Monday, January 31, 2011

Isi Hati Irina: Diari seorang budak Comot!



Jom kita flashback masa sekolah... 


Aku seorang yang sgt sopan, bertudung, pendiam, comot, memang paling tak dikenali masa sekolah dulu.... agaknya memang aku nie buruk sgt la masa sekolah dulu kot... tapi aku x malu okay! biaq la orang nk bubuh gambaq aku dulu pon.. aku x kisah sebab kalau tue masih aku jugak.. buat apa nk malu dengan diri sendiri kn?


Lepas bercerita pasal zaman sekolah dulu baru aku tahu kenapa dengan tiba-tiba "hot guy" masa kat sekolah nk try aku... sebab sekarang aku....


Agak daring dari segi berpakaian kot, peramah, kadang-kadang terlebih mesra, kurang comot, dan lain dari sekolah dulu... Aku bukan bermaksud aku nie cantik yea... sebab aku bukan dari kategori itu.... sebab masa sekolah aku memang bukan orang yang dikenali... bukan takat orang silap2x nama pon org x kenal.... 


Aku memang paling tak suka bila orang anggap dirinya tue "hot stuff"... konon terhangat di pasaran la... da memang terang lagi bersuluh ada awek tapi dok try kita... haihh... kenapa nk buat macam tue eh? tak boleh ke setia jer kat awek tue... dah publish kat org semua then dok p try sana sini... satg kalau orang lak terjatuh hati macam mana? tak boleh jugak nk salahkn awek tue sebab lu yang dok bg harapan pada dia kn?


Aku baru tersedar dengan perubahan aku nie baru org nmpk dan sedar aku nie wujud.... memang manusia nie memandang pada fizikal dan penampilan kn? Mungkin pengalaman aku yg lepas buat aku sedar diri... baik terima orang yg tidak memandang semua itu? Macamana jika kecantikan aku pudar? Dah tua nanti? Keadaan fizikal aku yg dah cantik macam sekarang? Mungkin nanti aku dah x sempurna? 


Jika pada awalnya dia memandang dan memilih fizikal ku... besar kemungkinan nanti dia boleh cari orang yg lagi cantik dari aku... kouta memang dah sedia ada kat depa kn? Tapi kalau dia memilih aku sebabkan ikhlas, Insya-Allah perhubungan ini akan kekal...


Aku sgt terharu bila tgk seorang yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi dan memasuki sebuah pertandingan nyanyian yang agak popular... Kenapa dia menyanyi? Untuk tunang dia... memang la patut kn menyanyi for a living kn? tapi tunang dia cacat lepas kemalangan... memang tunang dia sgt cantik... lepas kemalangan tunang dia hanya mampu berkerusi roda dan terketar-ketar... kesimpulannya dah cacat... Lelaki tue ckp, "Apa jenis lelaki dia kalau dia meninggalkan tunang dia semasa tunang dia memerlukan dia" (lihat di bawah versi English).... Tue belum kawen lagi okay... Ada tak kat dunia nie lelaki seperti itu? Memang ada tapi kewujudannya memang tak disedari... menangis aku tgk clip video tue....


“What kind of guy would I be if I walked out when she needs me the most” – Chris Medina.


Semoga Allah SWT permudahkan segalanya untukku.... 


Aku sayang dia...


~i have faith in you~

Isi Hati Irina: I'm Sorry, I Love you...


When it's coming to relationship it's always about understanding, argument, sharing , loving, care, angry and etc...

Sometimes people said the misunderstanding will lead to big argument... The intention only to express what we feel but will lead to misunderstanding... What would we do if there have some uncomfortable feeling inside? Should we let it out or only keep to ourself?

I think starting from now i have to save it to myself. I don't like any argument because it will lead to uncomfortable feeling when we face the person. It's true it's all about trust and mutual understanding...

I'm really sorry if I've made any mistake or hurt your feeling. It's not my intention to hurt you that way. 

No people intentionally want to hurt their loves one.

~i''m sorry i love you~

Sunday, January 30, 2011

Isi Hati Irina: Shaolin 2011!


It's all about humanity..

When you doing bad thing you'll serve the same thing...

When you doing the good thing you'll treated well...

It's karma... a touching movie... Great versatile actor of Andy Lau! 

Isi Hati Irina: Kalau jumpak kawan lama...

Situasinya terjumpak kawan-kawan lama kat kedai makan, tengah-tengah jalan atau kat dalam mukabuku...

"Gheja mana?" "Uish baguihnya gheja kat situ... gaji besaq" 

"Dah kawen?" "Hang juai mahai kot?"

Haihh... naik melungai dah aku nk jawab nie... bukan nya aku marah tapi cam "annoying" jer soalan-soalan tue... tak pernah fikir ke kesensitifan orang lain? 

Nie mai aku nk exlpain sket.... Semua rezeki kn? Ada orang rezeki dia kawen dulu, ada famili dan anak-anak... tue rezeki jugak... sesetengah orang pulak x kawen-kawen tapi ada kerjaya yang bagus... bukan la dia memilih tapi mungkin dia tak dak masa nk fikir semua tue... yela yang dok ada nie pon jenis "player"... bukan jenis nk komitmen... so, sometimes kenala faham keadaan orang sama.... kita tak tahu orang punya masalah.. so jangan dok serbu tak pakai helmet.... mungkin dia baru putuih cinta, tunang ka... hampa boleh dok kata dia macam tue... sentap la babe... 

Pasai gheja pulak tue rezeki... ada yang abis degree n master pon belum dapat gheja lagi... so, silalah bersyukur awak tue ada gheja walaupun hanya memiliki spm or diploma.. bagi aku x penting pon ada degree ka master sebab tue hanya sekeping kertas... kiranya hampa untung la walaupun sambung belajar tapi ada gheja... dari orang yang jenuh bertungkus lumus belajar dan pinjam loan belajar lagi tapi x dak gheja... Aku lebih kesian kawan-kawan aku yg sama-sama graduate ngan aku tapi masih x gheja... dah kena tanggung loan belajar lagi... So, walaupun aku dapat kerja yang tidak setaraf dengan pendidikan aku tapi aku tetap bersyukur sebab masih diberikan rezeki... 

