Tuesday, June 19, 2012

Isi Hati Irina: Diari hatiku...

Assalam semua,

Sedar tak sedar tinggal lagi 18 hari sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan. Ilmu belum cukup di dada tapi aku x berhenti utk mencari ilmu dan perkongsian sebagai persediaan menjadi isteri yang tahu akan tanggungjawab dan mendapat keredhaan-Nya.

Tapi sebelum tuh aku nk luahkan semua yang aku pendam sebelum aku menjadi seorang isteri.

Dua tahun lepas aku rasa puas dikecewakan oleh lelaki sampai ada rasa tak mau kawen n nk merantau jauh-jauh untuk belajar atau bekerja. Tersangat lah kecewa dengan sikap lelaki yang suka tarik-tali nie.

Istilah tarik-tali nie senang cakap dok main-main la. Dia mau ka dak tak taw la. Yang pastinya kita adalah orang terakhir menjadi pilihannya sekiranya tiada orang lain yang sepadan dengan dia. PILIHAN TERAKHIR! Sakit kn?

Selama berkawan, susah senang sama-sama. Pernah kerja sama-sama, dapat kerja baru, support each other sampai la berjaya jumpa orang lebih sepadan atau dengan ayat lebih tepat SEKUFU dengan dia. Al-maklumlah ilmu pon kurang, mungkin dah kenal luar dalam kita jadi orang lain terbaik untuknya. Sebagai lelaki sepatutnya dia bersikap lebih bertanggungjawab, bimbing ke arah kebaikkan bukannya memburukkan lagi perempuan yg sayang hang macam nk gila. Tp nie bukan kes aku la. Cuma sayang tuh memang ada sebab tempoh kenal agak lama. Senang cakap "TTM" teman tapi mesra jer la.

Lelaki yang rasa diri dia hot, hensem, lelaki melayu terakhir selalunya merasakan dia berhak dapat yang terbaik walaupun diri tak sebaik mana pon. Jadi perempuan berhati-hatilah yea. Yela jangan ingat berkupiah, bersongkok atau bertanda di dahi semuanya alim.  Mungkin lebih teruk dari buaya kat luar tuh. Aku tulis bukan sebab mengungkit tapi nk beri kesedaran kepada semua kaum pompuan kat luar sana.

Lelaki kalau dah buat apa pon tetap mencari yang lebih layak, baik, alim dan tutup aurat. Tapi ingat dalam hadis pon dah ada kata "Lelaki yang baik-baik hanya untuk perempuan yang baik-baik sahaja, dah sebaliknya". Ingat yang ramai mendoakan tidak baik kepada hampa semua yang rajin mainkan perempuan.

Ramai dah aku tgk termasuk kawan-kawan aku. Dah macam laki bini depa buat alih-alih tinggai kata makpak x suka n p kawen dengan pompuan yang baik-baik. Aku nasihatkan lelaki-lelaki nie p minta maaf dengan semua pompuan yang hampa pernah kecewakan. Sebab esok-esok nie hampa pun mungkin diberi rezeki anak perempuan dan hampa nk anak-anak hampa diperlakukan macam tuh.

Aku x sebaik mana tapi aku berusaha berubah ke arah kebaikkan. Tak perlu tulis kat status fb ata twitter "JOM SOLAT", "AKU DAH SOLAT". Ini antara kita dengan Allah SWT.

Semoga aku dapat memaafkan semua yang telah byk melukan hati dan perasaan aku.

Insya-Allah sebelum melangkah ke alam baru aku perlu lapangkan hati.

Kepada mereka mintalah maaf sebelum terlambat. Salam Maghrib.

Sekian, Wslm


2 comments:

  1. salam kak...

    Selamat melangkah ke alam rumahtangga tak lama lagi.. banyak persediaan mental dan fizikal yang kita perlu tahu dan buat.. Syukur,sesungguhnya akak dah pon menemui orang yang paling sesuai ataupon jodoh akak.. Hanya Allah yang mampu memberi petunjuk...

    in advance.. Selamat Pengantin Baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm syg, tq ye. Ini luahan hati terakhir b4 nk jd sum1 wife. Semoga dipermudahkan semua urusan. :)

      Delete

Followers