Tuesday, August 5, 2014

Aidilfitri 2014 (Bersama puteri)

Assalamualaikum,

Tahun nie kami beraya cuma ber-7 sahaja. Lagi 6 orang iaitu adik, adik ipar dan anak menakan beraya di rumah MIL/FIL masing-masing.

Tahun depan turn depa pulak balik perak.

Anyway muka ai sgt lah nude sebab tak tepek apa-apa pun. Al-maklumlah kulit mukaku dah makin elok. Self-confidence tanpa make-up okay.

Cousin ai pon puji-memuji kulit ai dah elok (isk x bleh kembang lebih-lebih satg riak kn? satg dia mai pulak jenuh..)

Nie antara gambar yang sempat disnap oleh adikku.


Abah, Suamiku bersama Puteri, Me Me Me, Mama dan depan Solehin (Adikku yang bongsu). Adikku sorang lagi tukang amek gambaq.


Finally depa dua dah bergelar pencen kerajaan setelah 34 tahun bekerja sebagai penjawat awam.


Muka excited nk geget plus nk tengok camera. 


Our Family Potrait.


Yey, Mummy Chah bg duit raya! Tengok excited kn nk makan sampul tue Puteri.


Salam-salaman


Nie adikku yang kedua. Masih cun dah kurus. Awatla ai x kuruih2 nie..


Selfie tapi awat puteri tengok tok ma? Dia berkenan nk tarik spec tokma dia tuh.

Sekian dulu lah gambar raya tahun nie. 

Kalau rajin lagi nanti mengupdate lagi belog nie. 

Sekian, Wslm

Irina

Friday, May 30, 2014

BabyAS, Campak, Rawatan

Assalamualaikum,

AS baru baik demam panas minggu lepas. Hari Isnin br detect dia demam campak rupanya.

Nie antara alternatif mandi ayaq semambu. (Sebab depa kata daun tue nanti lagi miang/gatai) Bebudak kecik macam AS baru 7 bulan mana reti nk habaq gatai ka, sakit ka kn?

1. Himalaya - Neew & Turmeric Soap (ada dalam liquid jugak macam botoi syampoo)


2. Calamine lotion (losyen pink sapu banyak kali pon takpa)


Okay nk balik dah tgk AS. 

Doakan dia cepat sembuh ye.

Irina

Wednesday, May 28, 2014

Memori yang terlupa

Assalamualaikum,

Sejak-sejak dah ada anak nie banyak benda tak berapa nk ingat selain tarikh hari lahir, tarikh berkawan, tarikh bertunang dan tarikh berkahwin.

Tapi sejak-sejak ada AS nie encik MNF nie suka tunjuk n bawak tempat-tempat yang pernah dilawati semasa bercinta dulu.

SITUASI 1

NASI AYAM

Elok abis jer pantang husband belikan nasi ayam yang sedap dan makan memang menjilat jari. Lepas jer makan dia makan dia tanya,

Encik MNF,"Taw dak sebab apa abang beli nasi ayam?"

Aku, "pasai apa eh?" sambil tergaru-garu kepala n blur sat. Hahaha

Encik MNF, "lupa la tuh.."

Aku, "pasai apa abg gtaw la..."

En MNF, "Tengok nk romantik tapi yang tue pun boleh lupa kan? Ingat dak masa merisik dulu ayg masak Nasi Ayam kat abg..."

Aku, "Hahahaha... oh aa la..."

SITUASI 2

BUKIT BENDERA

Lepas pantang jugak baru 1st time nk kuaq umah berjalan. Jadi destinasi yang dipilih adalah Bukit Bendera. Bawak mak dengan husnu berjalan masa New Year hari tuh. Kebetulan memang x ramai. Yela 1st bawak AS keluaq dari gua...(Muahahahahaha)

Bawak mak senang sket nk urus AS. Yela mak baru kan x bape reti nk handle baby lagi kan.

Memang syok la dok posing walaupun kena paksa. Yela bulat lagi kot... Br abis pantang kn.

Then masa balik rumah sibuk dok transfer gambaq dia tanya lagi soalan keramat,"

Encik MNF,"Taw dak sebab apa abang bawak p bukit bendera?"