Aku tak marah cuma rasa best bila orang cakap aku macam tue... Alhamdulillah rezeki kn? jangan membandingkan rezeki kita dengan orang lain.... kita seharusnya bersyukur ke atas apa yang kita miliki... dari kita dok bandingkan diri kita dengan orang lain... semua orang ada masalah dia sendiri... diri sendiri yang kena pikiaq macamana nk settle...

Aku doakan kawan-kawan aku semuanya dipermudahkan rezeki masing-masing.... Amin...

Thursday, January 27, 2011

Isi Hati Irina: When i said "I Do"...



1. When i say i do, I will do accept all the responsibilities to be yours...


2. When i say i do, I will deleted all my ex-bf and scandal hand phone number...


3. When i say i do, I will not sms, call, ym, or do anything that can keep in touch with them...


4. When i say i do, I deleted all my ex-bf sms, their account in Facebook and etc...


5. When i say i do, I promise to be honest with you..


6. When i say i do, I promise to love you with full of my heart...


7. When i say i do, I want to be the best for you....


8. When i say i do, I want to do everything you ask me to do...


9. When i say i do, I want to follow your order...


10. When i say i do, I will care about you more than myself..


11. When i say i do, I can tolerate everything that we decide to do...


12. When i say i do, I will accept you're snoring while you sleeping..


13. When i say i do, I will cook everything you want to eat.. Of course i have to refer Google.. :)


14. When i say i do, I will stay up just to accompany you to watch your favorite football team playing....


15. When i say i do, I will text you i love you everyday...


16. When i say i do, I never forget to say i miss you everyday...


17. When i say i do, its mean that i really love you... Please don't doubt my love..


18.When i say i do, I want you to love, care, honest and treat me well...


p/s: i just a women in love... 

Wednesday, January 26, 2011

Isi Hati Irina: Soalan-soalan yang ingin ditanya!



Banyak soalan-soalan yang aku kerap dengar berkaitan dengan relationship nie. Selalu saya dengar kawan-kawan saya mengeluh... Kenapa itu? Kenapa ini?  Banyak jugak yang gaduh sebab soalan-soalan nie tak dak jawapan. Kebiasaannya kita akan tolong bg jawapan kepada soalan kita sendiri. Last-last diri sendiri yang terasa, merajuk dan sensitif. Apa kata kita tanya tuan badan tue sendiri. Bukan sebab kita x percaya dia. Tapi biarlah dia sendiri yang jawab soalan kita tue. 


Antara soalan yang aku kerap dengar:


1. Awak marah kalau saya call awak 2 3 sehari? Macam mana awak nk? Sehari sekali pun dah cukup ke? Ke seminggu 2 3 kali? or sebulan 2 3 kali? 


2. Awak marah kalau saya x reply msg awak? 


3. Awak marah kalau saya keluar/call/sms dengan orang lain(jantina yg lain) tapi kami cuma kawan baik saja?


4. Awak marah kalau saya ke keluar makan-makan, jalan-jalan, tgk wayang, bersosial dengan kawan-kawan saya? Balik smp lewat malam... 


5. Awak marah kalau saya cakap saya sayang awak, rindu awak tiap-tiap hari... tapi x kira masa la.. kadang-kadang 2 3 kali sehari....


6. Awak marah kalau saya tersilap cakap? 


7. Awak marah kalau saya usik awak?


8. Awak marah kalau saya gelak kuat-kuat?


9. Awak marah kalau saya pakai pakaian yang awak tak suka?


10. Awak marah kalau saya menjawab bila awak tegur saya?


11. Awak malu jumpa dengan kawan-kawan awak bila keluar dengan saya?


12. Awak malu tak nk cakap awak sayang saya?


13. Awak marah saya jadi seorang yang berterus-terang?


14. Awak akan pujuk tak bila saya merajuk?


15. Awak akan marah tak kalau saya x dengar cakap awak?


16. Awak rasa bosan tak kalau saya nk cerita masalah saya kat awak? 


17. Awak percaya pada saya?


Saya cuma nak jawapan dengan seikhlas dan sejujur-jujurnya... Hendak menjadi seorang yg memahami nie susah taw... Dalam proses kita berkawan nie macam-macam perangai kita jumpa kn? Bila semua soalan nie terjawab baru la rasa lega sikit. Tak dak la tetiba nk merajuk la, sensitif la n marah..


Banyak lagi soalan yang kita nak tanya... nie general saja sebab bagi diri saya, saya tahu siapa yang menyayangi, mengasihi dan mengambil berat pasal saya... Cuma kadang-kadang soalan-soalan macam nie selalu buat kita sedih... Saya memang tak suka sedih nie sebab saya dah puas bersedih dan kecewa berkali-kali... bukan hanya bila bercinta tp semasa berkawan juga... 


If ada orang yang boleh bagi jawapan kan bagus... Lain padang lain belalangnya, lain orang lain ragamnya..


Sejujurnya soalan-soalan yang ini bukan bermain di minda wanita sahaja tetapi lelaki pun sama kn? Cuma ego menghalang untuk mengakuinya... 


p/s: buat si dia, saya sayang kamu... :)

Tuesday, January 25, 2011

Isi Hati Irina: Harga yang paling mahal adalah "Menghargai"


Kita semua suka pada barang-barang yang berjenama bukan? Sudah tentunya berjenama itu sinonim dengan "mahal" kn? Kita selalu hadiahkan hadiah yg "mahal" untuk orang yang kita sayang bukan?

Di sini kita dapat menilai erti kasih sayang itu sendiri. Aku pernah dengar orang cakap yang kasih sayang nie tidak boleh diukur dengan wang, duit dan kekayaan. Betul ka apa yang aku dengar? Pendapat aku? :)

Siapa orang-orang yang kita sayang dan kenapa kita sayang mereka? Mereka ibubapa kita, adik beradik kita, orang kesayangan kita, kawan-kawan yg kita anggap adik,kakak dan abg kita, sahabat kita yg x pernah penat dan jemu utk sentiasa berada dengan kita...

