Saturday, June 30, 2012

Isi Hati Irina: Done! #happy #excited

Assalam,


Alhamdulillah mlm ni complete misi utk fitting persalinan nikah n reception. Suka sgt2 sbb simple dan just beyond my expectation.


Cantik sgt. Td g amek kt wangsa maju n terus pick up guest book yg cantik juga. Ya Allah mlm ni seronok n happy sgt.


Then p jenguk sat kt kedai beger bakaq yg femes tu tapi ramai gila jd dgn perut yg penuh angin ni satg abes berangin satu kedai. Jd kami pla kampung baru tanpa fkr menu. Ada parking je masuk n terus tgk apa yg berkenan kt ati. Kami ni senang x memilih food cuma aku x makan megi n adik aku x mkn mee. :)


Letey gila n tdoq dl. Esok ada project besh nk buat. Jgn lupa dtg putrajaya tgk floria taw. Sy umah dekat je. Anytime je leh p.


Okayla, sekian lovely.  Wslm


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 29, 2012

Isi Hati Irina: FLORIA 2012 BUNGA KERTAS

Assalam,

Yeah yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh minah bunga macam aku. Pesta bunga datang lagi!

Aku suka warna-warni bunga. Tema tahun nie adalah bunga kertas. Tak sedap kn bunyi dia. Tp dari kecik aku dah sebut camtu. Walaupun kelas sains tp xde la nk sebut semuanya bahasa saintifik kn. :)

Bouganvilliea! Ala-ala macam tajuk lagu Spring tuh! :)

Ewah kalau dpt merapu kn?

Floria 2012
Putrajaya
30 Jun 2012 - 8 Julai 2012


Jom ramai-ramai okay! :)

Sekian, Wslm

Tahun lepas! Floria 2011

Isi Hati Irina: Nak tahu satu rahsia tak?

Assalam,

Tarikh yang dipilih lagi 8 hari adalah secara kebetulan yang mana aku pernah berangan dan merancang untuk bertunang pada 4.4.4 dan berkahwin pada 7.7.7. Tapi cinta yg dibina hanya separuh jalan dan masa tuh masih lagi belajar jadi tarikh sedemikian tidak menjadi relevan.

7.7.2001 adalah kali pertama aku dilamar menjadi teman wanita kepada si dia. Tp dah tiada jodoh kn so kita let go semuanya. 

7.7.2012 adalah akan menjadi sejarah dalam hidup aku untuk menjadi suri dalam hidup bakal tunang yang amat disayangi. 

Semuanya secara kebetulan dan telah dirancang dan dipersetujui oleh kedua belah pihak. 

Semoga dipermudahkan urusan pernikahan aku dengan dia yang aku sayangi. :)

Sekian, Wslm


Thursday, June 28, 2012

Isi Hati Irina: Gambar Cantik di Putrajaya!

Assalam semua,

Kita mulakan pagi kita dengan Bismillah dah menatap gambar-gambar indah di sekitar Putrajaya.

Lagi gambar-gambar cantik boleh tgk kat:

Ada apa2x pertanyaan bleh terus tanya dengan tuan punya badan okay. :)




Gambar dari atas PICC


Flet hijau. :)


Senyum ye. 

Sekian, Wslm

Tuesday, June 26, 2012

Isi Hati Irina: Guest Book Cantik by Klik2Flick

Assalam, 

Kali nie nk cerita pasal guest book yang dah semakin popular untuk majlis2x perkahwinan. Yela nk taw la jugak kn sapa yg datang kn? :)

Actually dia mai skali dengan candy buffet. Tp kalau nk jimat beli jer sketch book kn? Ala gunakan creativiti yang hampa ada. Tp aku suggest kat sini memang cantik, comel macam aku, dan cute sgt! :)

FB derang:
fb.com/klik2flick

Klik2Flick

Antara hasil-hasil yang pernah dibuat. Jgn copy yer. Dah mintak kebenaran td nk tulis kat blog. :)





Utk design yang lain-lain tgk kat fb depa okay. Memang cantik taw. Harga berbaloi dengan hasil dia. :)

Kalau nk tgk saya punya design yg comel macam saya jugak tgk kat blog www.satutambahsatujadisatu.blogspot.com

Sekian dulu, Wslm.

