu semua.

Kekadang bila kita lepas kan perasaan macam nie rasa macam lega sgt. Okaylah.

Sekian, Wslm

Love Love Love

Irina

Monday, May 20, 2013

Aku bukan anak orang senang

Assalamualaikum,

Hari nie hati aku agak sedikit terusik. Yela kn sejak menjak nie kn? hahaha... Pembawakan sama kot... So, agak sensitif.

Aku bukan lah anak orang senang dan memang cemburu sgt dengan kekawan aku yg mana mak pak depa tetiap minggu mai melawat kat asrama bawak KFC. Aku pon tumpang jugak la makan coselow. Kekadang depa ajak join makan sekali. Sebab kawan baik so join la jugak makan sampai gigit tulang punya la sedap. Yela aku dok asrama dari Form 1 sampai Form 5. Kami boleh balik rumah 2 minggu sekali so yg seminggu stay kat asrama parent memasing akan mai melawat la. Abah aku kekadang ja mai tgk sebab yela faktor kewangan la jugak kn? Nk mai mesti nk bawak duit n barang sket kn?  Kekadang tuh abah belikan nasi kandaq pon dah kira seronok sgt. Normally masa balik rumah mama dah bekal duit utk 2 week sekali utk beli barang keperluan macam sabun, ubat gigi n everything la. Berapa? RM10 jer. Mana cukup kn? Kat sekolah nk makan lagi. Normally aku x makan sgt kat sekolah. Harap food kat asrama jer.

Aku di antara student yg paling lambat bayaq duit asrama dan bas. Kekadang tangguh smp 6 bulan. Yela nk mintak x sampai hati tp bila time nk exam mesti kena bayaq full kn? Time nie memang meyayat hati sebab tetiap bulan nama aku naik kat board sebab lambat bayaq. Tp sebagai anak sulung aku lebih pikiaq pasai adik2x aku yg mana sorang sambung kat MRSM, yg lain suma kecik-kecik lagi. Sampai ustazah keluaq surat br aku bg kt mama aku. Huhu.

So kekadang tuh aku x balik rumah sebab aku p tdoq umah kekawan baik aku. Depa nanti sapot la semua termasuk duit nk jalan, makan sampai ke baju pon meminjam. Isk sedey sgt. Tp masa ni kira seronok ja pon. Yela kalau blk rumah nanti berkurung jer dlm rumah. Then bila nk balik asrama sedey sebab abah x hantaq kena angkut beg naik bas. Tue la rutin aku selama 5 tahun.

Baju baru? Kami ada selai jer baju baru yg lain pakai hat lama jer. Or else kami p pungut baju2x kat MRSM abah gheja dulu. Yela mostly student MRSM adalah di kalangan anak orang banyak duit. So, bila abis belajaq depa nanti tinggai semua la baju, kasut n memacam. Semue elok2x lagi okay. So, kami p la amek yg mana muat. Tp kira ada la barang yg elok skit kn?

Cuma masa form 4 jer aku dilantik jd pengawas sekolah so ada la 2 pasang baju dan kasut baru. Then form 5 recycle jer. So aku pon pernah hadapi macam mana org dalam bersamamu rasa. Yela gaji mama n abah tak sampai 1k sebulan.

Then bila dah senior br lah ada adik-adik yg sgt baik hati dan rapat dengan aku. Hari-hari depa belanja aku okay. Jap p beli ice-cream la, cokelat la n memacam la. Yela parent dia bg dekat RM50 seminggu. Rezeki dia lebih jd dia belanja aku. Memang sayang sgt kat depa nie.

Kehidupan aku kat asrama x dak la happening sgt sebab slalu memenjam sabun orang itu n ini. Yela dengan RM10 memang x cukup nk beli semua kn? So kejap jer dah abis. So, kekadang tuh ada la jugak dok kutuk aku itu ini. Nk buat macam mana anak orang tak berada.

Kat sekolah cikgu soh beli apa pon aku x pernah la beli. Yela duit lagi kn? Memang yg mama bg jerla. Kekadang tuh simpan cukup-cukup utk tambang bas nk balik rumah jer.

SPM aku pon dapat result biasa-biasa sebab aku p sekolah sbb parent aku soh p. X penah la ada effort nk belajaq sungguh-sungguh. Aku sungguh cemburu dengan adik aku sebab dia seorang yg cerdik dari aku sejak dari tadika lagi. So, aku just ikut rentak parent aku x pernah langsung membantah.