Aku, "pasai apa eh?" jawapan lebih kurang jugak sambil tergaru-garu kepala n blur sat. Hahaha

Encik MNF,"Ha.. tengok nk orang romantik tapi dia apa pon tak ingat...?"

Aku, "laaaaaaaa pasai apa?" mula la nk bara sat... (ingat ka saja bawak jalan rupanya ada jugak teka-teki nk kena jawap...)

Encik MNF,"Kan dulu kita pernah deting dulu bawak ajai... " sambil tersenyum simpul

Aku, "aah la.... mana la nk taw abg bawak sebab tue... ingat nk bawak sebab lama sgt kena kurung..." isk isk isk isk isk isk isk....

SITUASI 3

TELUK BAHANG/BATU FERINGGI

Lepas jer dari pantang memang rajin p tengok laut sambil pekena ABC.

Tengah makan ABC dia pon tanya lagi soalan keramat,

Encik MNF,"Taw dak sebab apa abang bawak mai sini?" 

Aku, "ntah..."muahahahaha...

Encik MNF,"tengok tuh...?" 

Aku, "la awatnyaaa"muahahahaha...

Encik MNF,"dulu masa dok bercinta kan selalu dok mai, tengok tuh kata lagi orang x romantik?" 

Aku, "hurm... oooooo"sambil belek AS... muahahahaha

SITUASI 4

FORT CORNWALLIS

Encik MNF,"Taw dak sebab apa abang bawak mai sini?" 

Aku, "ntah..." sambil dok belek AS dalam stroller...

Encik MNF,"tengok tuh...?" 

Aku, "la awatnyaaa"muahahahaha...

Encik MNF,"ingat dak dulu sebelum ayg nk balik putrajaya kita mai sini dulu..." 

Aku, "hurm... oooooo"adoi la.... terkena lagi aku..

SITUASI 5

GAMBAR

Malam semalam dia dok belek tab sambil dok senyum-senyum. Jadi aku kata la kat AS

Aku, "tengok abah dia dok senyum... ada papa la tuh..."muahahahaha...

Encik MNF,"............."  senyum lagik... haaaaaaaaa

diam sat..... sambil aku dok geletek AS..

Encik MNF,"......." diam tapi tunjuk gambaq dalam tab... (suasana macam dalam kelas...oh mungkin dia ingat kat POLI kot) 

Aku, "nie bukan kat poli la abang..."jawab dengan penuh confiden! hahahahah

Encik MNF,"ha.... tengok tuh yang tue pon tak ingat, tp nk romantik la bagai... nie tempat amek kursus kawen laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?" 

Aku, "laaaaaaaaaaaa.... mana nk ingat la... ingat abg kata poli tadi..."muahahahaha...

Encik MNF,"hurm... ape pun x bleh tengok AS mama ya bukan ingat pun... semua pon tak ingat" 

Jadi, kesimpulannya rupanya dalam hati ada taman jugak kan laki aku nie... nak buat macam mana sayang dak beranak nie urat banyak putuih, banyak benda lupa.... :P

Rupanya semua memori dari awal kenal sampai dah beranak dia masih ingat dan dia bawak balik p tempat yang sama untuk create memori bersama AS pulak...

So, sebenarnya kita kena bersyukur walaupun macam mana pasangan kita kan. Segala kekurangan dan kelebihan dia kita kena terima. Begitu jugak dia.

Syukur alhamdulillah.

Irina

Tuesday, May 27, 2014

Bercukur dan Bertahnik AS

Assalamualaikum,

Nie baru nk update cerita yang berkurun lepas punya. Kami ikut sunnah jer. Tue pun hanya "kami" sahaja yg ada masa proses berlaku. 

Proses nie berjalan selepas pusat luruh iaitu hari ke-5 kelahiran AS.

Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan.Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar)(selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal(Muazzin), Ulama, Syeikh dan sebagainya), dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.

Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik.Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan dan diiqamatkan atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah perlulah dielakkan sama sekali.

Mencukur rambut Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islamtetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

AS hari ke-6 selepas tali pusat luruh dan sebelum dicukur.