Kita sayang mereka sebab mereka lah yg sentiasa menjadi penguat semangat kita, sentiasa membantu kita di mana jua kita berada, menjadi pendengar yg baik, menjadi penyokong kita bila kita sedih, kecewa dan putus asa.... sebab tue kita harus menghargai kasih sayang yg mereka curahkan kepada kita. Supaya mereka tahu kita juga sayang dan sentiasa menghargai sokongan mereka..

Bagaimana nk hargai? Adakah dlm bentuk wang? Percutian? Hadiah yg mahal? Mungkin send him/her gift/flower? Mungkin kejutan? atau mungkin sekadar kad ucapan terima kasih? Tanya hati sendiri apa kita nk untuk dihargai? Apa harga semua pengorbanan kita? 

Sebenarnya apa yang kita buat/berikan adalah ikhlas dan tidak perlu sebarang penghargaan. Kita pun tahu siapa menhargai kita. Pernah tak kita tanya kat kawan kita, awak pernah hargai saya tak? Nampak pulak cam tak ikhlas. Tapi cuma kadang-kadang agak terkilan bila orang buat x nampak jer apa yang kita dah buat. Bukan mengharapkan perhargaan cuma cukup sekadar "sedar" kewujudan kita pun dah cukup. Kita manusia kan tak terlepas dengan buat salah. Tak kan salah cakap/buat terus tak nmpk perkara-perkara yg baik kita pernah lakukan?

Sapa x pernah buat salah kn? Jadi hargailah orang-orang di sekeliling dengan cara sendiri. Yang penting orang tue faham kita memang sangat sayang pada mereka.... 

~whenirinasharemeanshecare~

Monday, January 24, 2011

Isi Hati Irina: Perbezaan Dulu dan Sekarang (Waktu Sekolah)

Dulu kita kayuh basikal sendiri p sekolah... darjah satu dah g sekolah sendiri...
Sekarang kalau boleh nk hantar sampai depan pintu kelas...


Dulu masa minat/bercinta semua pakai surat, pastu ada posmen tolong hantaqkan,
Sekarang mintak number kat kawan, then sms,"boleh saya berkenalan?"

Dulu tiap-tiap hari tulis diari pasal apa jadi kat sekolah, ada minat budak kat sekolah, kena marah ngan cikgu, sedih, gembira... untuk bacaan diri sendiri sahaja..
Sekarang marah cikgu tulis kat blog... ayat pon boleh tahan ganaz nya.. dah ada orang buat macam diari harian pulak... semua orang boleh baca termasuk orang "asing"@ stranger... siap boleh komen lagi...


Dulu kita jumpa komputer kat sekolah saja waktu time kelas komputer,
Sekarang semua parent dah belikan sorang satu laptop untuk anak-anak depa, senang katanya nak belajar dan buat keje sekolah... keje sekolah dalam facebook eh?


Dulu mak bagi syiling jer buat bekal ke sekolah...
Sekarang RM10 pun x cukup... nk topup prepaid lagi mama?

Dulu cikgu suruh beli buku tambahan, parent nanti marah2x dalam mesyuarat PIBG...
Sekarang sanggup habiskan beratus untuk hantaq anak pergi tuisyen... pergi tuisyen sebab parent yg suruh kn? main jer banyak...

Dulu cikgu cakap apa kita ikut jer...
Sekarang melawan cikgu sebab budak-budak sekarang lebih pandai/cerdik dari cikgu... Terima Kasih Astro...

Dulu pakai sampel cikgu bagi untuk buat eksperimen...
Sekarang nak bawak sampel sendiri... kalau kita buat tikus dia nk bawak katak... Thanks TVIQ... Astro jugak...

Dulu kain baju kurung semuanya labuh sampai sapu jalan... sapu bersih... senang sikit makcik cleaner kn?
Sekarang semua kain singkat-singkat... "Style la cikgu", katanya...

Dulu kalau marah kat cikgu pancitkan tayar kete cikgu...
Sekarang kalau kena cubit sikit pun nanti kena saman...

Dulu kalau mengantuk dalam kelas tido or chat ngan member pakai surat... main pas-pas dlm kelas...
Sekarang lagi mudah... sebab adanya teknologi... budak-budak sekarang semua dah ada henpon... canggih manggih... pastu apa lagi kn? sms, mms, videocall...

Dulu malas g sekolah tipu mak kata sakit kepala, sakit perut, demam...
Sekarang cakap ngan mak, "Hari nie tak nk g sekolah la, mengantukla mak... smlm buat keje sekolah smp pagi..." padahal dok cetting ngan marka (awek/pakwe), parent pon sporting... jgn paksa katanya..

Dulu buat assignment cikgu guna kreativiti... melukis, menampal dan macam-macam la... ingat tak salasilah keluarga...Sejarah form 1 kot.. yg kreatif tue memang la cantik, yg tulisan cakar ayam tue jenuh cikgu nak baca...
Sekarang lagi cantik, siap dengan design lagi... semua pakai komputer... memang la sgt kreatif kn? Memang tak dinafikan la kn? dah memang kelebihan depa(mereka) kn?

Apa lagi ek? banyakkn perbezaan budak-budak sekolah dulu dengan yang sekarang. Yang samanya depa jugak p sekolah. Cuma pendekatan sgt berbeza. Banyak kena sabar dengan budak-budak sekarang nie...

Kenapa berbeza?

1. Didikan keluarga
2. Pendedahan kepada internet, teknologi
3. Astro
4. Kawan-kawan
5. suka explore benda baru

Nasihat saya adik-adik, belajar benda yang baik-baik dah elok tue harta yang paling baik untuk bekalan masa hadapan. Kalau tersilap membuat percaturan dalam hidup akan dihantui sepanjang kita hidup.