So, aku kenal erti susah tuh macam mana. Kita sedar family kita x mampu jadi nk mintak pon segan. Walaupun terpaksa menahan malu sebab nama terpampang kat board sebab lewat bayaq. Tp kisah lama menjadi pengalaman yg buat aku utk jadi seorang yg berjaya dari segi pendidikan, kerjaya dan keluarga.

Insya-Allah Allah SWT dah tentukan jalan masing-masing. Cuma kita sebagai hambaNya jangan angkuh dan bongkak sekiranya diberikan kejayaan dan rezeki lebih. Simpanan masa sekarang penting utk kehidupan masa akan datang. Tp rezeki semuanya dari Allah SWT.

Rezeki bukan sahaja dalam bentuk duit, tapi pendidikan, kerjaya, kesihatan dan kehidupan adalah rezeki. Walaupun tak bekerja dan kehidupan sederhana pon tengok family sgt bahagia sebab dapat tgk anak-anak membesar depan mata. So berhentilah merungut itu ini. Walaupun bekerja dan gaji tinggi jadi perbelanjaan pon tinggi. Nak hantar nursery lagi dan byk komitmen lain. Balik keje pon lewat x sempat tgk anak pon kekadang sebab ank dah tdo. Anak lebih banyak masa dengan orang lain berbanding kita. Yela dulu masa kecik-kecik dulu dah pernah rasa sebab both parent kerja kn? Yela mencari rezeki kn?

Syukur Alhamdulillah semuanya dah tamat Ijazah dan Diploma. Tinggal yg kecik jer masih di tingkatan 2. Semoga dia pon dapat ikut jejak langkat kakak-kakak dan abang dia. Walaupun result kurang bagus x semestinya kita x boleh berjaya kan? So, let him what he want to be.

Okay la sampai kat sini dulu. Kalau sambung zaman diploma n degree pon boleh nangis nie sebab pernah ikat perut sebab duit semua abis kat assignment dan x dak duit nk makan. Tp berat hati nk mintak. T_T

Sekian sahajalah coretan aku si anak bukan orang senang.

Wslm.

Irina

Friday, May 17, 2013

Superduper lazy...

Assalam,

Seminggu x hapdate belog kn? Anyway byk sgt benda nk cerita tp memang x larat n superduper bz sama.

So, nanti la superdupermamma hapdate belog sebelum bersawang dan bertaik chicak... iyaks!

Doakan anak mamma sihat. Amin.

Sekian, Wslm.

Irina

Thursday, May 9, 2013

Oh Cavenzi ! CQB

Assalam semua,

Nie kesah Cavenzi aka kedai perabut yg sgt famous tuh. Aku memang selalu baca bad reputation of Cavenzi. Tp selepas tgk orang-orang HQ dia turun utk settlekan masalah yg macam2 yg ditimbulkan oleh sales person yg sgt tidak bertanggungjawab jadi aku tak salahkan Cavenzi. Ini salah orang yg handle or sales person tersebut. Yela Cavenzi hanya kedai perabut yg tidak bernyawa. Yang bernyawa adalah manusia yg sgt tidak bertanggungjawab itu.

Al-kisahnya sebuah cerita. Kami dah beli beberapa perabut dari Cavenzi dan dihantar dengan sgt baik walaupun awalnya ada sikit perselisihan faham antara sales person itu dengan warehouse dia menyebabkan kami tertunggu-tunggu bilakah barang sampai. Tp delivered akhirnya dan dipasang dengan sempurna. So, i'm keep trusting her and Cavenzi.

So, MH ajak lagi ke Cavenzi QB utk survey beberapa lagi perabut. So, this sales person yg mana aku x mau mention kaum nanti racist pulak. Haha, it's was only a joke okay. Ada aku mention tak? Xde kn? So, jgn pepandai buat judgement. My best friend is Indian and Chinese person okay.

Ok sambung balik. Then this girl propose us one set of Divan Bedroom that was earlier cancel by the other customer. They will give the promotion price as the previous customer already pay for deposit. So, we need to pay for the balance plus give back deposit to the customer. Then my husband pay the balance by CC and the deposit that pay by that customer by cash. So, the girl only gave MH receipt for the payment by CC but not giving us any invoice of the thing that we ordered because before she resign from Cavenzi she want to sell a mattress for only RM699. That's why she keep invoice for her. We also not received any receipt that cash payment that was given to the previous customer as that what she told us. MH also might forgot because he's rushing that time and the store blackout some more.

So, she promise us that they will delivered after 4 week times because need to order 1st. Because we trust her so much so we wait until that time.

Okay 3 week already passes and we never have notification from her or warehouse.

Okay sambung cakap melayu pulak. Geram toi nie.