Nie mula nk keriau. Baru mula mencukur. 

Ha... nampak tue. Esok dah besaq mama suh AS tgk sendiri na.

Nie pak dia mula risau dah...

Okay half way to go sayang...

Nie mama terpaksa amek alih pulak. :)

Alhamdulillah hari ke -6 da selamat dicukur. :)

Abah dengan puterinya

Nie dok tunggu nk tahnik pulak

Okay, sebab mulut dia kecil jadi macam susah nk sumbat jari masuk mulut jadi pakai cincin yang ada batu. Dicalit madu dan kurma serta alunan doa-doa.

Masa nie sangat tenang. Mungkin juga manisnya kurma itu...

Beberapa kali dibelah mulutnya.

Supaya kata-kata semuanya yang manis-manis dan indah belaka.

Dah selesai jadi minum air zam-zam pulak.

Abah dia memerhati dengan penuh kasih-sayang.

Yey, syukur mudah prosesnya walaupun di awalnya agak bergegar dengan tangisan si puteri.

Ameera dah selamat dicukur dan ditahnik.

Cukur semuanya. 

Hari ini... 

27 Mei 2014 (7 month)


Semoga Ameera Safiyya menjadi anak yang solehah dan penyenang hati kepada semua orang. :)

Sekian dulu, Wslm.

Irina

p/s: Akikah akan dibuat pada masa terdekat.

Thursday, May 22, 2014

Suami dan dot dot dot

Assalamualaikum,

Actually masalah nie dah jadi kat beberapa orang yang sgt rapat dengan aku dan situasi pon sama.

Situasinya adalah:

Dikala usia perkahwinan menjangkau 8-10 tahun, suami mula berani berkawan dengan wanita-wanita yang dikenali melalui laman sosial dan melarat bermessage whatsapp/textgram/chatting/message n etc.

Nampak masalahnya sgt mudah tapi sang suami tidak mengaku salah malah kembali dipersalahkan kerana telah mengganggu hak/privacynya iaitu dengan membuka hpnya.

So, akan jadi masalah di mana isteri akan dituduh sebagai cemburu buta, tidak memahami, mengganggu hak privacy, tidak hormat suami dan sebagainya.

Jadi di mana kah salahnya kita sebagai wanita kaum yang sangat lemah dan ingin mempertahanan kebahagiaan rumahtangga masing-masing dan si suami sibuk nk berkawan atau bermain cinta dengan perempuan yang lain.

Rasanya semua perempuan ada perasaan yang sama kn?

Isunya apa yang menyebabkan si suami hendak berkawan atau cari teman bercerita yang lain? Tidak cukupkah dengan kawan-kawan lelaki yang ada? Apa yang tidak boleh diceritakan kepada si isteri dan hanya kepada wanita yang lain? Mungkin rumah yang disangka bahagia pada si isteri tetapi tidak pada suami?

Banyak persoalannya kn?

Pokoknya apa yang menyebabkan si suami mencari yang lain? Tidak cukupkah di depan mata?

Mungkin jua si isteri sibuk menguruskan anak-anak?
Mungkin jua si isteri sibuk mengemas rumah?
Mungkin jua si isteri sibuk memasak?
Mungkin jua si isteri sibuk membasuh kain?
Mungkin jua si isteri sibuk menyidai kain?
Mungkin jua si isteri sibuk menyerika baju?
Mungkin jua si isteri sibuk mengemop lantai?
Mungkin jua si isteri sibuk membasuh bilik air?
Mungkin jua si isteri sibuk membuat macam-macam di rumah sampai lupa si suami di depan mata?

Mungkin jua kn?

Adakah itu alasannya yang menyebabkan si suami sunyi dan mencari yang lain untuk dijadikan teman mengubat kesunyian?

Tapi dengan teknologi yang amat cepat berubah yang membuatkan manusia leka dan cepat berubah.

Jadi, ada yang menyesal kerana membeli gajet canggih untuk suaminya, ada yang menyesal kerana melanggan data plan bagi suaminya dan ada juga yang menyesal sebab memuat turun bermacam-macam aplikasi untuk suaminya.