"Jangan dah terhantuk baru nak tergadah"

~whenirinafeelsitsnotrightshewilltellitswrong~

Isi Hati Irina: Anda S.T.R.E.S.S?


Anda stress?

1. Cepat marah
2. Nak mengamuk
3. Naik angin
4. Pantang ditegur
5. Muka bermasalah
6. Sedih
7. Sensitif
8. Cepat kecil hati
9. Cepat menangis

Nie antara kesan-kesan dari stress. Antara kita sedar atau tidak kita semua mempunyai masalah sendiri.

Walaupun nampak hebat di luar tetapi di dalam kurang berkeyakinan, walaupun nampak bahagia dan serasi bersama tetapi ada masalah dalam perhubungan, walaupun nampak gembira di luar tetapi menangis di dalam, walaupun nampak gagah di luar tetapi seperti anak-anak kecil yang ketakutan di dalam...

Manusia pasti akan merasa kekecewaan, kesedihan, kehilangan, putus asa suatu hari nanti. Kita sebagai manusia tidak akan lari dari merasai semua itu sebab itu sebahagian dari rencana hidup kita.

Stress tue apa? Kita ambil jer makna yang mudah... Stress di mana kita akan rasa terganggu, marah dengan situasi tertentu... Contohnya dimarah berkali-kali di tempat kerja, asyik ditegur itu ini semuanya serba x kena, nk menghadapi peperiksaan, result exam/interview teruk, banyak sgt keje smp xde masa berehat, letih berpanjangan, dipulaukan kawan-kawan, kehilangan insan yang sangat dikasihi, putus cinta, dsb...

Mungkin sikit-sikit disimpan dalam hati... tapi kalau lama-lama akan mengganggu emosi, akan jadi sangat sensitif. Lepas tue meletup macam gunung berapi.

Apa patut kita buat? Baca link kat bawah nie. Aku pernah post apa aku buat kalau aku sedih, stress dan ada masalah..

Terapi jika aku sedih 

Sesungguhnya kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang nie. Ada lagi orang yang lebih susah dari kita tetapi mampu menjalani hari mereka dengan senyuman. Bila senyum semua masalah pun tak rasa macam bebanan. Insya-Allah ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Senyum itu sedekah. Jadi, Jom kita senyum!

~whenirinasharemeansshecare~

Sunday, January 23, 2011

Isi Hati Irina: Memilih pasangan memang tak mudah....



Dalam memilih pasangan memanglah bukan sesuatu yang mudah. Tapi kalau kita berpegang kepada perkataan "pilih" itu sendiri lagi-lagi la susah. 

Bukan semua orang dapat yang dicari, yang kita nak, yg kita harapkan, yang kita idamkan, kn? Okay cuba "list down" apa yang kita harapkan?

Dalam senarai kita mesti ada:
1. Agamanya
2. Bertanggungjawab
3. Ikhlas
4. Penyayang
5. Yang bekerja (Stabil)
6. Romantik (Bonus)
7. Hensem, Cute (Bonus jugak)
8. Memahami
9. Pembimbing
10. Seorang yang melindungi

Kalau nak list semua rasanya x mampu kot... tapi tue di antaranya la kn yang kita pernah jawab bila orang tanya... or masa sekolah dlu masing-masing ada tulis ciri-ciri lelaki yang kita idamkan... kn? Mesti ada yg x nk mengaku kn? hahahhaa

Mungkin dulu aku pon tersenarai antara orang-orang yang buat list camni cuma aku nk tambah yang aku nak yang tinggi, cerah, tak merokok, tak pakai spec... ha nie ciri-ciri khas... yang atas td tue ciri-ciri umum...

Lepas beberapa kali siri putus cinta, kecewa... aku da tak percaya semua tue lagi menjamin kebahagiaan... Aku mengaku yang aku serik jatuh cinta... tapi aku dibukakan hati sekali lagi untuk bercinta... dengan sgt mudah aku menerimanya... Alhamdulillah, aku sgt bersyukur...

Semoga dipermudahkan segala urusan...

~sekian, entri ke 100~

Friday, January 21, 2011

Isi Hati Irina: Yang Mencari dan Yang Dicari, yang mana lebih penting?


Pendapat aku?

Terus-terang cakap dalam hati mudah jer jawapannya... tapi bila suruh bg pendapat mulut seolah-olah terkunci... Susah nk jawab mana lebih penting. Tapi kalau diberi pilihan kita perlu buat pilihan. Jangan memilih keduanya sebab seolah-olah kita nie tak de pendirian. Jangan selalu memilih dok atas pagar atau  x nk pilih. Terus-terang dengan diri sendiri yang mana kita nk? Yang mana kita harapkan? Yang mana kita lebih suka? Yang mana kita lebih selesa?

Bagi aku aku memilih Yang Dicari. Ewah!

Aku bg pendapat bagi kedua-duanya dulu sebelum aku ulas lebih lanjut kenapa aku pilih Yang Dicari.

Orang Yang Mencari nie maksudnya mencari pasangan hidup mengikut apa yang dia nk. Mungkin ada list panjang dia dah buat... Sebenarnya dia mencari kesempurnaan dalam mencari pasangan. Sama ada dia setuju atau tidak memang dia mencari semua ciri-ciri yang dia idamkan... Kadangkala dia lupa adakah dia tue ada ciri-ciri seperti yang dia nk? Contohnya nk yang cantik, adakah dia hensem? Nak yang bekerja, adakah dia mampu tanggung kehidupan akan datang? Nak yang pakai tudung, Adakah dia serba cukup untuk menjadi seorang pembimbing? Manusia memang mencari kesempurnaan dalam mencari pasangan hidup. Tapi bila dah ada beberapa calon pulak jadi memilih pulak... Yang ini lebih yang nie tapi kurang kat sini... Yang nie pulak istimewa kat kat sini tapi x bagus kat sini... Pernah tak fikir perasaan orang yang bila dibanding-banding kan?  Muhasabah diri atau nilaikan diri balik... Adakah kita layak menilai seseorang itu berdasarkan apa yang kita nampak? Kita belum lagi sehidup semati dengan dia... Mungkin manis di depan kita tetapi jadi cuka dlm rumahtangga... Mungkin singa di depan kita tapi mungkin sejinak kucing... Kita hanya manusia biasa... Keadaan akan membuat kita berubah sedikit demi sedikit...