Friday, June 22, 2012

Isi Hati Irina: TouchbyIrina

Assalam..

Maybe after raya baru nk amek tempahan makeup. Nie my trial n part of my portfolio. Tapi myb nk buat portfolion perlukan beberapa orang model yang sanggup merelakan kulit muka untung diconteng dengan indah. Yang penting free. Win Win Situation okay. :)

Sape nk bleh komen dlu. Tapi syaratnya:
1. Dok area Putrajaya or sanggup dtg putrajaya
2. FOC
3. Berpakaian simple sebab nk buat portfolio makeup saja. 

Nie gambar masa raya tahun lepas. Yang dua tgh tue makeup sendiri jer. Very light. Nak bg nmpk beza muka depa after touchup by me.

Both of them after my miracle touch. Wah miracle la sgt... :)

Nie dari jauh. Look outstanding kn? Clean, sweet n simple. Nak attend cousin kawen kena simple kn?

Nie aku sebelum menconteng diri sendiri. 

Nie makeup diri sendiri masa hadiri kursus makeup. :)

Attend friend's wedding. Simple n light makeup. :)

Feel free to comment. 

Sape nk buat outdoor tuh bleh la contact saya 012-2514056 (arni). Bleh buat portfolio skali. Saya charge murah-murah saja.

Sekian, Wslm



Thursday, June 21, 2012

Isi Hati Irina: Edisi Merapu... Seri...

Assalam,

Ntahla orang la cakap nmpk muka aku seri lain macam, adakah aku telah tranform jadi SERI DEWI MALAM? Muahaha..

Apadia merapu pon hampa tak taw ka? Balik p bukak kamus penang, Dah hampa bukak kamus Melayu-Sepanyol memang la takdak. Haih, Gatai na hampa taw saja ja kn?

Tapi aku nk taw jugak seri tue mai dari mana kn? Naik apa? Bila flight dia? Tak delay ka? Haih, aku x taw la nk jawab semua tuh tapi myb nmpk aku hepi semacam macam nmpk ayam kehepsi sebaket kot. Ada orang nk banjer kehepsi tp pas 14.7 katanya nanti jerawat bulan naik toin toink. Mencik la itu toink toink! Abis si Seri itu

Rimaih pon ada p sana org teguq p sini org teguq kn? Haaaaaaaaaa aku taw sebab Eric Leong kata kat Suriafm pagi tadi kalau pakai Soft Pink org mesti akan say HI... Ooo patutla orang senyum2x kat aku n teguq aku dengan senyuman palingggggg manis aku pernah tgk. Muahahaha... Applicable to ladies only! Tapi ada sorang awek tuh bajet cam lawa tapi lawa la hidung dia mancung aku takdak hidung kn? Haihh, ushar satu macam kat aku. Myb sebab si Seri jugak kot nie.. Dia jeles...

Orang kata la mungkin sebab dah makin dekat nk kawen kot so ada nampak satu macam punya Seri kat itu muka. Bukan nama tapi macam cahaya terpancar dari muka la... Tapi mosturiser pon malaih nk bubuh seri kebendanya. Muka pucat satu macam punya tak kenai dah mana foundation n bedak. Biaq la sat muka nk bernapas dengan lancarnya. Nie dok p tempek sampai 5 6 inci pastu memang la cantik sebab ada topeng kn? Abis hat kawah jerawat suma kambuih buang. Muahahaha...

Angin satu macam kepala badan n perut aku nie. Makan x betoi gamak nya... Muka macam dok tahan nk keluaq angin saja.... Yela hampa feel sat macam belon penuh dengan angin, Kalau belon pengabih dia pecah la kn? Tapi nie perut takkan nk POM pulak kn? So, feel cam nk muntah la... Hampa toksah dok merapu bagai aku lagi 16 hari taw... xde makna ada isi... Hampa doa la bg aku semoga cepat dpt zuriat yg comel dan soleh na lepas menikah nanti...

