Assalamualaikum,
Nie nak buktikan yang pernah masuk sojar! Hahaha. Askar Wataniah kat Bukit Beruang, Melaka.
Rasanya masa nie baru umur dlm 20 tahun kot tahun 2001 or 2002. Masa nie dah nak masuk final year Diploma kat Kolej Profesional Mara Melaka.
Actually kami nie sukarela nk habiskan cuti semester untuk masuk Askar Wataniah nie.
Masa nk masuk kami kena jalani ujian kesihatan dulu nk tengok fizikal sihat tak. So, yang dalam nie semua terpilih la ye. Kami bercampur dengan budak-budak IKM Jasin rasanya. Tak berapa nk ingat dah.
Then bila daftar masuk kem kena tahan sebulan tak boleh keluar. Aduh memang awal-awal tak bape stress.
Rutin harian:
2 week+ dalam kem.
5.00 pagi - Bangun mandi n solat Subuh
6.30 pagi - Jogging 2km
7.00 pagi Breakfast (Then lari pegi siap pakai macam dalam gambar nie untuk kawat)
8.00 -11.00 pagi - Kawat ( letih oi 45 minit non-stop then rehat then sambung balik sampai kul 11)
11.30 - pagi Minum Pagi & Masuk kelas
12.30 tgh - Lunch
1.00 petang - Rehat & Solat Zuhur
2.30 - 4.30 ptg - Masuk kelas belajar pasal tentera, M-16 dsb (Sebab ada test kot) or kawat
4.30 ptg - Minum petang (Lari p solat zuhur n nk siap p jogging 2.4km panjat Bukit Beruang)
5.30 ptg - Jogging
6.30 ptg - Makan Malam n Rehat
8.30 - 11.00 mlm - Masuk kelas
10 hari terakhir (dalam hutan)
5.30 - 6.00 pagi - bangun solat n mandi (Bukak khemah)
7.00 pagi Breakfast(masak sendiri)
8.00-11.00 pagi Kelas or belajar menembak
12.30 tghari Lunch & break & Solat Zuhur
2.30 - 4.30 ptg Kelas or belajar taktik dalam hutan or cuci M-16
5.00 ptg rehat minum petang
5.30-6.30 ptg mandi & Dinner
8.00 - 11 mlm kelas lagi (or kena g buat latihan tentera berjaga sepanjang malam )
Tue la serba-serbi rutin kami selama sebulan dalam kem dan hutan.
Yang best sebelum masuk hutan kami dilepaskan dengan kompas mengikut kumpulan. So kena sampai tempat ditujui dalam tempoh 4 jam lebih kurang la. So memang best redah segala macam tempat (kubur, kebun durian, kebun tembikai, sungai, longkang dalam 7 meter pergh...) Ada group yg sesat sebab depa lencong ikut jalan lain sebab nk elak sungai n longkang jd kompas dah lari la kn? Kami redah kasi pecah jer. Best!
Dalam hutan memang best tak berapa stress walaupun kena berjaga malam ambil syif. Sebab x kena kawat. Huhu. Dok fikir macam mana la aku ble involve benda macam nie. Kekawan aku yg ramai-ramai semua injured. Pompuan ada lebih kurang 16 org tapi 10 org injured pelbagai masalah termasuk kurang gula, kena tahan hospital, asma, semput, n memacam la. Haha
Ada satu malam kitaorg kena buat taktik dalam hutan yg memerlukan kami berjaga sepanjang malam dan ditempatkan kat ladang kelapa sawit ikut formasi tentera. Hampir separuh or lebih yg tdo okay. So ada yg bawak nescafe la cokelat yg ada jugak depa jual dalam hutan nie.
Bila dah terang-benderang tgk-tgk hampir separuh kehilangan M-16 depa. Yela depa bantai tdoq kn? Kalau tentera betoi dah lama kiok dah nie. So depa kumpul suma makanan/minuman depa campur boh dalam baldi semua orang termasuk aku kena telan n ludah balik dalam baldi air campuran pelbagai... Eyak! Sumpah muntah. Sapa yg kena last2x lagi teruk sebab kena rasa ludah semua org. belum masuk lagi yg muntah tuh. Eiiii yak!
Then kami didenda rendam dalam air sungai yg sejuk bersama pakaian di bawah nie. Oi berat okay kalau dah basah. Nak jalan pon dah x larat. Huhu
Then belajar tembak pakai peluru yg betul. Dia bg 40 butir aku shoot 9 jer kena. Lain semua ke laut. Hahaha.
Ending kami kena masuk gerak gempur. Nie best sebab kesemua kami belajar kami guna dalam gerak-gempur nie. So kami pompuan yg sihat dan kuat nie yg masuk. Len suma lelaki. Yg lain tgk jer la. Masa nie berlari dengan M-16 then merangkak, meniarap segala bagaila.
Memang best sgt dpt pengalaman macam nie walaupun dah tak teruskan.
2 minggu balik dari kem kami ada Hi-Tea. Aku hitam legam dok sebelah Ex aku dulu mai aiii dah sama kaler dah. Haha.
That's all for the great journey in kem. :)
Nie bari hari pertama jadi muka semua tgh excited. Tak taw bala apa kami nk kena.
Pernah satu hari tuh ada katil yg x betul jadi dorm kami jadi macam puting beliung abis depa tarik kami punya cadar n everthing. Huhu. Siap kami semua kena angkat katil 2 tingkat kawat keliling padang kawat 2 round. Giler berat.
Nie dok kat padang kawat ready nk masuk hutan.
Barisan depan nie yg masuk gerak gempur. :)
Kena denda pon buat cambest kan? Bytheway sejuk okay!
Nie semua gadis-gadis... :)
Sekian dulu, Wslm
Irina
No comments:
Post a Comment