Tuesday, December 11, 2012

Adik Ipar Lagi! Welcome Faiz...

Assalam,

Alhamdulillah aku sangat bersyukur dalam tahun nie abah aku terima 3 menantu termasuk husband aku la kn? Ewah. 

Tanggal 7 Disember 2012, 10.00 pm di Surau Taman Terus Maju, Sitiawan  my babysister Anis Nabilah telah selamat dinikahkan dengan pasangan hatinya Mohd Faizuddin dengan sekali lafaz. Alhamdulillah after 2 1/2 year bertunang akhirnya diijabkabul dengan majlis yang penuh bermakna.

Majlis berlangsung dengan sempurna tak macam majlis aku penuh kelam kabut. Tp whatever pon majlis tetap bersyukur dan selamat semuanya. Life sebagai seorang isteri pulak selepas nie. Lebih banyak hati kena jaga lebih dari hati sendiri. Perbuatan, percakapan dan pakaian kita melambangkan suami kita. Banyak kena fikir dan tak bleh nk buat masa couple dulu. Tak bleh nk tinggikan suara, bermasam muka, mengeluh dan sebagainya. Diam jer. 

Walaupun banyak cabarannya kita tetap kena hadapi dengan sabar. Insya-Allah walau sepanas baran mana pon tetap akan sejuk bila kena dengan hanya titisan air kn? Jadi bersabar banyak-banyak yea. Akak tak mampu nk bagi atau sponsor apa utk majlis cuma mendoakan kebahagiaan adik-adik yang amat disayangi yang kini milik orang lain.Sedih pulak kn?

Insya-Allah Anis akan menjadi seorang isteri yang baik di sisi Faiz. Jaga adik akk elok-elok yea Faiz. Tanggungjawab seorang suami nie sgt mencabar dan bukan setakat bg nafkah dan sediakan tempat tinggal. Semoga kita dirahmati oleh Allah SWT. Semoga ikatan ini kekal hingga ke hujung nyawa. 

Love both of you.

Wslm
Irina

No comments:

Post a Comment

Followers