Aku ajak la MH p balik CQB nk tanya bila nk hantaq barang. MH x nk sebab katanya depa dah janji nk hantaq mg depan. Tp aku x sedap hati. Heret n paksa jugak MH p CQB. What happen is! Dia dan resign 3 hari and blah macam tuh ja. Rupanya dia dah buat taik kat ramai customer! So, ada new girl baru masuk 2 3 hari. Bila tanya semuanya blur. Then suh dia check nombor invois pada resit. Only yg salinan yg ada kat situ dan x nampak sebab rasanya yg depa simpan ada store copy dan karbon pon x nmpk langsung apa yg kami order. Lepas tuh dia kata just wait for the warehouse call and delivered that thing 1st. If, didn't have anything then come again to check. Cis! Geram betoi.

Lupa pulak nk habaq yg nama atas invoice letak nama previous customer. Aku memang x taw. Sebab MH yg pegang resit tuh. Kalau dapat kat aku memang byk tanya al-maklumlah pernah jadi auditor kn.

Okay lepas tuh tunggu kat rumah hari yg dijanjikan. Call cavenzi still xde respon. Ish geram betoi. Mintak nombor warehouse pulak nk tanya sendiri. Then depa kata x dak copy kat depa. Hah, sudah. Darah naik sampai ke hujung rambut. Isk sian pulak my baby nie.

Kekadang tuh x semua benda kita dapat mudah kn? Mesti ada jugak yg bermasalah macam nie. Istighfar dan ckp ngan MH xper nanti kita g CQB terus.

So, kami pergi on the next day and the girl yg entertain us dah berenti jugak sebab byk problem yg that 2 girls buat. So, orang HQ Cavenzi turun and figure up the problem. We all cerita la semua in detail okay they find another copy of the invoice and jumpa yg carbon yg nampak detail. Syukur. And us us to wait because warehouse and HQ tutup that day. We trust him. Yela nk kita tak boleh bersangka buruk pada semua org bukan. Sebab seekoq nyamuk takkan nk bakaq semua kelambu n rumah kn?

So, he call us as promised and tell the thing already deliverd. What! Haih... satu satu masalah kn? T_T

So, we decide to go back to CQB to explain in detail with all the prove we have. Rupanya ada 3 orang dari HQ turun utk settlekan masalah demi masalah yg ditimbulkan oleh that 2 girls.

Then dia explain yg sebenarnya that sales girl dah cancel this invoice punya order and tulis seolah2x kita cuma bayar deposit sahaja. Walhal kita dah byq penuh. Then he copied everything up and lodge repot to HQ about the issue. Tengok cara depa bersungguh-sungguh take the action rasa safe sgt. So, we let them solve the thing 1st.

Harap sgt semuanya selesai and we get our thing. Nk pindah sgt dah nie. Haih. :(

To the girls ingat! Penang nie kecik saja okay, hampa buat taik kat ramai orang so kalau jumpa memang siaplah hampa. We oll only can forgive u after our problem settle. If not, we have direct make police report.

Kadang-kadang kita nie terlalu baik hati dan sgt percayakan org lain kn? Tak baik bersangka buruk kepada orang lain bukan. Kita orang Islam masih byk nilai-nilai yg perlu ditanam. Jadi, jangan sewenang-wenangnya menipu orang macam tuh. Berlaku jujur dan amanah dalam melakukan apa sahaja dalam hidup kita.

Insya-Allah Allah SWT Maha Mendengar dan mendengar doa orang-orang yg teraniaya. Jadi, we leave it Allah SWT. Insya-Allah the thing will going on smoothly.

Itu sahaja luahan di pagi khamis nie. Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan kita. Aminnn.

Irina

Wednesday, May 8, 2013

In my womb... :)

Assalam semua,

As u guys know that i'm now about 13th week of pregnancy. So, biasa la kn kalau bercakap pasal teringin, pening kepala, sakit perut, x lalu makan, alah bau itu dan mengomel sana sini.

Yela walaupun kali kedua my womb ada isi nie tetap rasa lain. Kerisauan setiap masa tetap ada sebab dah pernah melaluinya beberapa bulan yg lepas. Jadi memang aku sgt berhati-hati dan tidak mengikut hati sgt. Tp bab bau memang kalah lagi. I cannot smell the thing like tumis thing! Haih, nk mengodak perut nk terkeluaq isi. huhu.