Ha balik pasal si Seri nie. Dia nie x teringin ka nk balik ke kampung asal dia ka bleh beli tiket kapai terebang kn? Cecewah mementang dan pandai membooking kn? Hamboih macam la kaya sgt. Takdak la kaya tp takat nk hidup tue ada la kn. :P

Sampai la nie aku dok belek cermin nk tgk jugak rupa si Seri nie. Tapi hampa jangan la macam2x aku dahla dok ghumah sowang nie. Takpa sok adik aku ada brani la sket kn? Muahaha... Tp betoi kot depa kata lagu tue? Apa dia? lagu mana? Aku suka lagu Akur janji la nie... Hampa try la dengaq best weh... tangkap leleh eddie hamid tuh...

Sambung balik depa kata nmpk ber"seri" kn? Sebab aku tersgt la excited, happy n teruja.. Isk sesuai ka pakai ayat lagu tuh. yela myb nie last la kot nk merapu bagai lagu nie kn? Sok macam la laki aku bg bini dia dok merapu alam pastu bg org baca kn? Muahahaha... Takpa bg la dia baca dulu kn?

Ingat dia sorang loqlaq? Tak pronounce tak? lok-lak... tapi nie ada ideghammm sket. Maksud dia isk hampa nie semua pon tak taw kn? ayat paling senang suka merapu la... atau kata org utagha meghapu.. ntah aku pon x taw pasai apa jadi lagu tuh...

Jap penat aih dok tulih, nmpk sgt tipu kn? Taip la... Okay okay taip, hek eleh tuh pon kecoh kn?

Okay apa-apa la Cik Seri. Jangan balik dulu taw tunggu sampai kenduri nanti jemput dok meja pengantin, bergambaq puas2x baru nanti beli tiket naik pakai p greece makan angin. Nampak sgt kn tingin nk p greece kn? exceli dah bg hint kat En.T. :)

Semoga dipermudahkan urusan lagi 16 hari dan dipertemukan di lain hari sebab arini dah penat merapu.. mana kat fb mana kat twitter mana kat whatsaap... mampuih lagu nie...

Sekian dulu, Wslm

Tuesday, June 19, 2012

Isi Hati Irina: Penting ke cantik?

Assalam,

Zaman sekolah dulu aku nie bleh dikatakan comotla senang ckp. Yela kasut bertahun tak tukaq sebab kesian kat adik-adik. Kebetulan abah aku kerja kat asrama so ada budak2x tinggal kasut, baju sekolah kami la p amek. Yela mostly masuk MRSM kn anak orang ada-ada. So, jangan tanya la kenapa baju, tudung semua gedabai besaq. Tp aku x penah merungut janji aku dpt p sekolah cari ilmu.

Kawan-kawan baik aku pulak dikalangan yang cantik dan hot stuff kat sekolah. Bleh katakan ramai yg admire smpkan senior pon nk jugak. Depa memang cantik bergaya sebab mostly kawan-kawan aku nie anak orang ada-ada. Jadi memang gaya pon hot la. Tak macam aku pakai tudung pon ke depan. Low self esteem. Tak bleh nk angkat muka pon. Takdak sorang pon mau kat aku sebab comot sgt.

Walaupun istilah gedik, galak dan gatai digunakan tapi gadis2x yang cantik tetap menjadi pilihan kn? Jadi tipulah orang cakap "Tak kisah rupa paras yang penting hati budinya".

Rasanya dan pendapat aku lah yang Rupa paras No 1, lepaih tuh No 2 baru hati budi. Yela kalau perasan dia bubuh rupa paras dulu kira macam hint la tuh. Kena lawa baru tgk perangai elok ka dak. Sebab walaupun orang dok kata macam2x la perangai buruk la itu la ini la tapi yang cantik tetap menjadi pilihan.

