Thursday, November 25, 2010

Informasi: Ego Aset Penting Lelaki!


Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah   wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya.

Menurut     kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki   egonya   sendiri sama ada dia lelaki ataupun     perempuan.Walau    bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak  membantah  dan menentang.
“Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.  Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang  dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim. Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki   sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita.  Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.

“Lelaki    biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin.



p/s: It's good to read and know... it's a learning proses for us..

2 comments:

Followers