Orang yang dicari adalah orang yang diidam-idam kan oleh semua orang dalam mencari pasangan. Kita berusaha untuk menjadi yang terbaik, memperbaiki diri kita dari segala segi, belajar untuk menjaga diri dengan sebaik-baiknya... Kita lebih memikirkan diri kita dari kekurangan orang lain. Sebab semua ada kekurangan masing-masing... Jadi bila kita belajar untuk memperbaiki semua kelemahan itu tanpa kita berusaha untuk menjadi orang yang lain itu adalah satu langkah yang sgt membangga utk diri kita sendiri. Kita melakukan perubahan utk diri sendiri dan untuk menjadi terbaik. Menjadi anak yang baik kepada ibu bapanya, Menjadi kakak/adik yang baik untuk adik-beradiknya, menjadi terbaik untuk semua insan yang menyayanginya, dan menjadi terbaik dalam apa jua kita lakukan... Ikhlas tue penting dalam melakukan sebarang perubahan... Kita perlu banyak belajar dan banyak bertanya kepada orang yang sepatutnya... Yang paling penting adalah kita perlu menerima orang seadanya dia... jangan buruk sangka apa sahaja yang dia kata, jangan menjatuhkan sebarang hukuman terhadap apa yang dilakukan dan juga jangan terlalu memilih... Mungkin dia memang takdir yang telah ditetapkan dengan kita...

Semua orang mahu menjadi seorang yang dicari kn? Sentiasa la belajar untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dari mencari kekurangan orang lain. Walaupun selepas kita berpasangan, kita perlu terus belajar dan terus belajar untuk menjadi yang terbaik untuknya... Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain yang penting kita berusaha ke arahnya...

Insya-Allah.... Semoga Allah SWT permudahkan segalanya untuk kita... Amin

Isi Hati Irina: Kartun yang aku suka! 80 dan 90an...


1. Care bear
Setiap "Care bear" ada pelbagai warna. Semua bear nie ada simbol kat perut dia yg menunjukkan tugas dan tanggungjawab dia... comel sgt taw.. Sepuluh "Care bear yang asal adalah " Bedtime Bear, Birthday Bear, Cheer Bear, Friend Bear, Funshine Bear, Good Luck Bear, Grumpy Bear, Love-a-lot Bear, Tenderheart Bear, dan Wish Bear. Yang lain tue join kemudian la... Suka sgt citer dia...
~aku copy dari wikpedia~



2. Tomatoman
Tomatoman adalah salah seorang dari 10 pahlawan kerajaan sayur yang agak kelakar dan clumsy.. tomatoman juga tidak disenangi oleh pahlawan-pahlawan yang lain kerana mereka dengki dengan kejayaan tomatoman yang kebiasaannya diperolehi secara kebetulan.. selalunya di setiap episod, tomatoman akan bertarung dengan serangga jahat yang selalu datang mengganggu rakyat kerajaan sayur..
~aku copy dari satu blogger~



3. Flashman/ Maskman/Power rangers...
Sama jer kuasa dia macam power ranger... melawan kejahatan... Aku chop pink!

4. Sesame Street
Ingat burung kuning yang besaq, Bernie, Cookie Monster dan banyak lagi puppet lagi... kat sini depa ajaq ABC... nie kira untuk pembelajaran awal kanak-kanak la.... memang aku pun kenal ABC 123 dari citer kartun nie... best sgt sebab dia buat dlm bentuk nyanyian... so kita menyanyi sekali la kn?


5. Teenage Mutant Ninja Turtles
Teenage Mutant Ninja Turtles (atau cuma Ninja Turtles, pernah dikenali di United Kingdom sebagai Teenage Mutant Hero Turtles) ialah sekumpulan empat ekor mutan kura-kura dalam cereka yang dilatih oleh mahaguru mereka iaitu Guru Splinter agar menjadi pahlawan ninja yang mahir. Dari sarang mereka di pembetungan Manhattan, mereka melawan penjenayah kecil, penjahat gila, dan makhluk asing, sambil memastikan diri mereka tidak diketahui masyarakat secara meluas.
~aku copy dari wikpedia~



6. Gaban.
Cerita ni satu lagi cerita yang menarik masa zaman kanak- kanak dan setaraf dengan cerita Suria Perkasa Hitam. Cerita ni mengisahkan gaban yang melawan raksasa dan akan menghantarnya ke ruang angkasa gaban untuk mengelakkan nyawa orang awam melayang. Sinopsis ceritanya dah tak ingat macamana tapi gaban boleh bertukar daripada orang biasa kepada gaban dalam masa 0.05 saat sahaja...Waa..hebatnya... ayat yang tak boleh dilupakan "Gaban Z potong dua" sampai adik yang kecik tu pun boleh ikut...huhu...
Selain itu Gaban juga ada naga, moto dan kereta kebalnya sendiri. Raksaksa memang susah nak kalahkan gaban sehingga wujudnya ayat " Susah tahap gaban " dan sebagainya...MEMANG TAHAP GABAN LA....
Yang susah nak dilupakan adalah lagu temanya..Memang best... Wakasa Wakasa Gaban...
~aku copy dar satu blogger~