Pada pandangan si isteri untuk memudahkan suaminya untuk berinteraksi, dan ini disalahguna oleh si suami untuk bersosial tanpa tahu batas-batas sepatutnya.

Pada saya, balik kepada si isteri untuk muhasabah semula perhubungan itu. Mungkin kita ada silap di mana-mana yang menampakkan perempuan lain lebih baik dari kita. Mulai dengan memperbaiki diri sendiri dan hentikan sikap yang menyalahkan sesama sendiri yang mana lebih menyakitkan.

Memang kadangkala menyakitkan tetapi salah seorang perlu beralah untuk menjaga kerukunan rumahtangga. Sekiranya jodoh kita berkekalan, si suami akan meninggalkan sikap itu dan kembali untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keluarga yang dibina atas dasar kasih-sayang.

Sikap tolak ansur, hormat menghormati, rasional, perlu ada. Mungkin dari awal perkahwinan perlu ditanamkan sikap hormat-menghormati dan bertoleransi dengan setiap apa yang hendak dibuat.

Komunikasi jugak penting dalam menjayakan kebahagiaan rumah tangga. Pilih masa yang sesuai untuk bersembang/berbincang dari hati ke hati.

Kita doakan semua perkahwinan itu bahagia hingga ke akhirnya. Sekiranya tiada jalan penyelesaian berdoa, bertawakal dan buat lah cara yang terbaik untuk menyelesaikan untuk mengelakkan dendam di hati masing-masing.

Itu saja yang nk diluah sebab hampir semua perhubungan menghadapi masalah yang sama.

Insya-Allah yang baik datangnya dari Allah dan yang tidak baik datang dari saya sendiri.

Amin

Irina

Thursday, May 8, 2014

Update Update Senyum...

Assalamualaikum,

Haha lama gila tak update blog nie. Memang betol penangan anak kn? Nie baru sorang kn?

Anyway aku tak mau biasa kan dia dengan gajet n everything. Aku bg dia main BabyE (Elephant) jer dengan Teether. Memang kat rumah aku jarang sgt pegang hp. Tv pon dah jarang layan. Kadang-kadang terlena skali dengan dia nk bg dia lena. Biaq masa berkualiti dengan dia. Yela cuba fikir dah la seharian kita kat ofis kan then balik rumah pulak dok sibuk dengan hp berwasap lah/ berfesbuk la/ berinsta la ... So, nanti jangan salahkan dia pulak kalau dia lebih sayangkan org mengasuh dia dari kita okay.

Anyway memang ada pon cartoon dalam astro channel aku subsribe tapi memang aku x pernah bukak lagi smp sekarang. Yela dah masuk 6 month nie dah makin bijak.

Aku nk bg lebih perhatian (dari aku pernah dapat dulu sebab masa aku baru 3 bulan mama aku dah pregnant adik aku...) So, aku nk make sure dia dapat perhatian yang sepatutnya. Yela sebagai ibu yg sama-sama mencari rezeki utk keluarga kan?

Panjang kan mukadimah? Itu antara sebab-musabab aku jarang update blog. Yela bosan jugak dok share gambaq tp takdak caption kn?

Ameera ikut AbahMama dia berjogging di Kebun Bunga. Lawatn sambil belajar. :)

Tengok rupa budak yang dah bijak. 

Haaaa.... nie muka yg x berapa manih sebab keriau suh angkat...

Playgym... Pandai dah tak mau dia lempaq p tepi... 

Kusyuk dengaq mama dia membebel...

Masih belajar menerap dan berpusing

Macam nie kan manis macam gula...

Dok tengok diri sendiri dalam cermin dan gelak... Lawak toi... Nie pon dok mencuba dengan sedaya upaya nk bergolek.

Nie lawatan sambil belajar kat Taman Belia pulak. 

Lawatan sambil belajar ke Fort Cornwallis (Padang Kota Lama)

Menunggu dalam stoller dengan kipas chomel sementara tunggu abah dia pusing amek gambaq. Kami amek angin kat bawah jer... Behave macam nie kan senang bawak jalan.

That for now perkembangan dari 5 bulan hingga 6 bulan. Nanti update benda yg paling menarik yang aku sedang buat dalam masa 6 week!