Jadinya awai-awai lagi kriteria pemilihan mestilah cantik paras rupa, baru lah yang lain-lain betui dak. Nie yang aku dok nampak la. Kalau ada yang kurang paras rupa pon mesti berduit jadi senang la cuci kaki ada orang payungkn. Tak macam tuh? Tp kalau sebab ikhlas Alhamdulillah.

Sebab baru nie aku ada la p shopping complex dok tgk sorang nie dok pegang hand beg awek dia masuk kedai. Muka pakwe hensem gila tp awek agak bambam cuma seksi la. Hurm tak mau la kata apa, nie sebagai contoh saja, aku tak boh nama satg jadi fitnah. Memang aku x kenai depa sapa pon tp macam tak berapa nk betoi la kn? Wah romantik bagai la bila bf tlg pegangkan handbeg gf kn? Isk bg aku x payah la. Nmpk sgt macam QC.

Jadi satu lagi kriteria untuk nk cari awek adalah Berduit. Maksudnya kaya wang ringgit. Nie dari segi pandangan aku, dah belog aku kn? Wahaha.. hampa dengaq jerla na...

So, Lepas tuh baru mai yang lain-lain yang ada pandai masak, suka budak-budak, pandai mengaji, solat dan sebagainya. Benda nie realiti dan fakta kn? Tak payah la nk berdolak dalih. "dak aihhh kamu bukan lagu tuh..." aku,"abes hampa lagu manaaaaaaaaaaaa....?"

Dok Ooo Aaakk ooo Akkk macam burung gagak tak taw nk jawab kn? Jadi, memang penting kan cantik bg lelaki.

Cantik subjektif kn?

1. Fizikal cantik tak bleh pertikaikan la yea.
2. Budi pekerti cantik
3. Agamanya
4. Pakaiannya
5. Pertuturannya
6. Pergaulannya
7. Kehidupan sosialnya

Dan macam-macam lagi la. Tapi hampa semua kena ingat walaupun secantik mana pilihan hampa cantik tue tak bawak kebahagian pon. Tp kalau dah macam tuh yg hampa nk kami yg tak baper nk cantik nie nk kata apa.

Apa-apa pun mujurlah masih ada insan yg sudi menyayangi, mengasihi, mencintai dan merindui diri ini walaupun serba kekurangan. Insya-Allah kalau tak cantik sekarang, biarlah hanya cantik di mata seorang suami. Mudah-mudahan mendapat keberkatan.

Sekian, Wslm

Isi Hati Irina: Diari hatiku...

Assalam semua,

Sedar tak sedar tinggal lagi 18 hari sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan. Ilmu belum cukup di dada tapi aku x berhenti utk mencari ilmu dan perkongsian sebagai persediaan menjadi isteri yang tahu akan tanggungjawab dan mendapat keredhaan-Nya.

Tapi sebelum tuh aku nk luahkan semua yang aku pendam sebelum aku menjadi seorang isteri.

Dua tahun lepas aku rasa puas dikecewakan oleh lelaki sampai ada rasa tak mau kawen n nk merantau jauh-jauh untuk belajar atau bekerja. Tersangat lah kecewa dengan sikap lelaki yang suka tarik-tali nie.

Istilah tarik-tali nie senang cakap dok main-main la. Dia mau ka dak tak taw la. Yang pastinya kita adalah orang terakhir menjadi pilihannya sekiranya tiada orang lain yang sepadan dengan dia. PILIHAN TERAKHIR! Sakit kn?

Selama berkawan, susah senang sama-sama. Pernah kerja sama-sama, dapat kerja baru, support each other sampai la berjaya jumpa orang lebih sepadan atau dengan ayat lebih tepat SEKUFU dengan dia. Al-maklumlah ilmu pon kurang, mungkin dah kenal luar dalam kita jadi orang lain terbaik untuknya. Sebagai lelaki sepatutnya dia bersikap lebih bertanggungjawab, bimbing ke arah kebaikkan bukannya memburukkan lagi perempuan yg sayang hang macam nk gila. Tp nie bukan kes aku la. Cuma sayang tuh memang ada sebab tempoh kenal agak lama. Senang cakap "TTM" teman tapi mesra jer la.