7. Thunder cat
ThunderCats follows the adventures of the eponymous team of heroes, cat-like humanoid aliens from the planet of Thundera. The series pilot begins with the dying Thundera meeting its end, forcing the ThunderCats (a sort of Thunderean nobility) to flee their homeworld. The fleet is attacked by the Thundereans's enemies, the Mutants of Plun-Darr, who destroy all the starships in the "ThunderFleet," but spare the flagship hoping to capture the legendary mystic Sword of Omens they believe is on board. The sword holds the Eye of Thundera, the source of the ThunderCats' power, which is embedded in the hilt. Though the Mutants damage the flagship, the power of the Eye drives them back. The damage to the ship means the journey to their original destination is not possible, instead having to journey to "Third Earth"; which will take much longer than they had anticipated. Lion-O's elderly guardian, Jaga, volunteers to pilot the ship while the others sleep in capsules; however, he dies of old age in the process, but not before ensuring they will reach their destination safely. The flagship contains the young Lord of the ThunderCats, Lion-O, as well as the ThunderCats Cheetara, Panthro, Tygra, WilyKit and WilyKat, and Snarf.
~aku copy dari wikpedia~



8. Duck tales
The show features the adventures of Scrooge McDuck and his great-nephews. The nephews, who were originally living with their uncle Donald, are left in Scrooge's care when the former joins the Navy.
Though Scrooge is the richest duck in the world, he constantly tries to find ways to increase his wealth. Many episodes involve protecting his wealth from villains who want to rob Scrooge of all his money. The prominent recurring antagonists in the show include the Beagle Boys and Magica De Spell who are always finding ways to rob and swindle Scrooge and his nephews. Scrooge's nemesis in the show is Flintheart Glomgold, who always tries to devise plans to dethrone Scrooge McDuck from his "Richest Duck in the World" title. A few of the stories also surround Scrooge's "Number One Dime" which is the source of Scrooge's good luck and wealth. Scrooge keeps the dime in a glass jar in his money vault, and constantly protects it from the villains on the show.
~aku copy dari wikpedia~



9. Rescue Rangers
Chip and Dale, two chipmunks with a nose for trouble, start a detective agency, Rescue Rangers, along with their new friends Gadget, Monterey Jack, and Zipper. The pint-sized detectives deal with crimes that are often "too small" for the police to handle, usually with other animals as their clients. The gang frequently finds itself going up against two particular arch villains: Mafia-style tabby cat Fat Cat and mad scientist Norton Nimnul
~aku copy dari wikpedia~



10. Woody Woodpecker
Woody Woodpecker was a brash, high-strung woodpecker whose trademark was his staccato laugh, "ha-ha-ha-HA-ha
~aku copy dari wikpedia~



11. Ghostbusters
After losing their jobs at Columbia University, a trio of misfit parapsychologists—Peter Venkman (Murray), Raymond Stantz (Aykroyd), and Egon Spengler (Ramis) — establish their own paranormal exterminator service, "Ghostbusters." The business, operating out of a retired fire station (located at 14 N. Moore St. in TriBeCa), gets off to a slow start, and they run out of money. Fortunately, their secretary Janine Melnitz (Potts) gives them the news that they have been contacted by the upscale Sedgewick Hotel to investigate a haunting. At the hotel, they successfully (albeit chaotically) capture their first ghost and deposit it into a "containment unit" of their own design located in the basement of their office. Paranormal activity soon begins to increase across the city, and business skyrockets for the Ghostbusters, who become local celebrities in the process. As their workload continues to rise, the group is forced to hire a fourth member, Winston Zeddemore (Hudson), to keep up with the demand for their services.
~aku copy dari wikpedia~



12. Inspector Gadget
Inspector Gadget is a famous cyborg policeman with a seemingly endless amount of gadgets he can summon by saying "Go-Go-Gadget" then the gadget's name. Although he has all this equipment, he is frequently left clueless on his missions, so his faithful niece Penny, who is a genius, and intelligent dog Brain must secretly help him solve each case.
~aku copy dari wikpedia~



13. Usop Sontorian
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
~aku copy dari wikpedia~


14. Sailormoon
Watak protagonis Sailor Moon ialah Usagi Tsukino, yang hidup sebagai gadis sekolah menengah yang biasa hinggalah dia ditemui oleh seekor kucing yang bercakap bernama Luna. Melalui Luna, Usagi mendapati yang dunia akan diserang oleh Kerajaan Gelap yang pernah wujud suatu masa dahulu dan memusnahkan Nusa Bulan. Kuasanya kemudian dibangkitkan untuk mempertahankan Bumi menentang anasir jahat, dan dia dibawa bertemu dengan sekumpulan rakan untuk menyertainya dalam pertarungan kali ini.
Usagi berjuang dengan menggunakan identiti Sailor Moon, dan semakin cerita berkembang, dia mempelajari yang lebih banyak musuh yang ditentangnya. Lama kelamaan, dia mendapati kebenaran tentang kelahirannya semula, cinta sebenarnya dan kemungkinan bagi masa depan Sistem Suria.
~aku copy dari wikpedia~

Lagu Pilihan Irina: Ku Ingin Kamu...

Dia tujukan lagu ini untukku... Semoga cinta,kasih dan sayangku semakin bertambah terhadapnya...
Lirik Ku Ingin Kamu - Romance

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

ref:
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Back to ref

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Back to ref

ref2:

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Back to ref2 [3x]

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas


Isi Hati Irina: Adakah kita sedang menjalani atau menikmati kehidupan?


Bagus kan topik nie tapi sebenarnya agak berat utk aku nk tulis. Sebenarnya aku agak takut tulis topik2x yg camni sebab cam terlalu "complicated". Tapi agak bagus jugak kn? Tak ada salahnya untuk menulis pendapat sendiri kn?

Kalau dibenarkan untuk memilih antara menjalani dan menikmati aku akan pilih menikmati kehidupan. Kenapa?