Tunggu hasilnya... 

Semoga Allah SWT mempermudahkan semuanya. Amin. :)

Sekian, Wslm.

Irina

Friday, April 18, 2014

Letih

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya x update kan? Anyway terlampau banyak aktiviti dan gambaq sebenarnya. Kat opis dah busy sesgt (berlakon jer lebey kan?) n kat umah memang jarang pegang hp pon mengadap tuan puteri ja pon.

Anyway new update adalah puteriku dah pandai menerap (walaupun agak lambat dari kazen yg lain). Dia dah 5 bulan lebih dah sekarang nie. Semakin cerdik dan banyak akai.

Yang best tue dia dah pandai layan sembang. Takpon gelak terkekeh-kekeh. Syok pulak mebebel bila tgh marah kat pak dia... yela kat anak jer tempat mengadu kan.. paknya memang suka marah-marah...

Anyway besday haritu pon tak byk beza dengan besday yg lepas. No cake, No Wish and No Anything. Fullstop!

Ntah kekadang bukan nk sambut sgt pon cuma nk org hargai jer kita. Setahun sekali jer kot kan?

Perempuan nie memang kalau kecik hati simpan lama kan? Hahahaha... (tapi dah gitu perangainya kena tahan la kan)

Cukup la adanya puteri pengubat hatiku dan menceriakan hari-hariku.

Sebenarnya banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk keje kat ofis nie. Penat nak hadap.

Pastu letih travel lebih 40km sehari. Sampai rumah terpeleok dah x larat nk buat pape pon. Urus anak jer la. Layan main n bg lena. Pak dia sibuk memanjang....

Pastu setiap hari sabtu keluaq g beli barang sket dan p umah maktok dia.

Setiap hari ahad adalah hari bersama keluarga ke Botanical Garden (push and sweat).

Letih la mak nieeeeeeeeeeeeeeee... Baru ada sorang anak dah lemau nie... Badan rasa tak larat sgt2x.... Macam perlukan lena yang panjangggggggggggggggggggg....

Then isnin dah keje balik. Rasa macam tak cukup jer 2 hari rehat... T_T

Rasa macam nk amek g bercuti tempat yg menenangkan macam pulau ka... paling best takdak coverage so x dak la org asek nk pegang henpon saja kan?

Letihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sgt!!!!!!!!!!!!!

Irina yang tersgt letih

Monday, March 24, 2014

Ameera Safiyya vs Sufi Safiyya

Assalamualaikum..

Belanja gambar comel... 

Bila Ameera bertemu Sufi...


Bun Bun dengan little Sufi. Tgk keciknya Sufi.. :)


Nie ummi Sufi dengan Ameera.


Thanks my dear friend mai melawat kami. Nanti kami p kayell pulak na... :)

Selamat dalam perjalanan pulang ke bandar halaman... :P

Irina

Monday, March 17, 2014

Ameera Safiyya: Menjenguk Usia 5 Bulan

Assalamualaikum...

Hari isnin adalah hari paling lemau sekali jadi baik upload gambar puteriku bg semangat sikit... :)

Nie the latest picture last week nk masuk 5 bulan dah. Cepat masa berlalu.


Mama dia suka sgt buat rambut pacak. Sebab kalau sikat nanti cepat peluh. 


Tengok akai nk pegang botoi sendiri taw.


Pak dia pon biaq ja anak dia pegang botoi sambil lena. 


Pak ngan anak pakai baju puma okay!


Mama dia berselfie dengan puteri. Isk mukaku rupa dah elok tanpa secalit makeup kn?


Anak oh Anak. nie la bila dok atas papa dia. Gebu kn? Another baju Puma (puteri-papa) okay.

Anyway papa dia dah belikan set baju untuk jogging dan set jacket adidas gitu. Adoila papa dia nie pon.

Irina

Ameera Safiyya : 4 month ++

Assalamualaikum,

Perkembangan puteri setelah masuk bulan. Takpe la sayang pelan-pelan okay. Biar lambat asal selamat. :)










Last sekali muka redha dan pasrah sebab x berjaya pusing. Hahaha.

Comelicious!

Irina

Followers