Lelaki yang rasa diri dia hot, hensem, lelaki melayu terakhir selalunya merasakan dia berhak dapat yang terbaik walaupun diri tak sebaik mana pon. Jadi perempuan berhati-hatilah yea. Yela jangan ingat berkupiah, bersongkok atau bertanda di dahi semuanya alim.  Mungkin lebih teruk dari buaya kat luar tuh. Aku tulis bukan sebab mengungkit tapi nk beri kesedaran kepada semua kaum pompuan kat luar sana.

Lelaki kalau dah buat apa pon tetap mencari yang lebih layak, baik, alim dan tutup aurat. Tapi ingat dalam hadis pon dah ada kata "Lelaki yang baik-baik hanya untuk perempuan yang baik-baik sahaja, dah sebaliknya". Ingat yang ramai mendoakan tidak baik kepada hampa semua yang rajin mainkan perempuan.

Ramai dah aku tgk termasuk kawan-kawan aku. Dah macam laki bini depa buat alih-alih tinggai kata makpak x suka n p kawen dengan pompuan yang baik-baik. Aku nasihatkan lelaki-lelaki nie p minta maaf dengan semua pompuan yang hampa pernah kecewakan. Sebab esok-esok nie hampa pun mungkin diberi rezeki anak perempuan dan hampa nk anak-anak hampa diperlakukan macam tuh.

Aku x sebaik mana tapi aku berusaha berubah ke arah kebaikkan. Tak perlu tulis kat status fb ata twitter "JOM SOLAT", "AKU DAH SOLAT". Ini antara kita dengan Allah SWT.

Semoga aku dapat memaafkan semua yang telah byk melukan hati dan perasaan aku.

Insya-Allah sebelum melangkah ke alam baru aku perlu lapangkan hati.

Kepada mereka mintalah maaf sebelum terlambat. Salam Maghrib.

Sekian, Wslm


Monday, June 18, 2012

Isi Hati Irina: Malu... T_T


Assalam..

Pernah tak hampa malu sbb salah sendiri? Contohnya mcm nie...

1. Kelam kabut lari hambat bas yg penuh dgn org tp terlanggar cermin lori dpn ngan bas. Satu bas nmpk.

2. Kuaq deting ngan bf tp tertinggal barang n patah blk umah n terus lari masuk umah tp terlanggar sliding door yg rupanya ditutup. Yela dari luar kn nmpk mcm terbukak. Masa tuh kawan-kawan dok lepak tgk tv kat hall. Depa gelak x hengat.

3. Tengah merajuk ngan bf pastu lari masuk toilet yang rupa-rupanya toilet lelaki. Perasan pon mangkuk tandas dia lain sket. Haih, seb xde orang tgh membuang.

4. Jalan nk p bank dengan penuh lenggang lenggok tetiba tersungkur padahal xde pon batu ke lubang depan pekerja-pekerja am dok sapu sampah. Muahaha.. Cet, siap berdarah tuh kaki tp selamber jer.

Sebab tuh la orang cakap malang tak berbau kn? Disebabkan kes langgar cermin lori tuh kawan aku tukar nick ym dia jadi awekcunlanggarcerminlori. Sabo jerla.

Tue la jangan dok kelam kabut sangat nanti. :)

Sekian dlu, Wslm.



Isi Hati Irina: Rumah Melayu Perak @ Rumah Kutai

Assalamualaikum, 

Alkisahnya semalam p jumpa tok kadi kg Stewan sbb nk suh cek la suma borang dah lengkap ka dak. Yela majlis x smp 3 mg lg ni. Tp tu bukan cerita dia. Nk bc pasal tu buka satutambahsatujadisatu.blogspot.com. 

Aku tertarik ngan rumah dia masih bercirikn rumah melayu lama atau rumah kutai. Ada tangga kayu, beranda n hampa tgk la sdr. 