Tapi tue la pengorbanan seorang mama kn? Isk arituh tanya mama ade tak alahan teruk2x mcm nie. Mama ckp dia xde langsung alahan n mengidam part sebab katanya myb Allah SWT mempermudahkannya semasa mengandung sebab kami dulu susah. So, kalau teringin itu ini semua nk kena duit kn? Walaupun kfc dulu makan sebulan sekali jer time gaji. Nanti abah bawak balik kfc satu bucket. Walaupun dpt seketoi sorang tetap kesedapan sehingga abis tulang. Indahnya ketika itu siap berebut tulang2x yg masih boleh dikunyah ala upin ipin. Yela jarak i ngan my sis less than a year. So, memang teman baik dan gaduh la.

So, bila dah feeling sendiri ada isi dlm womb nie i kena berhati-hati dalam segalanya. Yela kekadang tuh sikap kurang sabar dan berangin masih lagi ada dlm diri. Susah nk buang part of kita. Tp what we do and talk will affect direct to the baby inside i need extra careful. Dia sebahagian dari hidup kita kn? Kenakalan kita semua dulu pon akan ada dlm diri dia cuma lebih or kurang jer. Hopefully sayang mama nie behave okay. :)

Semua org mengharapkan yg terbaik utk diri dan keluarganya. Kn? Jadi kita elakkan dengar benda-benda yg menyakitkan hati dan buat kita rasa benci or menyampah. Selalu membaca benda-benda ilmiah walaupun hanya blog menanam pokok. Sebab currently suka betul baca blog depa bercucuk tanam. Not forget ilmu keibubapaan, agama dan sebagainya utk membantu menjadi parent yg serba tahu. :)

Happy when MH starting to read all those thing pasal kehamilan, cara didik anak dan sebagainya. Dlm kereta no more tune to radio station only zikir and Al-Quran recitation. Tenang jer rasa. Cuma kekadang pemandu kat Penang nie ada jugak perangai yg x semengah nk bg naik angin jer. Marah tetap la ade, tp pengabisnya tekan hon saja kepada pemandu yg sgt kurang diajar nie. Tp cepat2x istighfar sebab ingat kat si kecil dlm womb mama nie.

Then kerja di ofis belum lagi bz jadi x pressure sgt, Setakat human pressure maleh nk layan. Mampuih la hampa nk kata apa kat aku pon. Hahaha. :)

Okay this friday would be my second checkup and amek darah n sebagainya. Hopefully semuanya okay sebab smlm makan kambing ros tajudin. Yela nk harap MH xkn hari-hari nk layan kemengidaman MW dia kn? Jadi semalam memang g KOMTAR amek langsir n terus p tunggu depan kedai. Dia bukak kul 6.30petang n aku smp kul 5.30 petang. Sejam tuh sanggup tunggu dalam kete dan kepanasan sambil main candy crush. Isk, teringin punya pasal biaq p la nk kena marah pon kn? Haha. As usual la MH agak terkejut la bila aku gtaw ada depan kedai Tajudin padahal tadi lepas p kedai dobi ckp terus nk balik rumah kn? Haha, nie la pompuan mengidam bleh buat apa saja janji keinginannya tercapai. Yey!

There's part that our husband don't really know about this "alahan" dan "mengidam" part. Yg dia tahu cuma ada isi dlm womb. 2 perkara ini selalu disifatkan sebagai mengada-ngada oleh MH kita kn? Tp as indipendent women i will survive! Haha, cari sendiri la kn? Layan jer perasaan sendiri. Kalau dok merajuk pon x guna bikin yg dalam nie susah jer.

Enjoy yourself while u can. Lepas nie kita pon x taw lagi ada rezeki lagi tak kita rasa macam nie kn? We will miss it walaupun awal-awal agak stress sebab nk bau itu x bleh, nk makan nie x bleh, nk buat tue x bleh. :) Hopefully Allah SWT will give me this opportunity again and again to be a mother. :)

Semuanya adalah perancangan dari Allah SWT sendiri. Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan kita. :)

Smp sini dulu ye. Sekian, Wslm.

Love Love Love.
Irina


Tuesday, May 7, 2013

Sarang-heo versi karpet bulat


Assalam semua,

Semalam kn penang bercuti jadi kebetulan pulak depa nk mai pasang astro jadi dpt la melepak kat our Sarang-Heo. 

Sesmp jer ternmpk sesuatu yg menarik iaitu karpet bulat nie!

Bila masa la MH g umah x ajak MW nie. Macam comel jugak kn? Jenuh jugak la mencari smp ke Parit Buntaq. Xpe lah asalkan MH puas hati.

Myb esok lusa br dapat berita pasal our master bedroom divan set yg masih dalam perhatian HQ Cavenzi. Nie sales person dia la cabut lari selepas dapat offer lebih baik.

