Kalau aku menginginkan sesuatu perhubungan aku cuma perlukan 3 benda utama iaitu kepercayaan, komitmen, dan keikhlasan. Aku percaya semua orang pun mengharapkan benda yang sama.
Kalau kita inginkan yang cantik, kecantikan itu akan pudar.
Kalau kita inginkan berharta, harta itu akan habis suatu hari nanti.
Kalau kita inginkan berkerjaya, mungkin suatu masa kerjaya itu akan terhenti.
Bagi aku cukuplah orang yang berusaha untuk memajukan dirinya dan juga bertanggungjawab. Kekayaan, kecantikan dan kerjaya itu hanyalah satu tapak untuk menikmati hidup yang sempurna tapi pernah anda fikir berapa lamakah masjid yang dibina mampu bertahan.
Yang cantik, hanya nk cantik setiap waktu hingga mengabaikan perhubungan yg terjalin.
Yang berharta, terus mencari harta hingga lupa orang yang selalu menyokongnya dalam susah dan senang.
Yang berkerjaya akan bekerja untuk memastikan kerjayanya terus meningkat dan lupa pada orang yang selalu menunggunya ketika pulang bekerja.
Ini hanyalah apa yang aku rasa. Tiada kaitan dengan sesiapa pun.
Aku akan berusaha untuk menjadi terbaik kepadanya.
No comments:
Post a Comment