Anyway dl rumah arwah tok aku mcm ni dl. Sejuk ja tdoq taw sbb rumah kayu kn. Tak payah boh ekon dah. :)

Bleh tak aku kata nk ada umah mcm ni sebuah utk homestay ka. Weh lawa tu. 

Sekian dulula, isnin byk gheja sket. Wslm


Nie beranda rumah dia. 

Rumah Naib Kadi Sitiawan. :)


Rumah Kutai @ Perak
Sumber: Google


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 12, 2012

Isi Hati Irina: Atehku sayang...

Assalam..

Hari nie aku nk bercerita sikit pasal kazen aku yang aku sayangi nie. 

Setelah lama struggle dlm kehidupan baru la dia jumpa orang yang betul2x sayang dia dan   akhirnya depa berkahwin. Banyakla history yg berlaku tak payah la cerita.

Derang akad nikah tarikh sgt cantik 20.11.2011 kat Sitiawan, Perak. 

Lepas tuh terus bunting pelamin. Alhamdulillah rezeki kn? Kami semua tumpang happy sgt sebab dah lama dok tunggu anak sedara... :)

Baru-baru nie dikejutkan dengan dia masuk hospital kat JB sebab hubby dia ada kerja kat Singapore. Dia pon ikut temankan hubby dia. Masa nie dah kali kedua dia p sana n kali nie dia bawak kazen kitaorg si Nadea. Memang tgk gambar pon taw derang happy sgt kat sana. 

Alih2x kata dia demam then lepas tuh kena admit hospital kat JB n detect kencing kotor tp mintak discharge dari hospital. 

Lepas tuh dia kencing sakit hantar la PPUM. Then baru detect jangkitan kuman dlm ayaq kencing dia. Kesiannya dia. So sebab dia tgh pregnant jd doc tak bleh nk operate. So depa tebuk pasang wayar kat buah pinggang. Jd semua ayaq kencing tuh akan masuk dlm beg kencing. Siannya tgk. 

Hampa taw dak dia kena belah hidup2x maksudnya x bleh bius sebab pregnant. Ya Allah sakit kn? T_T

Setiap 6 minggu kena operate tukar tiub tuh. Sakit nya... huhuhu... baru luka kat jari sket pon dah jerit nie pulak kena tebuk kn? Adoila... 

Sampai bila dia macam tuh? Sampaila dia lahirkan baby sebab takut baby terkena jangkitan sebab tu salurkan semua air dlm beg kencing. Nak mandi x bleh kena kulit belakang sebab takut nanti kembang n nanah. Aku tak upaya nk ckp macam mana dia tahan sakit sebab dia nmpk happy jer. 

Semoga dipermudahkan urusan kelahiran dia. Now dia dah 7 bulan. Insya-Allah due bulan 8 nie. Doakan keselamatan dia yea semua. Aku taw semua yg baca kebanyakkannya silent reader kn? Sama-sama kita doakan dia ye. 

Tengok pon dah rasa tak tahan apatah lagi yang menanggungnya.

Nie gambaq latest. Tgk happy jer dia dengan beg kencing. Kita pon happy jugak tgk dia ceria. 

Nie depa nk naik genting melawat nadea then dia pon nk ikut. Seb hubby dia ada skali. Yela kn? Boring la dok umah saja.

Nie masa wedding kat Puchong 4.12.2011.

Romantik depa dua nie siap ada gambaq dok panjat belakang la bagai. Hish tgh pregnant la tuh. Tp happy tgk org happy.  :)

Nie masa kena tahan kat wad.
Nie masa depa akad nikah on 20.11.2011

Semoga dipermudahkan urusan kelahiran baby dia. Love you my cousy. 

Sekian, Wslm

Saturday, June 9, 2012

Isi Hati Irina: Saya!

Assalam..

Entri kali nie versi saya.. :)

Kepada yang tahu pemilik blog nie inilah saya. :)

Nie muka sehari sebelum masuk 30 tahun.

Tada.. ini lah saya sekarang.. Makin matang kn? 