It's okay nk cabut pon but settle la semua order dulu. Nie blah macam tuh jer. Geram pon ada. 

Hopefully everything will going on smoothly.

Pray for my little cutie pie!

Love Love Love

Sekian, Wslm.

Irina
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, May 3, 2013

Karpet lagi? Isk MH!

Assalamualaikum,

Semalam sesampai jer kat rumah husband bgtaw dia dah beli karpet lagi. Aiyoooo MH abis suma nk dibelinya. Sebab katanya kat parit buntaq semua ada. Yela dah melilau seluruh kedai karpet kat penang tp x dak. 

Karpet jenis bulat dalam 4 kaki nk letak bawah meja makan. Nanti la aku snap picture. Hati nie doh masih berfikir bilakah agaknya nk berpindah nie. Haih.

Dengan keadaan makin limited dan badan pon x berapa larat nk angkat brg or kemas barang nie kn? Haih. MH, bilakah agaknya nk berpindah nie?

Dia kata bila dah pasang Astro br nk pindah. Okay we will see because they will install this Saturday. Wee! 

Then dia jugak beli karpet buluh utk letak dalam study room dia. Utk letak bawah sofa bed. Yela kalau karpet bulu susah nk handle kn. Then beli jugak 2 bijik bantai kaler merah yg kecik utk letak kat sofa bed sebab katanya barula menarik. Haih la MH ku nie.

Then beli jugak runner table utk coffee table. Nanti beli satu lagi utk console table pulak.

Pastu dia dah siap bebel kat MW soh cari bunga utk letak atas console table. Jadi MW yg sememangnya tiada mood mula la kena survey n browse dulu yg mana sesuai dan cantik utk console table itu. 

So ini di antara idea-idea yg menarik yg telah digugel. Maaf ye gugel. 

Yg ini simple dah i love the color. Tp fresh flower kn? Maleh pulak nk g beli tetiap minggu.

Nie memang smart tp sesuai utk perabut warna putih. Huhu

Okay, go-green. Cantik jugak. Tp nanti dia kata macam dlm hutan. Haha.

Very simple! Ala beli vase tinggi camtuh then letak ala2x bunga tulip tuh. :)

Yellow pon cantik! :)

Senang beli daun camni jer. Haha

Yg nie memang favourite aku. Sebab fresh flower. Tapi... hahaha

Orkid pon lawa gak.

Isk dlm lily putih! Suker! :)

Okay, bonzai pon lawa gak. Senang sket nk jaga. Kena jaga ka? Muahaha.

Nie lagi simple. Tp daun2x cenggini lebih sinonim dengan perabut kayu kn?

Okay, nie boley diconsidered. Tp satg MH kata awat satu kaler jer. hahaha

Oh... i like!!!

Nie ala-ala English Style kn? Sebab letak dalam bekas camtuh. Cantik!

Sgt simple. 

Bunga ala-ala macam carnation pon lawa gak.

Senang nih! Boh pokok kepala dongga macam nie. Hahaha. Abis pon malas nk lekat. Muahaha.

Oh... simple

Okay dah nmpk sket idea tp dah confius byk sgt yg berkenan. MH boley hulurkan sket bajet. Muahaha. Lama x deco nie. 

Okayla ye nanti saya update kalau dah beli or deco our console table. :)

Okay la sayang, ayg dah gugel. Nanti la sayang carikan eh. :)

Bubye dulu. Sekian,Wslm.

Love Love Love.

Irina (MTB)

Thursday, May 2, 2013

On 30.04.2013, Papatobe MH Love!

Assalamualaikum,

On 30 April 1982 he was born. After 30 year he become my legalled husband. :)

Selamat Hari Lahir my dear MH. :)

Semoga menjadi sahabat yang boleh mendengar segala rintihan sayang.
Semoga menjadi kekasih yang memahami sayang.
Semoga menjadi suami yang sentiasa membimbing sayang.
Semoga menjadi papa yang terbaik untuk bakal anak-anak kita.

Semoga kita selalu bersama walaupun ketika susah dan senang. Semoga kasih sayang ini sentiasa berpanjangan. Amin.

Surprise oleh my dear sister. :)

Excited nk potong kek. :)

2+1... Insya-Allah. :)

We celebrate at Seoul Garden, Queensbay on 30.04.2013. 

Makan smp perut bulat, drive pon mata dah mengantuk sebab perut kenyang sgt. Great time with husband, sister and our good buddy. :)

Thanks to all. Great to see happy faces of my MH. :)

Sekian, Wslm

Irina (MTB) :)

Followers