Wednesday, August 1, 2012

Isi Hati IrinaSGP: Nadi Putra!

Assalamualaikum,

Sesuai dengan nama dia Nadi Putra kn? Yang sebenaqnya dia adalah bas awam di Putrajaya. Yela kn aku kena p balik gheja* naik bas kn jadi aku nk cerita la serba sket pasal Nadi Putra nie.

Zaman awal-awal aku dok putrajaya aku tumpang ghumah makcik aku kat Presint 11. Dia dok nurse n husband dia Tentera. Nie kiranya sepupu abah aku la. Masa tu aku takdak gheta lagi. Jadi, hari-hari aku naik bas. Tapi zaman tuh sedih gila sebab tempat aku kira macam perhentian last la sebelum ke ofis. Jadi bila bas sampai jer penuh jadi dia tak berenti. Memang tensen dan menyumpah seranah gila la. Dah la aku masuk awai. Hish jadinya makcik aku dengan baik hati dia slalu tinggalkan aku kat bas stand yang memang banyak bas depan flet ijo. Nie sapa dok putrajaya mesti dia taw. Atau org panggei Flat Putra Harmoni. Senang sket la x payah nk risau penuh la apa. Memang tempat bas dok tunggu org. :)

Lepas tue aku blk dari kursus induksi aku dah memiliki keta pertama aku. Yey! Tp tue pon 2 minggu tersadai sebab tak brani drive lagi. Lepas tuh belajaq sowang2x round2x putrajaya n dah ada confidence sket terus bawak p ofis sampai la ni.

Kisahnya gheta aku la nie ada kat kampung. Ala kn arituh dah cerita yg gheta abah aku eksiden. Jadi aku terpaksa la berkorban sket mangun awai sket sebab nk p tunggu bas. Pengalaman aku???

Okay biasanya dulu kalau naik gheta dari umah aku dalam 10-15 minit la nk p gheja. Tapi naik bas pon sampai lebih kurang sebabnya pihak perbadanan buat peraturan baru yang mana ada laluan khas utk bas awam. Kalau tak guna laluan khas kena saman. Serupa jugak kalau kereta pakai laluan bas kena saman. Jadi laluan bas nanti kosong jer taw. Cepat dari kereta okay. Dahla murah jer 50 sen jer sekali naik.

Lepas tuh rupanya dia dah ada bas khas iaitu bas yg terus pergi ofis. Normally bas kn berenti merata-rata amek orang  kn? Nie dia memang ada bas khas utk direct ke ofis. Lagi la cepat kn? Tapi lebih kurang jer macam naik gheta. Cuma kena jalan kaki jauh sket la. Kalau naik gheta drive terus masuk parking ofis. Nie kena jalan kaki jauh sket la. Tp bagus utk morning walk dan jimat. Yela la nie kena berjimat cermat. Sebab travel kos nk blk penang tuh tak tahan. Nanti dia nk mai sini pon pakai duit jugak kn?

Tapi memang Nadi Putra is the best la! Cuma kadang-kadang tuh bawak laju sgt sampai rasa nk jatuh pon ada. Kalau berdiri tuh senget-senget la jugak. :P

Okay la sekian dlu, Wslm

No comments:

Post a Comment

Followers