Pengalaman, umur dan masa mematangkan kita bukan? Jadi segala pengalaman dijadikan panduan untuk kehidupan masa akan datang. 

Kenangan lalu sebagai peringatan siapa kita sebenarnya dan tidak perlu dikenang. Cuma biarkan ianya terkubur menjadi sejarah dalam hidup kita. 

Kadangkala perlu mengenang kisah lalu untuk tidak melakukan kesilapan yang sama dan menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

Semua orang tidak sempurna tetapi kita perlu menjadi yang terbaik kepada pasangan hidup kita. 

Semalam aku terdengar ayat ini kat sebuah radio tempatan,

"Lupakan mencari lelaki yang terbaik tetapi jadilah yang terbaik kerana perempuan yang baik hanya utk lelaki yg baik dan juga sebaliknya..."

Jadi sayangi, rindui, kasihi, cintailah dia sebagaimana dia menyayangi, merindui, mengasihi dan mencintai kita. 

28 hari lagi sebelum menjadi suri kepada sahabat, kekasih dan tunang saya. :)

Love him soo much. 

Sekian, Wslm


Thursday, June 7, 2012

Isi Hati Irina: Sibuk...

Assalam..

Okay hari nie baru ada masa sikit nk cerita. Badan dan otak sgtlah letih. Poket pon letih sama.... Mana nk carik duit nie? Haih.... Hep x baik mengeluh taw. Ada tuh rezeki nanti (motivate diri sendiri).

Tak payah ckp hampa pon taw aku tersgt la bz smp kekadang makan pon x sempat. Bleh percaya ka? Yela aku kata makan malam la nie. Mana aku makan dah la nie kecuali aku kuaq p restok barang memang aku kena makan or else nanti aku pengsan. Hampa nk tgk pengantin pengsan ataih pelamin?

Nie dok busy nk buat marketing sikit utk bisnes kecil-kecilan kami. Yang penting accounting, inventory, marketing kena jaga. Baru la leh berjaya. Jgn duit masuk p shopping.. Percaya la smp bila pon takkan berjaya. Lepaih tuh jgn dok fikir nk untung saja sebab yg penting balik modai dlu. Pelan2x la nk berjaya kn? Usaha sudah, Doa byk2x lepaih tuh baru tawakal. Insya-Allah rezeki kita dipermudahkan betul?

Okay last week sibuk buat hantaran utk kawan baik aku pakai fresh flower tp ada satu dua bunga layu jd dia cabut boh yg baru. Tp dia kata memang cantik! Nie dia dah tempah lagi 3 untuk hantaran masa dia nk kawen nanti tapi kan..... masalahnya time tuh aku pon nk kawen? Cane nie kn? Tapi that time aku kena siapkan awal ka bunga dia. kn?

Lepaih tuh nie membz kn diri utk buat hantaran kawan baik aku sorang lagi nk bertunang this sunday. Aku ingat lagi masa aku bertunang tak lama dulu dia gtaw x mo kawen alih2x join the club sama. Tue org ckp jodoh kn? :) I'm happy for him.

Tema dia? Hampa x payah la kata aku pon pening pala. Nk tema hutan biru ada akaq kayu la bagai. Haihh... Xpa la kita ikut ja kn? :P

Kalau aku x update berminggu2x lagi hampa paham la kn... Actually sapa nk tlg buat hantaran aku nie? :P

Okayla nk sambung kija... Dah ada partime kn?

Sekian eh, Wslm.

Wednesday, June 6, 2012

Isi Hati Irina: Selamat Pengantin Baru Nadea 2 June 2012

Assalam...

Hari Sabtu, 2 Jun 2012 adalah hari persandingan seorang lagi sepupuku iaitu Nurul Nadea. Cik Misi yg comel telah menjadi kepunyaan orang sudah. 

Jadi gambar-gambar di bawah adalah untuk tatapan semua. 

Pengantin sampai!

Bersanding...

7 Hantaran dari pihak lelaki..

Bersama ateh yg tgh sarat 6 bulan... 