Menjalani kehidupan lebih kepada perjalanan yang kita lalui hari-hari. Bangun pagi, g keje/sekolah, blk umah, tdo... itu definisi aku dalam menjalani kehidupan... Lebih kepada apa yang kita biasa buat ataupun rutin harian kita. Masa sekolah memang aku lebih menjalani kehidupan sebab ikut jer peraturan dibuat. Al-maklumlah duduk asrama dan orang dan tentukan apa yg kita kena buat kn? selama 5 tahun kat asrama la aku menjalani rutin harian... Keje pulak 8.00 pagi hingga 5 petang.... macam robot keje xde jiwa... masuk keje, buat keje then cukup time balik... kita tak enjoy apa yang kita buat... mcm keje nie terpaksa sebab nk cari duit utk teruskan kehidupan... tiap2x hari keje yg sama dan tak cuba utk belajar benda baru atau untuk memajukan diri... "Ala, biar jer la macam nie, janji ada keje.." " Macam x dak life jugak. Jiwa meronta-ronta jugak sebab semuanya disekat... Kita macam tak kisah pun... Buat jer  benda kita buat hari-hari.. Hidup pun agak membosankan... dia agak kurang motivasi, frust, sedih, muka bermasalah, selalu berfikiran negatif dan kurang bersosial....

Menikmati kehidupan pulak lebih kepada melakukan apa yang kita rasa kita nk buat tanpa memikirkan halangan/pendapat orang lain. Nie seolah-olah tiada lagi hari esok utk kita. Hargai orang lain sepertimana esok tiada lagi untuk menghargainya. Sayangi semua orang disekeliling yang menyayangi kita sepertimana tiada lagi hari esok untuk menyayangi mereka. Hormati orang lain sepertimana tiada lagi esok untuk kita. Berbuatlah baik sepertimana kita tiada peluang lagi untuk berbuat baik... Pergi ke mana yang kita ingin pergi sepertimana kita tidak boleh lagi kemana-mana esok... Makan apa yang kita ingin makan sepertimana kita dah tak bolah nak makan apa-apa lagi.. Buat apa yang kita ingin buat sepertimana kita dan x mampu nk buat apa-apa lagi nanti... Menghargai kehidupan yg ada sepertimana tiada lagi masa utk menghargai hari-hari yang kita lalui... orang yang menikmati kehidupan dia akan happy, ceria, ramah-mesra, senyum selalu, cepat disayangi, dan positif...

Aku bercakap general ajer yea.. senang bg pendapat yg umum nie.. sebab nanti tersalah info nanti saya  akan tanggung kn? Nie apa yang aku rasa la dan semua orang ada pendapat mereka tersendiri kn? So, the opinion/view its not about what is right or wrong. It's all about what you are thinking...

Hargailah semua yang anda miliki sekarang seolah-olah tiada lagi esok untuk kita lihat semua itu lagi... Lebih senang kan meluahkan pendapat sendiri tanpa disekat oleh sesiapa... Sebab kita lebih ikhlas meluahkan semua itu tanpa sebarang paksaan...

Kesimpulannya aku memilih untuk menikmati kehidupan yang aku ada sekarang nie dengan menghargai masa yang ada, menyayangi orang-orang yang menyayangi aku, menghormati yang patut dihormati, berbuat baik, dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua aku lakukan... Insya-Allah...

Thursday, January 20, 2011

Isi Hati Irina: Oh... Aku Jatuh Cinta lagi!


Tetiba jer boleh tersenyum, kuat berangan, kejap2x nk baca sms, nk tgk gambaq.... kalau zaman dulu-dulu nk belek surat-surat yang si dia bg la kn? naik lunyai surat tue kn?

Kekadang tue x perlu nk call atau sms setiap masa kn? Sebab semua org perlukan masa untuk diri sendiri. Yela dia pon belum hak milik kita sepenuhnya lagi... Dia masih ada kawan-kawan dia, kerja dia, keluarga dia dan tanggungjawab dia kn? So, kenapa bila dah couple dengan kita dia kena abaikan semua tue hanya utk bersama kita kn? 

Kalau kita nk dengan dia kita perlu terima kawan-kawan dia, kerja dia, keluarga dia dan semuanya tentang dia... sama jugak sebaliknya. Kalau kita menyekat dan x nk terima semua tue lambat laun nanti dia jugak tak kan kompromi apa yang kita buat... kan x best macam tue.. nanti ada pulak sesi ungkit-mengunkit kn? "Awak x boleh buat benda tue sebab awak x bg saya buat benda nie.." buat gaduh jer nanti... Kita terima dia seadanya... Kita semua akan berubah mengikut keadaan dan situasi... Gunakan pendekatan yg sesuai kalau nk tegur apa yang kita tak sukai... 

Rasanya bukan lelaki jer ada ego... Perempuan pun ada ego dia sendiri... Dia x suka orang marah-marah kalau nk tegur apa-apa... Dia x suka ditegur depan orang lain... Dia x suka orang kritik cara pemakaian dia... Bukan x boleh tegur cuma guna la pendekatan yg lebih baik untuk menegur.... Saya suka dengan kawan baik saya nie... Dia dulu agak sosial jugak so pemakaian, rambut dan lain-lain jangan la ditanya kn? anda pon dapat bayangkan...

Sebelum dia kawen, husband dia kata cantik rambut dia kalau hitam kn? siap bawak g saloon tue sebab nk pilih potongan rambut sesuai utk dia... then dia kata subang kat telingan 2 3 x cantik then dia belikan subang emas untuk dia... yg lain tue jgn pakai... biar kambus sendiri... Then dia suka pakai pakai skirt pendek... hubby dia kata nanti kalau saya belikan awak jean levis awak jangan pakai skirt tue lagi yea... x cantik pon... halamak... pendekatan dia memang bagus la... sebab kawan saya nie pon agak degil macam saya jugak... xde la saya kata nk macam tue... cuma cara dia buat tue buat saya agak terkejut sebab kawan saya da pakai tudung pon... bagus sgt cara dia buat kawan saya berubah.. macam2x cara boleh buat kn?

Tapi jika kita dapat terima semuanya tentang dia mesti dia pon sebaliknya... jangan berkira sangat untuk orang yang sayang kita dan kita sayang... 

Hormati pasangan anda, jangan selalu merajuk, jangan terlampau ego sgt, jangan ikut emosi sgt, memahami kerja dia, letakkan kepercayaan kepada dia... Jangan ada sedikit pon rasa sangsi dlm hati sebab itu akan menyakitkan hati sendiri jer.. 

