Monday, June 17, 2013

Mual dan Muntah ketika hamil

Assalamualaikum,

My dearest reader,

Ini adalah kali kedua saya hamil dan memang tak sama keadaannya. Alhamdulillah mungkin sebab suami dekat jadi stress dan tension tue kurang sikit dari dulu.

Yup aku jugak rasa mual dan muntah sampai rasa tak nk makan. Aku pernah tak makan sebab nk g beli makan pon x bleh sebab bau food pon tak boleh. Tue orang kata ikut hati sgt. Pengabisnya diri sendiri yang sakit2x dan baby jadi mangsanya. Tp itu dah ketentuan Allah SWT yg merancang yang bukan rezeki kami lagi pada waktu itu. Dengan seorang diri kat rumah, balik kerja penat, nak keluar lagi beli makan, bau makanan (tumis) pon tekak dah loya, dan last-last tdo jer awal. Perut dok lapar.

Kali nie aku banyak belajar dari kesilapan yang lalu. Memang orang cakap for 1st trimester (1-12 week) nie memang akan teruk sikit alahan dia. Masa nie jugaklah tengah develop perkembangan baby dalam perut nie. Jadi orang semua suruh makan benda berkhasiat. Ops lupa pulak jgn sesekali lupa nk makan asid folik dan susu (or replace pil kalsium kalau dok muntah). It's easy jgn paksa diri kalau tak boleh.

For me memang lah semua nk yg terbaik utk our future baby kn? Cuma kalau dah tengok pon muntah memang la x larat kn? Jadi makan jer apa yg lalu. If lalu fastfood juz makan tapi jgn la hari-hari. Macam aku kekadang fastfood kekadang g kenny rogers beli salad or buah-buahan. Janji dalam perut ada food.

Lagi satu pastikan kat sebelah katil or meja kerja ada biskut kering. Pingpong ka jagung ka, apa pon boleh. So, if tekak macam tak sedap ngap jer. Jangan paksa diri sgt smp tak nk makan macam aku dulu.

Prepare la kurma n kismis dalam bekas kecik-kecik letak sebelah meja. Tp macam aku x berapa suka manis-manis masa pregnancy nie. Tp makan jer ikut angka ganjil tak bleh 7, amek 5, or 3 or else 1 pon okay. Orang cakap kurma nie bagus utk generate susu utk baby nanti. :)

Kita akan merindui saat-saat mual dan muntah nie bila dah keluar baby nanti. Jadi, juz layan jer semua alahan tue sebab kita we have such adorable/beautiful baby in our womb. Bila kita happy, percaya lah same feeling with the baby. :)

So, kalau rasa nk makan ice-cream, or anything that you craving juz go for it. Haaaaa nk pesan tgk jugak makanan apa yg x bleh makan utk early pregnancy sebab dia belum kuat lagi.

Pls avoid semua food yang x bleh makan. You can google it by yourself. Macam aku banyak belajar sendiri by asking and googling. :)

Alhamdulillah aku rasa bersyukur diberi peluang kedua utk hamil dan almost 20 week now. Tp alahan memang still ada iaitu orang tumis bawang! Ohhhhh tapi susah apa tutup hidung jerla. Sometimes MH dok ejek buat-buat nk muntah. Eiiii geram. Tp seronok jugak. Gurau senda suami isteri kn?

Semoga selamat semuanya hingga saat melahirkannya. Kepada all my love yg belum merasainya, aku mendoakan semoga Allah SWT akan memberikan peluang merasainya nanti. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT itu sendiri. Jadi jangan putus asa. Usaha, berdoa dan tawakal. Aminnnn.

Semoga kasih-sayang ini berpanjangan hingga syurga. Amin.

Love Love Love

Wslm

Irina

No comments:

Post a Comment

Followers