Abah ngan adiknya yg bongsu Ciklah... Abah jugak dpt menantu lmbt kn? takpa sekali dpt tiga teruih... :P

My sis n cousy!

Hasil jari jemariku yang tersgt gatal! Cantik kn? Tp depa nie memang muka runcing pon.. huhu

Juju bersama boboi acad... Dah besaq pon dia.. lepas nie jgn buli kazen2x lain taw... :)

Kak Jah & Abg Mie.... Orang kuat nie kat mana saja depa mesti ada...

Bersanding di rumah lelaki pulak...

Pengantin diapits oleh retissssssssss.. vouge kn? 

Sebab tue la hampa semua taw kn nape aku x hapdate belog kn?

Di samping sibuk membuat hantaran fresh flower, my kazen wedding, mak andam utk adik & kazen aku, aku jugak ada buat bisnes jual bawal...

Eh bukan ikan bawal goreng tuh! Tudung bawai la.. Mai tgk na.. 


Okayla letey... Sekian dulu, Wslm.

Isi Hati Irina: HaRaYa's BaWaL Opening now! Place your order now!

Assalam..

Alhamdulillah saya dan kawan-kawan berjaya menubuhkan HaRaYa's BaWaL pada tanggal 5 Jun 2012. 

Kami hanya berniaga pelbagai tudung bawal secara kecil-kecilkan di fb sahaja. 

Like kami di FB yea:









Nie antara tudung-tudung yang kami jual. Baru sikit nie. Sabar yea. 

Like kami di FB yea... TQ, love you muahhhhh!


Sekian, Wslm.

Friday, June 1, 2012

Isi Hati Irina: Jari yang gatal!

Assalam,

Alhamdulillah diberikan jari-jemari yang sangat gatal. Jadi kadang-kadang hasilnya macam aku sendiri tak percaya. Bukannya aku bangga atau riak tp tue la aku rasa.

Hampa taw dak tiap kali aku dapat job aku rasa macam aku x mampu/boleh buat n jadi stress sgt. Yela kn? Bukan semua orang kita dapat puaskan hati kn? Jadi, setiap kali aku dapat job mesti aku akan termenung ja, fikir baper bajet, bila nk p cari barang, bila nk stat buat, konsep macam mana, cane nk hantar, customer suka ka dak. Tuhan jer yang taw macam mana perasaan aku nie. Actually aku stat amek buat gubahan hantaran sejak dari 2009 tp utk family member n friends ajer. Semua hasil tangan yg gatai nie hampa bleh tgk kat belog aku satu lagi Jari Jemari Irina. Tue aku dah boh link kat tepi nie. Bukak saja. Free. :P

Kalau artitifial mudah nk buat tp leceh la sket nk gam sebab slalu jari aku yg gatai nie injured. sakit weh kena gam tembak tuh. :(

Then kalau bunga hidup pulak kena beli 2 atau 3 hari sebelum majlis. Yela hidup kot kang layu pulak kn? Jadi stress jugak sbb nk redah kayell yang bilamasa pon jem... Smp sekarang aku terpikiaq camna la org kayell nie survive. Dosa aku abis atas jalan dok %^&$ orang jer. Haha. Tue la pompuan kn?

Yang latest jari yang gatal nie gubah hantaran bagi my best fren eday. Indian okay, so derang memang pakai dulang silver, adat kn? jadi, aku buat 3 jenis gubahan. Satu saiz medium, satu besar n satu heavy utk cincin dan barang kemas. Weh seronok macam hantaran aku pulak. Tgh bercita2x nk buat camni jugak. :P

Okayla penat dah jari yg gatal nie. Jd, enjoy dah picture! The rest tgk kat blog jari jemari irina yea. :)

Memetik bunga kat kedai! :P

Hasilnya... ^_^

Simple n fresh jer kn?

Ada ka dia nk buat tema pink! Sebab dia lelaki... haha.. aku suh tukaq kaler putih + pastel. 

Sekian dulu bebelan, Wslm.

Followers