Friday, September 2, 2016

Hi...

Assalamualaikum semua,

Saja la mai bersihkan sawang labah-labah yang penuh sampai x nampak jalan.

Anyway ada few benda nk cerita kalau rajin nanti buat satu satu post.

1st nak share yang tahun nie dapat APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. Nie kira macam anugerah bagi pekerja2 yang menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dlm perkhidmatan awam la. Alhamdulillah. Anyway xdela macam wow sgt aku buat kerja myb rezeki sama dan kerja hampir 8 tahun dlm sektor awam nie. Zaman parent aku dulu kena tunggu dekat 20 tahun baru nk dapat. Aku tetap bersyukur dan percaya kepada rezeki.

2nd lepas raya puasa baru nie kami dikejutkan mama pengsan dan koma. Darah tinggi yang menyebabkan pembuluh darah di otak mama pecah menyebabkan mama koma dan terpaksa emergency operate selama 8 jam di Hosp Ipoh. Di mana kami adik beradik semua berkampung kat sana. 4 hari baru mama sedar dan alhamdulillah hari ke6 dan pindah wad dari ICU ke wad biasa. Then buat  2nd operate leher sebab oksigen dan memudahkan sedut kahak. Then hampir 2 week baru buat 3rd operation untuk buat saluran dari otak terus ke perut. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

Now recovery proses. Mama still minum susu ikut tiub yg masih ada kat hidung terus ke perut sebab leher belum baik sepenuhnya. Nk makan masih tersekat. Tp memang dah boleh berjalan, bercakap, semua dah boleh buat sendiri. Abah siap buat jadual minum susu/ubat dalam reminder dan lekat kat dinding ala2 mcm jadual sekolah. Syukur Alhamdulillah.

Kalau tgk ig personal dan fb personal aku tahu lah betapa huru hara nya hidup aku masa tu. Yela tak pernah mama masuk hospital kot. Suddenly kena terus teruk mcm nie. Alhamdulillah aku bersyukur sgt diberikan abah yang sgt supportive dalam menjaga mama. Husband yang memahami tatkala kena tinggalkan depa anak beranak untuk jaga mama di Ipoh. Adik2 yang banyak berkorban masa dan wang ringgit untuk gilir-gilir jaga mama. Mama memang sgt bertuah okay.

So, buat masa nie itu jerla yg aku nk update. Nanti kalau aku rajin aku buat entry lain ye.

Thanks guys,
Irina

Followers