Cinta jarak jauh nie memang menguji hati dan perasaan.... tapi aku yakin terhadap cinta, sayang, dan kasihnya terhadapku...

Semoga dipermudahkan segalanya... Amin...

Isi Hati Irina: Sahabat yang baik....



Bila seorang diri nie kita banyak berfikir kn? Mlm nie saya rasa teramat sunyi... Teringat pulak kepada semua teman-teman yg saya kenal...


Nie antara apa yang aku rasa untuk menjadi sahabat yg baik...


1. Sudi meminjamkan telinga untuk mendengar..


2. Sudi meminjamkan bahu untuk menangis...


3. Sudi meminjamkan masa untuk meluangkan masa bersama kita..


4. Sudi meminjamkan bantuan sokongan (nasihat,kewangan,dsb) untuk kita di waktu sukar...


5. Sudi meminjamkan dirinya untuk dimarahi, disakiti...


6. Sudi meminjamkan dirinya untuk menjadi pemandu...


7. Sudi meminjamkan dirinya untuk menjadi peneman tidur... kalau lain jantina tue teman dlm sms or call jer yea....


8. Sudi meminjamkan waktu,duit,tenaga,diri dan segala-galanya untuk kita....

Adakah kita seorang sahabat yang baik? Adakah kita mampu menjadi sedemikian? Saya cuba menjadi yang terbaik untuk semua kawan-kawan saya. Yang rapat semakin sayang, yang jauh kita rapat kn... Jadi tak salah kn kita saling sayang-menyayang antara kita semua?


Memang amat sukar mencari sahabat sedemikian tetapi sahabat sedemikian wujud di sekeliling kita tanpa kita sedari kerana kita terlalu sibuk mencarinya.... Jadi hargailah semua sahabat-sahabat anda sama ada dekat atau pun yang jauh kerana mungkin mereka di antara sahabat kamu yang paling memahami dan mungkin juga sanggup mengorbankan kebahagiaan diri sendiri demi kamu... dengar macam selfish kn? Bukan lah kita ingin macam tue... cuma sahabat yang baik memang ada cuma kita perlu menyedari kehadiran "dia" di sekeliling kita...


Yang baru berkenalan, Selamat berkenalan yea...


~Saya sayang semua sahabat-sahabat saya~

Wednesday, January 19, 2011

Isi Hati Irina: Apa yang best masa sekolah?


1. Bawak bedak dalam kertas.. nanti time tukar waktu ramai2x g toilet pakai bedak...

2. Nanti pengawas rampas semua buku teks kat bawah meja dan nanti kena byr denda, dapat amaran serta demerit.. satu buku RM1.50 taw... kira la sendiri yea...

3. Kena demerit sebab bising dalam kelas, lambat masuk lab... nie ketua kelas punyai pasai la dia kata cikgu eksiden masuk longkang kot... dan semua orang dlm kelas kena demerit.. demerit tue kira markah kesalahan kita la.. nanti dlm surat berhenti sekolah tak berapa cantik la komen pengetua dan cikgu-cikgu... Kalau aktif dan byk jawatan akan dapat merit... merit pulak merujuk kepada cemerlang la.. baik...

4. Spotcek rambut kaler dan sapa cukuq kening... semua student pompuan kena panggil masuk surau dan cek sorang-sorang... abis kena sumpah seranah semua pengawas masa nie... 

5. Ada orang buat jualan cokelat... 5 sepuluh hinggit... satu dua hinggit... memang hantu cokelat...  :)

6. Ada hari kantin... kita semua pun kena buat jualan untuk kelab masing-masing... masa tue aku jual key chain labah-labah... buat sendiri kot...

7. Banjir depan sekolah... dah macam tasik dah padang sekolah... tapi budak asrama kena mai sekolah jugak... sebab dia hantaq ikut belakang... so nk x nk xde alasan untuk x ke sekolah la... padahal kelas kosong sebab separuh x dtg sekolah....

8. Dapat surat dari admirer guna kertas matematik taw... pastu dia bubuh bedak... ayat yg x tahan "jangan pula nanti hang jadi kau terpaksa aku memaksa"... berguling jugak la baca... perghh... amek tajuk lagu tapi diubahsuai tue.... kreatif kn?

9. Member tertidoq dlm kelas... time kelas yg dia suka cerah la bijik mata tapi kalau kelas BM, Sejarah, Geo... Jenuh tendang kerusi dia.... Lena diulit intan betoi... haha... nk kata x cukup tidoq masa tue mana ada henpon kn? bukan nye dok bergayut or bls sms pon... sebab kat asrama dia x bg guna tepon lepas kul 11 pm... kalau urgent jer boley call.... sama jer time tdoq cam org len... kot dia rajin studi kot...

10. Masa Hari Guru or hujung tahun mesti buat majlis dlm kelas masing-masing dan berebut jemput cikgu2x... pastu pasang lagu kuat-kuat kn? nk lawan ngan kelas sebelah... haha... macam-macam la.... ingat lagi masa nie lagu Wind of Change, 60's TV n memacam lagi... haihh la budak2x kot...

11. Kami buat satu buku lirik taw.. semua lagu yg best2x tulis dlm buku buat cantik-cantik dan nyanyi sama-sama... ala2x koir gitu... haha... pastu kena tempik ngan kelas sebelah sebab bising...

12. Jalan satu geng g melawat kawan-kawan yg berada di kelas lain... haha... Jalan satu kelas pick up dan jalan lagi dan pick up smp ke kelas yg last... n lepak... haha...

13. Ketua kelas atau penolong akan amek nama orang bising/merayap bagi kat cikgu kelas... haha... amek la...  kami merayap gak.. haha

Bak sekolah rendah or menengah sememangnya pon banyak kenangan yang seronok dan happy... sekolah zaman sekarang ni dah lain kot kn?

Happy sgt jumpa ngan geng yg lebih 10 tahun x jumpe... Thanks frenster n fb yg telah menemukan kami semua...

~kenangan lagik~

Followers