Assalamualaikum,
Actually masalah nie dah jadi kat beberapa orang yang sgt rapat dengan aku dan situasi pon sama.
Situasinya adalah:
Dikala usia perkahwinan menjangkau 8-10 tahun, suami mula berani berkawan dengan wanita-wanita yang dikenali melalui laman sosial dan melarat bermessage whatsapp/textgram/chatting/message n etc.
Nampak masalahnya sgt mudah tapi sang suami tidak mengaku salah malah kembali dipersalahkan kerana telah mengganggu hak/privacynya iaitu dengan membuka hpnya.
So, akan jadi masalah di mana isteri akan dituduh sebagai cemburu buta, tidak memahami, mengganggu hak privacy, tidak hormat suami dan sebagainya.
Jadi di mana kah salahnya kita sebagai wanita kaum yang sangat lemah dan ingin mempertahanan kebahagiaan rumahtangga masing-masing dan si suami sibuk nk berkawan atau bermain cinta dengan perempuan yang lain.
Rasanya semua perempuan ada perasaan yang sama kn?
Isunya apa yang menyebabkan si suami hendak berkawan atau cari teman bercerita yang lain? Tidak cukupkah dengan kawan-kawan lelaki yang ada? Apa yang tidak boleh diceritakan kepada si isteri dan hanya kepada wanita yang lain? Mungkin rumah yang disangka bahagia pada si isteri tetapi tidak pada suami?
Banyak persoalannya kn?
Pokoknya apa yang menyebabkan si suami mencari yang lain? Tidak cukupkah di depan mata?
Mungkin jua si isteri sibuk menguruskan anak-anak?
Mungkin jua si isteri sibuk mengemas rumah?
Mungkin jua si isteri sibuk memasak?
Mungkin jua si isteri sibuk membasuh kain?
Mungkin jua si isteri sibuk menyidai kain?
Mungkin jua si isteri sibuk menyerika baju?
Mungkin jua si isteri sibuk mengemop lantai?
Mungkin jua si isteri sibuk membasuh bilik air?
Mungkin jua si isteri sibuk membuat macam-macam di rumah sampai lupa si suami di depan mata?
Mungkin jua kn?
Adakah itu alasannya yang menyebabkan si suami sunyi dan mencari yang lain untuk dijadikan teman mengubat kesunyian?
Tapi dengan teknologi yang amat cepat berubah yang membuatkan manusia leka dan cepat berubah.
Jadi, ada yang menyesal kerana membeli gajet canggih untuk suaminya, ada yang menyesal kerana melanggan data plan bagi suaminya dan ada juga yang menyesal sebab memuat turun bermacam-macam aplikasi untuk suaminya.
Pada pandangan si isteri untuk memudahkan suaminya untuk berinteraksi, dan ini disalahguna oleh si suami untuk bersosial tanpa tahu batas-batas sepatutnya.
Pada saya, balik kepada si isteri untuk muhasabah semula perhubungan itu. Mungkin kita ada silap di mana-mana yang menampakkan perempuan lain lebih baik dari kita. Mulai dengan memperbaiki diri sendiri dan hentikan sikap yang menyalahkan sesama sendiri yang mana lebih menyakitkan.
Memang kadangkala menyakitkan tetapi salah seorang perlu beralah untuk menjaga kerukunan rumahtangga. Sekiranya jodoh kita berkekalan, si suami akan meninggalkan sikap itu dan kembali untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keluarga yang dibina atas dasar kasih-sayang.
Sikap tolak ansur, hormat menghormati, rasional, perlu ada. Mungkin dari awal perkahwinan perlu ditanamkan sikap hormat-menghormati dan bertoleransi dengan setiap apa yang hendak dibuat.
Komunikasi jugak penting dalam menjayakan kebahagiaan rumah tangga. Pilih masa yang sesuai untuk bersembang/berbincang dari hati ke hati.
Kita doakan semua perkahwinan itu bahagia hingga ke akhirnya. Sekiranya tiada jalan penyelesaian berdoa, bertawakal dan buat lah cara yang terbaik untuk menyelesaikan untuk mengelakkan dendam di hati masing-masing.
Itu saja yang nk diluah sebab hampir semua perhubungan menghadapi masalah yang sama.
Insya-Allah yang baik datangnya dari Allah dan yang tidak baik datang dari saya sendiri.
Amin
Irina
No comments:
Post a Comment